Sunday, June 15, 2014

YOU HAVE WON THE HEARTS OF MILLIONS, EIRMA FATIMA


Citra dan Ain buah hati pengarang jantung Erma



Assalammualaikum Eirma,

Semua wanita menunggu masa untuk melihat awak meratap dan mengalirkan airmata kerana kini berkongsi suami dengan wanita lain. Tetapi kemunculan awak dalam Hlive ASTRO Channel 135 Maya tadi, Kjee pasti, Kjee antara ramai yang mengalirkan airmata pulak.

Sejak beberapa minggu yang lalu, terdengar banyak desas desus serta suara-suara sumbang mengenai perkahwinan kedua Bade yang dikatakan penuh kontroversi. Perkahwinan itu tidak kontroversi tetapi mulut-mulut longkang di sekeliling, yang menjadikan ia kontroversi!

Dan akhirnya, semua terjawab apabila awak dengan tenang dan mungkin sedikit terkilan memberitahu 'telah dinafikan hak' untuk meminang isteri kedua Bade, suami awak.

"Saya rasa janji saya tidak lengkap. Janji saya kepada Bade ketika saya mengizinkan dia berkahwin lagi 20 tahun lalu. Sudah beberapa kali saya utarakan calon untuk Bade. Saya sanggup pergi pinang. Tapi Bade menolak.

"Saya tidak diberitahu mengenai pernikahan Bade ini. Ketika itu saya terlalu sibuk mengarah drama Takhta (didalam negara). Drama itu sendiri telah memberikan saya banyak tekanan. Alhamdullilah, kerana kesibukan itu, saya dapat melupakan seketika masalah lain dalam hidup yang sedang berlaku.

"Bade telah mendidik saya supaya jangan campur adukkan kerja dengan hal-hal rumahtangga. Topi pengarah saya bukak sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam rumah. Justru, apa jua berlaku dalam rumahtangga, saya mengikut arahan Bade."

Kjee menahan nafas menonton Eirma dan Aznil sepanjang sessi perbualan singkat itu. Bimbang kalau-kalau ada yang Kjee terlepas dengar. Dalam hati Kjee bangga sekali melihat ketabahan Eirma.

So happy you're still the iron lady I've always known you to be! I was glad to be able to hold back my tears, my sadness.

Tetapi apabila Aznil bertanya samada pernah menemui Aida dan jugak menyuruh Eirma memberi sepatah dua nasihat kepada madunya, Aida, my tears just flowed. Kjee tidak dapat menahan airmata dari terus mengalir.

"Tidak, saya belum pernah menemuinya. Bade pun belum memberitahu mahu membawa isterinya datang berjumpa saya. Tetapi saya yakin, dapat bertemu dengannya dalam masa terdekat."

Apa kata-kata Eirma buat Aida sekiranya dia menonton rancangan itu, kata Aznil.

"Saya sedar saya sudah gagal menjadi seorang isteri yang baik untuk Bade. Saya harap Aida akan menjaga Bade sebaik mungkin..." begitulah sikit lebih kurang kata-kata awak yang membuat Kjee terus berpaling kearah lain. Tak sanggup melihat wajah Eirma kerana Kjee fikirkan Eirma akan mengalirkan airmata!

You have won the hearts of millions out there Eirma! Please stay that way, all the way, sis! May Allah swt be with you always, Insya Allah.

Seandainya Kjee tak boleh jadi macam Eirma, sekurang-kurangnya Kjee tahu, Eirma akan menjadi sumber kekuatan serta inspirasi Kjee dan ramai wanita di luar sana. Insya Allah. Ameen.

Ini bukan sebabak dari puluhan drama yang Eirma telah arahkan. Ini kisah hidup sebenar Eirma Fatima Rahmad!



0 comments:

Post a Comment