Apabila Kjee beritahu kat teman-teman Facebook yang Kjee nak masak Sambal Tumis Jering tua dengan tempe dan Terung Pipit, bukan main laju lagi dia orang bagi respons. Jering tua tak sedap Kjee. Jering cambahlah elok untuk buat sambal tumis. Bla bla bla.
Ada yang siap bagi penerangan cara nak rebus jering tu. Lepas rebus, tumbuk baru digoreng, kata salah seorang daripada mereka. Kjee sengih jer. Umur Kjee dah nak masuk 6 series dua tahun lagi. Takkanlah tak reti kan nak buat sambal tumis guna jering tua.
Rata-rata mereka tak bagi Kjee goreng sebab jering akan jadi keras. Ya ker? Sepanjang usia Kjee hanya sekali Kjee goreng jering tua tu jadi keras. Kali pertama tu masa Kjee berusia awal dua puluhan. Belum kahwin lagi dan tinggal bersama beberapa orang dalam flet kat Kpg Baru.
Kalau tak silap Kjee, salah seorang dari housemate Kjee bernama Azizah. Dia yang ajar Kjee makan Sambal Tumis Jering. Kjee tengok dia hiris empat sebiji jering tu. Setelah dia hiris kesemua jering, dia pun goreng SEPARUH MASAK. Jering tu jadi empuk sangat. Tak keras malah rasanya macam kentang!
Apabila Kjee buat sendiri, Kjee goreng jering tu sampai garing. Langsung tak boleh makan. Lepas tu Kjee imbas kembali apa Zizah buat. Baru perasan itu kesilapan Kjee.
Sejak itu, kalau nak buat sambal tumis jering dan harus digoreng dulu jering, Kjee akan goreng separuh masak sahaja. Tetapi kalau Kjee nak masak gulai Lemak Cili Padi, baru Kjee rebus jering tu (biasanya dalam pressure cooker). Bila dah empok, Kjee buang kulitnya dan ketuk dengan anak lesung.
Jadi kengkawan yang risau sangat kenapa Kjee tak rebus jering tua masa buat sambal tumis tadi, harap ambil perhatian ya. Ini semua berkaitan teknik memasak. Cubalah. Lepas ni tak risau nak cari jering cambah lagi. Jering tua pun okay jer.
Untuk sambal tumis hari ini, Kjee guna tempe (goreng separuh masak jugak) dan juga terung pipit. Kalau tak ada terung tak payah letak. Terung tu Kjee rebus dulu sampai lembut kemudian toskan. Ikan bilis pulak Kjee goreng sampai garing dan tepikan.
Kjee tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tak bubuh belacan. Kemudian tumis bawang bila dah wangi masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak. Pastu masukkan jering dan tempe dan terung pipit kalau guna. Gaul rata. Campakkan sekeping asam gelugor, garam dan sedikit gula ikut rasa. Gaul sampai rata. padam api dan masukkan ikan bilis goreng.
Itu jer. Mudah kan kalau buat sambal tumis jering tua. Hehehe.
saya amik resepi kak jee yer... nak cuba...
ReplyDelete