Friday, August 29, 2014

LEMAK PEDAS REBUNG DENGAN UDANG





Ini lauk kampung yang sangat-sangat digemari orang bandar. Kalau singgah restoran atau gerai yang jual pelbagai jenis lauk untuk makan tengah hari, Kjee selalu lihat, lauk ini habis dulu. Masak lemak cili padi rebung. Ada yang masak dengan daging, ayam, udang mahupun babat atau perut lembu jenis tuala tu.

Sebenarnya Kjee nak makan Rebung Madu. Nak dapat yang fresh memanglah susah di tengah-tengah bandar ni. Selalu UnclePali beli yang dah dijerukkan aje. Adoi teringat rebung madu fresh yang diberi Azlinda Hashim masa dia balik Kedah last year.

Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali dari fridge rebung madu yang dia belikan di Hero Market semalam. Tapi bila ke dapur tadi, Kjee terkejut dia salah beli. Dibelinya rebung hiris jeruk. Mulanya kecewa jugaklah. Tapi apabila UnclePali kata tak ada stok Rebung Madu, okay jer lah. Dia dah tolong belikan pun dah kira nasib baik kan?

UnclePali suka kalau dimasak pedas-pedas dan of course pekat-pekat. Arwah mak kata, rebung tak boleh dimasak lauk pedas-pedas sebab rebung tu bisa. Hmmm selama ni Kjee buat pedas-pedas cam okay jer. So naseb lah kan.

Kjee masak simple-simple jer ikut stail Nismilan. Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup dan garam. Ketuk-ketuk jer serai. Pastu jerang dalam santan. Kjee guna dua kotak kecik santan. Bila dah mendidih, masukkan rebung hiris yang telah dicuci dua tiga kali. Pastu bila dah mendidih, masukkan udang dan asam keping. Buhlah jugak sehelai daun kunyit. Didihkan seketika sampai udang elok masak. Jangan lama sangat masak udang nanti liat.





1 comment: