Tuesday, July 8, 2014

ALAHAI SEDAPNYA OTAK-OTAK NYONYA








Makanan Otak-otak Nyonya ni Kjee anggap makanan Malaysia yang eksotik. Oppps eksotik bukan kerana bahan-bahan ada letak otak haiwan liar atau terlindung. Tapi kerana makanan ini sudah sukar kita perolehi di restoran kecuali restoran yang menghidangkan makanan ala Nyonya Peranakan.

Serius ni. Memang susah sangat nak dapat sehinggakan Kjee rasa ramai ingat kalau sebut Otak-Otak, ianya ada kaitan dengan Otak-Otak Gelang Patah yang femes kat Johor. Malah kini, Otak-Otak Gelang Patah dah banyak diklon. Banyak tempat dah keluarkannya. So Otak-Otak Gelang Patah dah tak eksklusif lagi.



Otak-Otak Johor - ehsan google



Tapi Otak-Otak yang Kjee maksudkan di sini ialah Otak-Otak Nyonya Peranakan. Dua kawasan Nyonya Peranakan di Malaysia ialah Melaka dan Pulau Pinang. Justru, kalau korang bukan jenis yang adventurous, maka pasti tidak akan mencari makanan ini.

Otak-Otak Nyonya ini adalah makanan kesukaan Kjee. Sesekali kalau ada Expo Thailand kat KL, Kjee akan terjah sebab orang Thai jugak ada Otak-Otak yang sikit lebih kurang macam kita punya. Cuma ia terlebih pedas dan dia orang bubuh hirisan kobis dan tiada daun kaduk. Dikukus dalam daun pisang yang dibentuk seperti tepung pelita.

Anyway, semalam Kjee buat sendiri sebab dah teringin dan tak tau mana nak beli. Kalau tak silap, ini kali ketiga Kjee buat. Jadi, Kjee taklah kekok sangat membungkusnya berbanding sebelum ini.




Dah bungkus tunggu kukus



Tadi Kjee tengok entri lama dan terkejut kenapa warna Otak-Otak kemerah-merahkan sedangkan yang Kjee buat semalam, warna kuning. Then baru Kjee perasan, Kjee tak letak cili kering kisar. Kjee hanya guna cili padi dan cili hidup sahaja. That's why.

Tapi rasanya tetap sama. Sedap sangat. Kjee guna 2 keping ikan tenggiri sebesar tapak tangan dan dapatlah 10 bungkus. Lima bungkus dah settle masa berbuka puasa dan sahur. Ada lagi 5 bungkus disimpan dalam freezer. Bila nak makan, kukus semula.




Ini yang dulu Kjee buat. Kaler merah


Banyak beza antara Otak-Otak Peranakan Nyonya dengan Otak-Otak Gelang Patah. Rupanya juga lain. Otak-Otak Gelang Patah guna daun kelapa dan dibakar atas arang. Otak-Otak Nyonya guna daun pisang dan dikukus.

Otak-Otak Nyonya guna ikan tenggiri (isi ikan apa pun boleh kot) dan macam2 bahan (sila rujuk resipi dibawah). Dan hasilnya, ia agak lembut bagai kastad tapi rasa pedas.

Kalau nak resipi, intai di SINI.

Isyhh tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Nak habiskan baki 5 bungkus lagi. Hehehe.

Oh ya. Kjee dapat tahu makanan ni mungkin dinamakan Otak-Otak sebab ia lembik-lembik macam otak lembu. Kalau korang pernah makan otak lembu (of course yang dah masak), korang pasti tahu what I mean.








0 comments:

Post a Comment