Thursday, July 17, 2014

SHARIFAH AINI DI MATA SAHABATNYA, AISHAH ALI


Bersama Arwah tahun lepas. Aishah adalah anggota  Peppermints ITM era lewat 70-an







Apabila teman seperjuangan Kjee, Aishah Ali beritahu Kjee dia tengah menulis obituary (belasungkawa) Datuk Sharifah Aini untuk akhbar The New Sunday Times (13 Julai lalu), Kjee menunggu penuh harapan. Aishah bekas Associate Editor Sunday Mail/Malay Mail, adalah sahabat Kjee.

Kami pernah tinggal serumah ketika masih bujang dan sama-sama kerja di NST. Kjee kenal sangat hati budinya. Seorang wanita yang cukup sopan berbicara, lemah lembut, kelakar dan disenangi ramai. Justru, Ibu kepada rapper Joe Flizzow ini bukan sahaja disenangi rakan-rakan seperjuangan tetapi jugak Datuk Sharifah Aini!  

Kjee baru tahu arwah Cikgu Tom, ibu Aishah adalah guru Sharifah Aini di Johor Baru. Dan Arwah Cikgu Tom sering pulang ke rumah membawa cerita tentang kehebatan anak muridnya bernama Sharifah Aini bab menggaji Quran!

Bertahun-tahun lalu Aishah pernah beritahu Kjee bahawa Sharifah Aini sangat alim and god fearing. Aishah berkata demikian apabila Kjee memberitahu Aishah samada betul ke Sharifah Aini orang nya begini dan begitu. 

Justru, apabila Kjee membaca rencana Aishah berjudul 'So this is Goodbye', airmata Kjee tak henti-henti mengalir. Begitu telus tulisan Aishah. Beliau tulis apa yang dilihat sekelilingnya.

Dan Kjee terkejut bab sebelah bilik tidur Ani (Aishah nama manjanya Kudu, juga menyapa Sharifah Aini sebagai Ani), ada bilik pantri yang mengandungi pelbagai makanan kesukaannya di dalam peti ais. Ini termasuk pelbagai jenis cokelat, kekacang, madu lebah, buah ceri, buah plums, kek Marble dan sebekas lauk asam pedas!! Sesuatu yang semua pasti tidak pernah tahu!






"The Oven and an electric kettle were always on standby so that tea would be served by her maid in a jiffy, whenever her close friends dropped by."

Ani akan berehat di biliknya sambil menonton TV di layar besar, lengkap berdandan dan memakai kaftan sutera kesukaannya setiap hari. Dan jika badannya sudah tidak terdaya untuk duduk berehat di lounge chair, beliau akan dibantu pembantu rumah baring di katil saiz King yang sangat empuk dan selesa.

Tetapi walaupun dikelilingi serba serbi kemewahan didalam bilik beradunya, tulis Aishah, mereka yang memasuki bilik beliau tidak akan terlepas pandang satu almari penuh dengan ubat-ubatan beliau!!

"A fistful of them, which she was supposed to take after breakfast, the morning she was rushed to the hospital, are still on the tray."

Sehari selepas pemergian Ani, Aliff ditemui duduk di dalam bilik arwah mummy nya sambil merenung 'syurga ibunya selama 2 tahun' sejak penyakitnya bertambah teruk. TV besar menjadi temannya dan telefon di sisi menjadi penyambung antara beliau dan sahabat2nya.

Apapun, permintaan Ani supaya anak tunggalnya itu di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir, serta menjadi Imam solat jenazah mummy nya dimakbulkan. Ramai yang tidak dapat menahan airmata melihat Aliff menimamkan jenazah ibunya di Mesjid di Taman Tun Dr Ismail pada hari tersebut.








"Aku redha," itulah perkataan yang seringkali dilemparkan kepada sahabat-sahabatnya termasuk Aishah setiap kali mereka datang menjenguknya.

"Kalau Allah menyayangi kita, Dia akan menguji demi menguji kita supaya kita tiada pilihan lain melainkan menyerah diri kepadanya untuk pertolongan. Dah kita akan menjadi lebih dekat kepada Nya."

Selama 40 tahun Aishah menjadi sahabat Sharifah Aini, tidak sekali pun kata Aishah, Ani menunjukkan sifat-sifat riak sebab sudah berhijab. Dia masih seperti biasa walaupun teman-temannya tahu amalan serta pengetahuan Agamanya jauh lebih banyak.

"Sebab itu saya sayang Ani. Dia tidak pernah memandang hina mereka yang tidak sepertinya (berhijab). Malah sentiasa menjaga hati mereka," tulis Aishah lagi.

Tetapi Aishah berkata, walaupun tidak sihat, seandainya Sharifah Aini berada di khalayak ramai, tangannya tidak henti-henti dihulurkan untuk menyambut salaman peminatnya. Begitu jugak sekiranya peminat mengajaknya bergambar. Dia tidak pernah menolak kerana baginya, peminatnya adalah segala-galanya.

Apapun, kata Aishah, satu ketika dia telah bertanya kenapa Aini memberikan tip yang banyak kepada pemandu teksi. Ini jawapan Sharifah Aini. "Arwah ayah saya dulu pemandu teksi."

Banyak lagi yang dtulis oleh Aishah yang tidak dapat Kjee kongsikan di sini sebab terlalu panjang. Cuma Kjee tersentuh apabila Aishah turut menulis bahawa Sharifah Aini juga telah membeli sebentuk cincin berlian untuk bakal menantunya.

"Just a small one..if and when he decides to get married'.


Aliff bersama Aishah dan Ishak Nengah (foto diambil pada 19/7)









Sukar bagi Aishah untuk menerima sahabat baiknya itu sudah tiada. Malah, di dua tahun terakhir, Aishah berkata, hatinya sayu setiap kali melangkah ke dalam bilik arwah dan melihat arwah dikeliling ubat-ubatan, tangki oksigen dan juga sebiji kerusi roda berhampiran. Ketika itu, beliau sudah sukar bernafas dan tidak mampu lagi berjalan.

Ini kata-kata Aishah kepada Kjee setelah Arwah tiada. 

"Aku rasa bersalah sangat. Kalau aku tahu cepatnya Ani akan pergi, aku akan luangkan lebih banyak masa dengan dia. Kau fahamlah kan. Aku ada famili untuk diuruskan," kata Aishah sebak.

Dan satu lagi amanah Sharifah Aini buat sahabatnya Aishah Ali ialah..."Tengok-tengokkan Aliff." Tapi kata Aishah, itu bukan satu tanggungjawab yang berat.

"Aliff seorang anak yang baik. Sempurna didikan Mummy dia. Kerja aku ringan sangat," kata Aishah.

Thank You Kudu for allowing me to write this piece.

Al Fatehah.



Aishah bersama suaminya Ishak Nengah antara orang terakhir meninggalkan pusara arwah di hari pengkebumiannya




0 comments:

Post a Comment