Sunday, July 6, 2014

MAKAN SAMPAI PENGSAN, DENGAN SATU HARGA DI JAZZ HOUSE STEAMBOAT AND GRILL



Jaja Toke Jazz House

BBQ Skewers




Walaupun baru seminggu kita berpuasa, Kjee sekeluarga telah menolak dengan baik beberapa undangan berbuka puasa di luar. Kami sekeluarga lebih selesa berbuka di rumah. Mudah untuk solat selepas menjamu selera. Dan Nadia yang lebih suka solat Terawih di mesjid, tidak mahu tergesa-gesa pulang.

Tetapi semalam, kami memilih berbuka puasa di luar atas permintaan Nadia. Dan apabila Kjee tanya dimana, jawapannya pantas. "Kita ke Jazz House Buffet Steamboat ya Mama."

So, semalam setelah bergegas ke beberapa tempat, Kjee dan UnclePali ke Kampung Baru. Jazz House betul-betul sebelah rumah datuk Kjee. Rumah dimana Kjee dilahirkan. Kalau ikut bulan Melayu, Jazz House sudah berusia 1 tahun. Ia mula menjalankan operasi Ramadhan tahun lepas.




Ruang perapan grill

Lauk pauk

Ruang lauk pauk












Seperti biasa, berbuka puasa di Jazz House, kena dengan selera kami. Tahun ini Jazz House perkenalkan gril bersama steamboat. Of course tarikan utama steamboat di Jazz House ialah sup Asam Rebus yang tiada dua di Kuala Lumpur. Biasanya, dihidangkan sup ayam kosong atau tomyam. Jazz House menghidangkan ketiga-tiga sekali. Korang boleh pilih mana satu/

Tahun ini jugak Huraizah atau lebih mesra disapa Jaja, taukeh Jazz House, menyediakan BBQ Skewers. Jaja sendiri yang grill BBQ Skewers itu.




Menunggu berapa minit lagi azan bergema


Ruang Steamboat



Selain hidangan steamboat, grill dan jugak BBQ Skewers, antara makanan lain yang dihidangkan bersama ialah lauk pauk dan nasi. Biasanya disediakan dua jenis nasi iaitu nasi putih atau nasi beriani atau nasi tomato. Hidangan nasi bersilih ganti setiap hari. Lauk pauk pulak beranika jenis dan jugak bersilih ganti setiap hari

Untuk grill, Jaja menyediakan pilihan makanan yang pelbagai. Ada ayam, sotong, daging, kambing dan seafood. Semuanya dengan perapan tersendiri. Tetapi katanya, yang paling diminati ialah daging kambing yang diperap ala perapan sate.

Pelbagai jenis kuih muih jugak disediakan, termasuk roti jala yang dijala dengan pelanggan. Semalam ada serawa durian. Pelbagai jenis air termasuk ABC jugak disediakan.

Makan sampai pengsan dengan sekali bayar, adalah tagline Jazz House. Kalau begitu banyak pilihan makanan, macam mana boleh tak makan sampai pengsan kan? Hehehe.

Oh surau jugak disediakan. Tetapi kalau rajin nak berjalan kira-kira 100 meter ke Mesjid Kampung Baru, bolehlah solat di sana. Lepas solat boleh sambung balik makan.

Kalau ada yang teringin nak ke Jazz House, sila buat tempahan. Boleh jugak walk in tetapi bahaya jugak kalau sampai nanti ruang makan sudah penuh. Nak tahu harga? Tengok dibawah ni. Harga dibawah hanya untuk bulan Ramadhan.





Alamat Jazz House 71 Jalan Raja Alang, Kpg Baru, KL




3 comments: