Ehsan Utusan Malaysia |
Assalamualaikum Izreen.
Kjee tidak pernah mengenali awak secara peribadi. Tidak ketika Kjee menjadi wartawan mahupun ketika Kjee jadi pelakon.
Mula menyaksikan lakonan awak dalam drama bersiri Sehangat Asmara. Awak berlakon sebagai teman serumah dan satu Uni dengan watak yang dibawakkan oleh Rita Rudaini di Australia.
Awak telah membawa watak itu dengan cukup cemerlang sehingga Kjee rasa bukan Kjee sahaja yang 'menyampah' dengan awak (oppps karekter awak) tetapi Kjee yakin sebilangan besar penonton jugak tidak 'menyukai awak'.
Kemudian Kjee baca berita awak mengahwini seorang kameraman drama. Itu bukan sesuatu yang mengejutkan. You're not the first artiste yang berkahwin dengan kameraman. Antaranya Zila Bakarin yang kahwin dengan Azri. Dan seorang lagi, bekas hos Melodi tu.
Anyway, selepas dua tahun Kjee baca mengenai perkahwinan dan jugak kelahiran seorang cahayamata, awak mengalami kemelut rumahtangga. Cerita paling gempar ialah apabila kononnya suami awak datang ke set penggambaran dan menjatuhkan talaq. Tetapi rupa-rupanya ia tidak benar. Hanya sekadar perselisihan faham di situ.
Tetapi sekarang awak telah diberikan talaq yang awak mahukan. Sedih Kjee membaca berita itu kerana satu lagi rumahtangga artis tidak dapat dipertahan.
Pagi ini Kjee baca di Utusan Online berita mengenai awak yang dipaparkan semalam dalam akhbar tersebut.
"Saya rasa lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. Lagipun, sebelum bercerai kami diberi peluang untuk bermaafan-maafan. Kami masih boleh berkawan baik. Ini adalah jalan yang terbaik bagi saya dan bekas suami untuk tidak membuat anak berasa jauh daripada kami. Anak adalah penguat buat saya selain keluarga dan kawan-kawan.
Harapan kepada bekas suami?
Apa yang saya harapkan tidaklah besar. Saya cuma mahu bekas suami sentiasa jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan baik."
Dan jugak Izreen berjanji seterusnya.
"Tempoh edah adalah selama tiga bulan. Bagi menghormatinya, saya akan lebih banyak menjaga tingkah laku. Saya akan cuba mengelak daripada melakonkan terlalu banyak adegan mesra dengan pelakon lelaki lain, tidak manis. Kalau bercuti tiga bulan itu tidak bolehlah, sebab ini mata pencarian, saya masih perlu bekerja. Jujur, saya mahu ambil yang positif untuk ke hadapan."
Hmmm manis kan?!! Tak perlu berbalas-balas 'pantun' antara diri awak dan bekas suami untuk tatapan umum. Kalau yang tak faham apa itu 'berbalas-balas pantun', itu adalah bahasa anak seni apabila membalas-balas dialog dalam lakonan, Hehehe
Kjee harap Izreen akan terus mengorak langkah memantapkan karier sebagai seorang anak seni kerana bakat awak cukup besar. You can go very far dengan izin Allah swt.
Jaga anak tunggal bersama bekas suami dengan sebaik-baiknya.
Insya Allah cahaya kebahagiaan yang dicari dalam hidup ini akan awak temui satu hari nanti. Ameen.
0 comments:
Post a Comment