DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, August 31, 2014

LEPAT PULUT KACANG SINGAPURA








Kali pertama Kjee buat Lepat Pulut Kacang ni setelah ternampak blogger masakan dari Singapura, Ady Greatsword tayang kat blog beliau. Justru Kjee namakannya Lepat Pulut Kacang Singapura. Ok kan Ady. Hehehe.

Selama ini Kjee tak pernah buat sebab tak berapa nak berani. Masa Nadia kecik dulu, Kjee ada jugak buat lontong. Tapi kerana tak mahir, banyak antaranya pecah ketika masak. Ada kata Kjee guna api terlalu besar ketika merebus.  Itu antara sebab Kjee kecewa dan tak buat sampai sekarang.

Apabila nampak Lepat Pulut Kacang Ady, Kjee pun kembali teruja nak buat. Terus terbayang cara nak buat kelongsong daun pisang yang diajar oleh my ex-SIL. Dia guna botol bedak tapi Kjee guna gelas yang slim. Kalau gelas biasa, nanti lontong jadi terlalu debab. Hehehe.

Kjee buat 1 kilo pulut susu yang dicuci dan ditos kering. Kacang Black Eye Beans, Kjee rendam semalaman. Banyak mana nak guna ikut suka koranglah.








Pulut, kacang dan satu biji kelapa muda parut dicampur. Kjee bubuh sedikit jer garam sebab ingat tak nak pulut tu masin. Maklumlah nak makan dengan rendang atau serunding.

Apapun, UnclePali kata sebenarnya, harus dibubuh garam secukup rasa. Baru sedap makan walaupun dengan rendang atau serunding. Selain itu, UnclePali kata kalau bubuh lebih kelapa parut lagi sedap. Kjee setuju. Mungkin lain kali Kjee buat, Kjee guna 1½ biji kelapa muda parut.

(Dalam hati-hati pun boleh pecah sebiji. UnclePali kata mungkin masa dia terbalikkan guna penyepit (tongs), tertusuk kelonsong, lantas pecah. Nasib baik mengaku hehehe.)


Untuk buat kelongsong.

1. Daun pisang dicelur seketika dalam air panas supaya ia mudah lembut sedikit. Boleh jugak kalau nak layur atas api. Kemudian lap kering dan gunakan gelas atau botol.  Daun digulung ikut bentuk botol/gelas.

2. Kemudian ikat satu buncu dan keluarkan gelas/botol. Buat sampai habis.

3. Isi 6 atau 7 sudu besar campuran pulut, kelapa parut dan kacang yang telah direndam semalaman. Jangan lupa bubuh garam secukup rasa.

4. Setelah diisi, ikat buncu satu lagi kelongsong itu. Kemudian disusun dalam periuk yang telah berisi air panas mendidih.

5. Tutup periuk. Hempap dengan lesung. Api hendaklah sederhana. Kalau terlalu besar, daun pisang akan pecah.

6. Rebus selama 3 jam. Sediakan air panas untuk ditambah sekiranya air dalam periuk tidak mencukup sepanjang 3 jam merebus.

7. Terbalikkan lepat ketika rebus separuh jalan. Tapi hati2 jangan tertusuk daun pisang. Nanti pecah berderai.

8. Biarkan lepat sejuk betul-betul baru dipotong. Kjee sejukkan suhu bilik selama 4 jam.




















NOTA:
Kalau lepat pulut ni nampak agak kering, ini adalah kerana Kjee simpan semalaman dalam fridge. Terus potong untuk amik gambar. Kalau dipanaskan dalam microwave atau dikukus seketika, pasti nampak moist dan ohhhh so sedap. Kalau cukup garam, tak perlu makan dengan lauk sampingan. Sedap dimakan begitu sahaja.

1kilo pulut, kira-kira 250gms kacang dan 1 biji kelapa parut, boleh dapat 8 batang lepat pulut ini.

SALAM MERDEKA 2014




Friday, August 29, 2014

LEMAK PEDAS REBUNG DENGAN UDANG





Ini lauk kampung yang sangat-sangat digemari orang bandar. Kalau singgah restoran atau gerai yang jual pelbagai jenis lauk untuk makan tengah hari, Kjee selalu lihat, lauk ini habis dulu. Masak lemak cili padi rebung. Ada yang masak dengan daging, ayam, udang mahupun babat atau perut lembu jenis tuala tu.

Sebenarnya Kjee nak makan Rebung Madu. Nak dapat yang fresh memanglah susah di tengah-tengah bandar ni. Selalu UnclePali beli yang dah dijerukkan aje. Adoi teringat rebung madu fresh yang diberi Azlinda Hashim masa dia balik Kedah last year.

Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali dari fridge rebung madu yang dia belikan di Hero Market semalam. Tapi bila ke dapur tadi, Kjee terkejut dia salah beli. Dibelinya rebung hiris jeruk. Mulanya kecewa jugaklah. Tapi apabila UnclePali kata tak ada stok Rebung Madu, okay jer lah. Dia dah tolong belikan pun dah kira nasib baik kan?

UnclePali suka kalau dimasak pedas-pedas dan of course pekat-pekat. Arwah mak kata, rebung tak boleh dimasak lauk pedas-pedas sebab rebung tu bisa. Hmmm selama ni Kjee buat pedas-pedas cam okay jer. So naseb lah kan.

Kjee masak simple-simple jer ikut stail Nismilan. Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup dan garam. Ketuk-ketuk jer serai. Pastu jerang dalam santan. Kjee guna dua kotak kecik santan. Bila dah mendidih, masukkan rebung hiris yang telah dicuci dua tiga kali. Pastu bila dah mendidih, masukkan udang dan asam keping. Buhlah jugak sehelai daun kunyit. Didihkan seketika sampai udang elok masak. Jangan lama sangat masak udang nanti liat.





Tuesday, August 26, 2014

PERIA TUMIS DENGAN TELOR





Lauk Peria Tumis Telor ni dah lama Kjee buat. Malas nak jadikan entri sebab bukan lauk special pun. Tapi dek kerana tak apa nak tayang kat sini, jadilah walaupun bukan makanan kegemaran ramai.

Kenapa Kjee kata bukan kegemaran ramai? Sebab ianya pahit. Ramai kaum wanita sekarang tak gemar makan sayur pahit. Tak sedap. Malah, ramai tak suka makan sayur sebab tak suka. Walhal sayur-sayuran tru mengandungi banyak vitamin yang elok untuk tubuh.

Itulah pasal kalau mak mak sekarang malas nak masak sayur maka anak-anak membesar tak suka sayur.

Okaylah malas nak bebel panjang-panjang. Cuaca kat luar suram jer. Rasa cam sedap jer nak terlentuk.

Sayur Peria ni jenis yang besar. Yang kecik tu dipanggil peria katak. Sedap jugak kalau masak tumis telor ni. Arwah Bonda kata kalau nak kasi hilang pahit, rendam seketika dalam air garam selepas menghiris. Pastu bilas dengan air dan tos.

Tapi Kjee tak rendam dengan air garam sebab suka rasa pahit. Pahit elok untuk orang pompuan. Boleh jadi ubat.  Ubat untuk dalaman wanita.

Kjee tumis biasa jer. Ketuk bawang putih, hiris bawang merah dan cili campur cili padi nak bagi pedas. Pastu rendam sekejap sedikit udang kering. Boleh jugak guna udang segar. Lepas tumis bawang dan cili, masukkan udang kering. Goreng empat lima minit pastu masukkan sayur peria. Goreng sampai hampir lembut. Pastu pecahkan sebiji dua telor dan kaupkan sayur tutup telor tu. Tunggu seketika lepas tu balik2kan. Buhlah garam atau sedikit pak aji kalau guna. Itu jer.

Sedap makan dengan nasi panas atau ratah gitu jer cam kita selalu buat, Hehehe.



Sunday, August 24, 2014

FRESH MUSHROOM SOUP AND GARLIC BREAD







Apabila dah penat makan nasi, Kjee sekeluarga lebih suka makan Garlic Bread dan Fresh Mushroom Soup. Mudah sangat buat dan sejak tahu buat sendiri kami dah tak beli mushroom soup dalam tin.

Kjee tak cerewet dalam pilihan cendawan segar. Asal ada depan mata semua Kjee campur-campur. Ada yang tanya Kjee, tak mabuk ke campur-campur semua cendawan segar? Entahlah Kjee pun tak tahu sebab tak pernah dapat rasa mabuk free ekoran makan cendawan.

Mushroom soup ni sedap dimakan dengan Garlic Bread. Jugak tak susah buat sendiri melainkan korang species pemalas tahap gaban. Opppppsss sorry gurau kasar. Hehehe.












Untuk Mushroom Soup KLIK SINI. Untuk Garlic Bread pulak KLIK SINI.


Saturday, August 23, 2014

ADIK-ADIK...IBU DAN AYAHMU MENUNGGUMU DI SYURGA, INSYA ALLAH

Adik Abderrahman Hakimi, 9 bulan, lena berselimutkan uniform arwah ayahnya



Nurliayana, 15 tahun, anak arwah Dora Shahila




Ahmad Anuar, 4 bulan, anak allahyarham  Hasni Pardi



Aqil Rais sambut hari jadi keenam di hari pengkebumian ibunya Azrina. Adiknya Arissa Raisya, 2 tahun, memerhatikan



Hazim, 2 tahun taburkan bunga di pusara arwah ibunya Hamfazlin, sambil diperhatikan  abangnya Haiqal, 8th tahun



Muhriz Marzaidi, 10 tahun anak allahyarham Mastura Mustafa

SEMUA FOTO EHSAN THE STAR ONLINE DAN MSTAR ONLINE

Friday, August 22, 2014

Tuesday, August 19, 2014

MENU MUDAH JAMU TETAMU TIKA SYAWAL





Rendang Ayam Kelantan ni Kjee buat semalam. Nadia nak makan Sambal Ayam. Masa Kjee tengah sibuk-sibuk buat persiapan dalam keadaan badan tak berapa nak sihat sebab kena food poisoning. Tetiba UnclePali kata rencah untuk buat rendang ada dalam freezer.

Baru Kjee teringat minggu lepas masa Kjee undang kengkawan datang makan-makan di rumah, Kjee plan nak buat Rendang Kelantan. Ntah kenapa tetiba masa tu Nadia kata buat Ayam Masak Negro pun sedap. UnclePali terus simpan rencah rendang ke dalam freezer. Kjee dah terlupa kewujudan rencah tu.



Ini rupanya ayam masak hitam atau Ayam Masak Negr0





Maka terjadilah Rendang Kelantan semalam. And then dalam freezer ada pulak dua bekas Nasi Tomato yang Kjee buat minggu lepas. UnclePali terus kukus dan Kjee tambah buat jelantah.

Nasi Tomato kalau berbaki, elok terus simpan dalam freezer. Bila nak makan kukus balik. Sikit pun rasa dia tak lari.

Kalo nak resipi Nasi Tomato yang Kjee buat guna Sup Tomato dalam tin, KLIK SINI. Resipi Rendang Ayam Kelantan pulak, INTAI SINI.

Untuk Jelantah, korang hiris timun, nenas, bawang besar dan cili. Pastu letaklah sikit gula dan garam. P
astu gaul. Itu jer.

Nasi Tomato, Rendang Ayam Kelantan dan Jelantah ni Kjee anggap meu paling mudah nak jamu tetamu di musim perayaan.








LAMA TAK UPDATE ENTRY SEBAB DAH BORING BLOGGING?



Lamanya Kjee tak update blog ni kan? Ramai tanya samada Kjee sihat. Yalah, ramai yang dah tahu kalau Kjee senyap jer, maknanya Kjee tak sihat.

Actually, tak sihat tu satu hal. Maklumlah usia dah hampir-hampir enam series. Ada jer yang tak kena. Pasrah ajelah kan.

Sebenarnya, Kjee tak ada mood nak menulis sejak dua tiga minggu lepas. Nak mengadap PC rasa macam tak selera langsung. Rasa cam nak berhenti blogging pun ada jugak. Huhuhu.

Dalam masa Kjee bercuti dari menulis ni, macam-macam berlaku. Bukan berlaku pada diri Kjee tapi semua di sekeliling.

Dan yang paling seronok apabila dapat berita Neelofa akan kahwin dengan sorang Sultan! Ada member kata, sepupu dia yang juga kerabat disana dah confirm. Tapi akhirnya pihak Istana keluar kenyataan, berita itu tak betul. Hmmm.







Anyway, ada satu lagi berita happy Kjee nak share ngan korang. Ini berita pasal masalah berat badan. Kjee sebenarnya tak suka orang rekemen apa-apa ubat atau krim untuk kurangkan berat badan. Dah give up sebab semua ala-ala menipu! Tetapi semuanya buat Kjee ubah fikiran apabila terjadi pada Nadia.

Seminggu sebelum Raya, Kjee bawak Nadia gi jumpa seorang rakan yang jual baju Raya online. Nadia ni walaupun nampak tak gemuk tapi ada masalah di bahagian perut dan pinggang belakang.

Apabila dia buat fitting baju Raya kat rumah kawan Kjee, muka dia merah padam sebab masalah bahagian itu. Tapi Kjee suruh jugak dia beli. Kjee bisik kat dia mengenai L'arome, serum yang Kjee beli dari seorang rakan seminggu sebelum tu. Satu famili kawan Kjee tu guna dan nampak sangat keberkesanannya.

Of course Kjee pun try jugaklah. Sapulah kat bahagian-bahagian terpilih walaupun sepatutnya kena sapu seluruh badan baru boleh nampak kesannya kot. Maklumlah adik beradik suku sakat King Kong! Hehehe.

Anyway, Nadia ni patuh jugak arahan mama dia. Dia sapu kat perut dan bahagian belakang pinggang. Selama 5 hari kalau tak silap.

Malam Raya, Nadia keluar bilik sambil menjerit! Baju Raya yang dia beli hari tu dah longgar bahagian perut dan belakang pinggang!! Serius ni. Bukan sebab nak promo. Boleh tanya Wan Roslina, kawan Kjee yang tengok sendiri baju dia jual tu ketat, apabila dipakai Nadia.


Puan Wan Roslina

Ms Ellena Husin

Puan Suhaini Wahab

Ini testimoni pertama dari customer Kjee






















Apa lagi. Apabila Kjee tulis kat FB, ramai pulak member-member yang beri testimoni mereka!! Tiga gambar diatas adalah my very close friends. Bukan testimoni orang yang tidak dikenali!

Kjee pun selepas guna lebih kurang 1 bulan, lengan Kjee yang ala-ala 'Popeye' dah susut lebih 1½ inci! Itu baru lengan. Dah puas hati dengan saiz lengan yang diidamkan, Kjee akan beralih ke bahagian lain pulak!

Kalau korang minat, boleh whatsapp 01131771389/sms 0126780501. Harga RM150 sebotol (tahan +- 10 hari) atau beli empat botol dengan harga RM350. Kalau nak suruh Kjee pos, tambah RM10 jer utk pos laju. Kjee akan beri more info kalau nak. Just sms or whatsapp.

Murah sangat berbanding dengan syarikat yang kuruskan badan yang tawarkan harga sampai beribu-ribu ringgit. Boleh dapat lihat kesan dalam masa 1 minggu, Insya Allah. Yang best, tak perlu diet. Sapu jer.

Jom cuba sebelum terlambat. Dan korang jangan lak jeles bila tengok Kjee dah slim. Hahahaha ada hati.