Thursday, June 12, 2014

NOTA BUAT ARBAKYAH MANAN



Arbakyah dan Farhan di saat bahagia





Assalammualaikum Arbakyah.

Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.

Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.






Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

Do not wash dirty linen in public!

Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :"Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini." Noktah!


Ketika meninggalkan mahkamah selepas jatuhkan talaq





Cakaran kucing

25 comments:

  1. Terbaik Kjee.. Semoga Arbakyah insaf dan tak mengamalkan cakar kucing lagi di masa akan datang..

    ReplyDelete
  2. semacam je kak ngan abby..akak haters dia gak ke?

    ReplyDelete
  3. moga abby dan bekas suami dapat berunding secara baik..malulah pertontonkan cite 'tepi kain' kat public. nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. kak jee, dia dah tiga kali kahwin ke?
    setahu saya norman hakim aje
    siapa sebelum tu?

    ReplyDelete
  5. SEMOGA ARBAKYAH TERIMA DENGAN MINDA TERBUKA TEGURAN IKHLAS DR KAK JEE NI. MOGA YANG TERBAIK BUAT MEREKA BERDUA

    ReplyDelete
  6. nasihat yang ikhlas, semuga diterima dengan baik dan menjadi panduan bukan hanya untuk arbakyah tapi juga bagi ramai yang lain yang dalam keadaan serupa.

    ReplyDelete
  7. SEBELUM MASUK ELITE DIA DH KAWEN N DAH BERCERAI

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kalo xsuka tu mcm2 la pesanan yg bias kan..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..serius kesian tgok farhan tu. Muka pun budak sangat.. Walaupun saya pun wanita tapi saya tak suka cara abby. Titik.

    ReplyDelete
  11. amboiiii...cerita macam tau benor

    Arbakyah dah respond ckp dia tak buat...apa macam?

    ReplyDelete
  12. mungkin kak jee memberikan pendapat.... tp pd sy itu hal rumah tangga mereka hanya mereka dan allah yang tahu apa yg berlaku sebenarnya...
    kita ni siapa nak menghukum dan melanggar takdir allah

    ReplyDelete
  13. i likeeeeee...

    Terbaik la kak!!!

    ReplyDelete
  14. Setuju dgn kak jee!

    ReplyDelete
  15. Bakyah!,Bakyah!....Ku ingatkan dua, rupanya tiga....! (Pinjam skrip madu tiga)

    ReplyDelete
  16. "Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu"

    jeng jeng jeng jeng ..................

    ReplyDelete
  17. Setuju dengan kjee....tak perlu nak susah payah buat orang percaya pada kita sbb mereka tahu menilai...lagi baik berdoa pada allah kerana kalu betul kita teraniaya..allah akan makbulkan doa orang teraniaya ni tanpa hisap...anyway saya juga minta walaupun abby silap atau tidak jgn dibebankan dia dgn berbagai temuhan.. kesian sgt...luka yang sedang dia tanggung sudah terlalu berat..bersama kita bantu wanita dalam kesusah,,as we know takde siapa yang nak hidup tak sempurna.....

    ReplyDelete
  18. cerita artis kawincerai tu perkara biasa. tak payah pikir buat snok otak kita. artis ni sifatnya kalu kita dok ccara hal dia koho dia buat hal dan perangai sbb nak tarik perhatian orang tu, kalu kita buat tak tahhu lama2 diamlah dia tu

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya sokong keperihatinan adik membantu arbbakyah melalui surat terbuka adik. Semoga dia menerima teuran iklas dari wanita ke wanita.
    Saya juga perlu menginsafi diri dan cuba menjadi insan (dah 66 tahun) yang kurang lagi bekeng dan memarah.
    Wan kpd 4 cucu singgah ke web ini dan dapat ilham macam mana nak layan mereka juga memandangkan ade resipi yang bagus untuk selera mereka.
    Terima kasih. Selamat berPuasa Ramadhan 1435. Wassalam'
    Kak Shakirin
    * google drfB pagi 15Syabaan nie.

    ReplyDelete
  20. Memang sah ke sis dia yang cakar? Dia herdik bagai? Kita kena dengar dua-dua pihak utk tahu sebab perkara tu berlaku. Adakah cakaran tu terpaksa dibuat sebab Abby nak pertahankan diri dia daripada kecederaan fizikal ketika sedang bergaduh... Wallahuwallam...

    ReplyDelete
  21. semoga Allah mudahkan segala-galanya


    http://ubatpenyakitgout.com

    ReplyDelete
  22. Semoga masing2 mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini.

    ReplyDelete