Sebulan lagi, umat Islam semua akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. Kjee rasa sekarang ni, ramai peniaga-peniaga kecil-kecilan yang muncul setahun sekali, sedang berkira-kira apa yang harus mereka jual untuk menjana pendapatan untuk Hari Raya.
Bagi mereka yang tinggal sekitar Lembah Kelang, yang mahu mencari duit tapi tak reti makanan apa yang nak dijual
Baru-baru ini Kjee singgah makan Nasi Arab Wadi Daw'an di Lorong Bukit Keramat 5 (peta dibawah), Kampung Datuk Keramat, milik chef Haji Kamaruddin. Beliau sudah lama menyediakan peluang bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan tidak punya modal yang besar.
Chef Hj Kamaruddin |
"Di bulan Ramadhan ini, saya mempelawa sesiapa sahaja untuk menjadi 'rakan bisnes' saya. Komisyen yang saya bagi agak lumayan. Hubungi lah saya untuk mengetahuinya," kata Haji Kamaruddin.
Ramai jugak antara mereka yang telah merebut peluang menjual Nasi Arab Yaman Wadi Daw'an di pasar malam dan jugak bukak payung berhampiran kawasan mesjid di hari Jumaat. Khabarnya, senang-senang boleh dapat serendah RM150 sehari dengan hanya meniaga dua atau tiga jam!
Kalau korang minat, sila hubungi Haji Kamaruddin di 013 3839333 untuk temujanji.
Untuk bulan Ramadhan ini, Restoran Wadi Daw'an akan mula menjual Nasi Arab secara take away sahaja mulai jam 3 petang. Wadi Daw'an juga sedia menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa di sekitar Lembah Kelang.
Kjee pernah menulis mengenai Wadi Daw'an di SINI. Sila tengok blog mereka di SINI.
0 comments:
Post a Comment