Thursday, July 3, 2014

KAMBES MASAK LEMAK CILI PADI NGAN UDANG





























Kalau korang perasan Kjee jarang sekali masak guna peria atau kambes (bahasa Jawa) yang besar. Selalunya Kjee beli peria katak yang lebih pahit.

Masa UnclePali singgah Hero Market siang tadi, Kjee pesan dia banyak-banyak kali. "Peria besar tu abang bukan yang kenit. Cari yang fresh. Kalau tak ada tak payah beli."

Tak tau kenapa tetiba Kjee teringin nak makan peria yang besar. Rugi sebab tak pahit. Kalau peria katak pahit dan elok untuk dijadikan ubat.

Selalunya arwah mak akan goreng taucu kalau dia beli kambes. Tadi ada baki dalam semangkuk. Esok Kjee nak buat Kambes atau Peria Goreng Taucu ngan bilis pulak.

Lauk hari ni nampak gempak sebab udang dia agak kasar. Hari tu Kjee beli sekilo lebih kurang RM32  kat Sri Ternak. Hari ni UnclePali beli sekilo tak sampai RM29 kat Hero Market.

Masaknya cam biasa. Tak payahlah resipi ya. Semua orang tahu buat. Kjee buat stail  orang Nismilan yang hanya guna cili padi, kunyit hidup, serai dan daun kunyit. Buat pekat-pekat baru sedap.









































Related Posts:

  • AYAM PEDAS THAI      Assalammualaikum. Lama betul Kjee tak update blog ni. More than a month. Well I've been busy. Sibuk jugak dengan kerja-kerja translation dan editing. Dan banyak kala jua, dalam mode malas selain tak… Read More
  • NASI HUJAN PANAS AIR TANGAN NADIA Ini first attempt Nadia buat Nasi Hujan Panas. Pagi tadi dia tanya Kjee apa itu Nasi Hujan Panas? Kenapa mesti nama Hujan Panas? Isyhhh banyak soal lak budak ni. So, nak tutup mulut dia… Read More
  • TELOR MASAK TAUCU      Ini antara lauk yang Kjee masak kalau malas, kalau tekak nak makan lauk masam pedas atau kalau dah kekeringan idea.     My other half, kalau masak apa jua lauk yang membabitkan t… Read More
  • DAGING GORENG DAUN SELASIH      Sekiranya singgah di restoran Thai untuk jamu selera, Kjee pasti capai menu. Selak-selak kalau ada Nasi Daging Kapraw. Bahasa tempatan Nasi Daging goreng daun Selasih.     Tak ba… Read More
  • DAGING GORENG BROKOLI      Ini antara lauk yang selalu Kjee masak  kalau beli Brokoli. Kalau tak ada daging, Kjee letak udang.    Senang aje memasaknya. Mula-mula Brokoli dipotong-potong dan celur seketika… Read More

3 comments:

  1. lahai dapnya kak jee..feveret gulai peria nak2 kalau jodohkan dengan sotong//tapi apakan daya gaout gurita punya pasal,telan air liur jerlah..

    ReplyDelete
  2. peria goreng telur... lalalalala best !

    ReplyDelete