Saturday, July 5, 2014

SAMBAL GORENG JAWA BIASA BIASA









Semalam Kjee buat lauk ni untuk buka puasa. Nasib baik Kjee buat sebab Kjee langsung tak ada selera nak makan semalam. Kjee ratah jer Sambal Goreng Jawa ni. Nasi dah tak boleh masuk. Pastu sahur pun sama. Cuma Kjee makan satu senduk nasi bersama Sambal Goreng ni.

Sambal goreng yang Kjee buat ni ala-ala hantam sajalah labu. Bukan ori macam orang Jawa lain buat. Kjee masak ikut suka tekak Kjee. Justru semalam Kjee tak bubuh serai dan lengkuas ataupun tempe.

Kjee hanya guna bawang putih, bawang besar, kentang, fucuk, cili kering, udang kering, bilis dan kicap.

Kjee beli fucuk jenis yang keras. Yang sekeping sekeping tu tak sedap. Kena rendam semalaman dan gunting dalam ¼ inci. Toskan.





























Kentang Kjee potong dadu dan goreng. Ikan bilis jugak digoreng garing-garing dan ditepikan. Gunting serong cili kering halus-halus dan rendam serta asingkan biji. Banyak mana sukati. Tapi Kjee buh banyak sebab suka pedas.

Lepas tu Kjee tumis bawang bawang putih dan bawang besar. Apabila dah wangi, Kjee masukkan cili kering serta udang kering. Udang kering rendam dalam air panas dan tumbuk. Apabila sudah naik bau, masukkan fucuk dan kicap manis serta kentang goreng.

Goreng sampai berwap. Kicap ni ikut suka letak banyak mana. Kjee letak sampai kicap cukup untuk jadikan lauk tu warna hitam. Tak payah bubuh garam dah. Kicap manis tau bukan kicap masin. Kjee guna Kicap manis Jalen. Bumiputera punya.

Pastu padam api dan masukkan ikan bilis garing. Gaul-gaul sampai rata. Itu jer.

Kalau nak versi lain, INTAI SINI.

Buat banyak-banyak, simpan dalam bekas kecik-keciik dalam freezer. Sahur boleh panaskan dalam microwave.




Related Posts:

  • ASAM PEDAS AYAM STAIL JOHOR Sejak akhir-akhir ni, agak pening jugak memikirkan lauk pauk ayam dan ikan. Daging dah tak boleh lagi masuk rumah sejak UnclePali kena Gout. No more red meat, kata Dr Aida. Walaupun UnclePali kata, tak k… Read More
  • TELOR REBUS LAUK BERLADA Hari ni hari kurang rajin. Masak apa sahaja yang ada kat dapur. Bukak peti ais nampak telor. Terus fikir nak masak apa. Kalau telor itik (alamak lupa nak order dari Khairani) boleh buat Masak Lemak Cili Padi … Read More
  • SUP KAKI AYAM CAMPUR FUCUK, CARROT DAN KENTANG Sejak azali kami sekeluarga suka makan lauk Sup Kaki Ayam. Sejak zaman Kjee kecik-kecik. Arwah bapak kata his Chinese friend kata, elok untuk sendi-sendi kaki. Lendir-lendir pada kaki ayam itu (setelah direbus lama) b… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN MERAH RESIPI MY SIFU, MAT GEBU Kalau nak masak Asam Pedas Johor yang sedap, kenalah berguru dengan orang Johor yang ori punya. Mujurlah Kjee ada sifu yang terer seperti Mat Gebu, blogger femes satu Malaya menerusi blognya Dapur Tanpa Sempad… Read More
  • IKAN TENGGIRI MASAK KICAP Arwah bapak Kjee orang Melaka. Rumah dia kat belakang High School di tengah-tengah bandar. Nama kampung tu Banda Kaba. Sepelaung jer dari Banda Hilir. Jadi dari kecik Kjee memang terdedah dengan lauk masak … Read More

3 comments:

  1. sedapnya k.jee, boleh try lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Ni dah kira cukup sedap Kak Jee... kalau ikut resepi Jawa yang ori, saya pun tak larat nak buat untuk makan sendiri... he heheh banyak bahan nak pakai, tu pasal sesuai sangat sambal ni dibuat masa rewang2 tuk kenduri.

    ReplyDelete
  3. buat sambal ni hari pertama puasa kak gee.sedapnya.buat lebih sikit utk ratah

    ReplyDelete