Sunday, August 31, 2014

LEPAT PULUT KACANG SINGAPURA








Kali pertama Kjee buat Lepat Pulut Kacang ni setelah ternampak blogger masakan dari Singapura, Ady Greatsword tayang kat blog beliau. Justru Kjee namakannya Lepat Pulut Kacang Singapura. Ok kan Ady. Hehehe.

Selama ini Kjee tak pernah buat sebab tak berapa nak berani. Masa Nadia kecik dulu, Kjee ada jugak buat lontong. Tapi kerana tak mahir, banyak antaranya pecah ketika masak. Ada kata Kjee guna api terlalu besar ketika merebus.  Itu antara sebab Kjee kecewa dan tak buat sampai sekarang.

Apabila nampak Lepat Pulut Kacang Ady, Kjee pun kembali teruja nak buat. Terus terbayang cara nak buat kelongsong daun pisang yang diajar oleh my ex-SIL. Dia guna botol bedak tapi Kjee guna gelas yang slim. Kalau gelas biasa, nanti lontong jadi terlalu debab. Hehehe.

Kjee buat 1 kilo pulut susu yang dicuci dan ditos kering. Kacang Black Eye Beans, Kjee rendam semalaman. Banyak mana nak guna ikut suka koranglah.








Pulut, kacang dan satu biji kelapa muda parut dicampur. Kjee bubuh sedikit jer garam sebab ingat tak nak pulut tu masin. Maklumlah nak makan dengan rendang atau serunding.

Apapun, UnclePali kata sebenarnya, harus dibubuh garam secukup rasa. Baru sedap makan walaupun dengan rendang atau serunding. Selain itu, UnclePali kata kalau bubuh lebih kelapa parut lagi sedap. Kjee setuju. Mungkin lain kali Kjee buat, Kjee guna 1½ biji kelapa muda parut.

(Dalam hati-hati pun boleh pecah sebiji. UnclePali kata mungkin masa dia terbalikkan guna penyepit (tongs), tertusuk kelonsong, lantas pecah. Nasib baik mengaku hehehe.)


Untuk buat kelongsong.

1. Daun pisang dicelur seketika dalam air panas supaya ia mudah lembut sedikit. Boleh jugak kalau nak layur atas api. Kemudian lap kering dan gunakan gelas atau botol.  Daun digulung ikut bentuk botol/gelas.

2. Kemudian ikat satu buncu dan keluarkan gelas/botol. Buat sampai habis.

3. Isi 6 atau 7 sudu besar campuran pulut, kelapa parut dan kacang yang telah direndam semalaman. Jangan lupa bubuh garam secukup rasa.

4. Setelah diisi, ikat buncu satu lagi kelongsong itu. Kemudian disusun dalam periuk yang telah berisi air panas mendidih.

5. Tutup periuk. Hempap dengan lesung. Api hendaklah sederhana. Kalau terlalu besar, daun pisang akan pecah.

6. Rebus selama 3 jam. Sediakan air panas untuk ditambah sekiranya air dalam periuk tidak mencukup sepanjang 3 jam merebus.

7. Terbalikkan lepat ketika rebus separuh jalan. Tapi hati2 jangan tertusuk daun pisang. Nanti pecah berderai.

8. Biarkan lepat sejuk betul-betul baru dipotong. Kjee sejukkan suhu bilik selama 4 jam.




















NOTA:
Kalau lepat pulut ni nampak agak kering, ini adalah kerana Kjee simpan semalaman dalam fridge. Terus potong untuk amik gambar. Kalau dipanaskan dalam microwave atau dikukus seketika, pasti nampak moist dan ohhhh so sedap. Kalau cukup garam, tak perlu makan dengan lauk sampingan. Sedap dimakan begitu sahaja.

1kilo pulut, kira-kira 250gms kacang dan 1 biji kelapa parut, boleh dapat 8 batang lepat pulut ini.

Related Posts:

  • KUIH GETAS      Buat kuih ini petang semalam. Resipi my sifu Che Mat Gebu. Kuihnya jadi okay. Lembut didalam, garing di luar. Cuma Kjee tak mahir sangat menyira. Tak jadi putih melepak macam salji. 😥  &n… Read More
  • APAM NASI DAH dua tiga kali Kjee buat. Tiap kali ada aje slack. Sampai rasa macam nak give up. Tak nak buat Apam Nasi lagi.     Tetapi kan, mata ni tak boleh control apabila tengok orang post kejadian Apam Na… Read More
  • BAKWAN @ CUCUR SAYUR           Macam cucur udang tapi kenapa namanya Bakwan? Entahlah. Kjee suka, sangat. Kjee panggil Cucur Sayur. Rupa2nya nama sebenarnya, Bakwan!      First time ma… Read More
  • DRIED CRANBERRY SCONES      Sudah dua tiga kali singgah di Ms Ellie's Tea House, Melawati untuk menikmati scones. Kalau ke Cameron Highlands memang wajib singgah di cafe di ladang teh untuk order Scones .    &nb… Read More
  • DONUT GEBU      Lebih mudah beli. Tetapi yang belum pernah buat, tentu tidak dapat bayangkan sedapnya dimakan sebaik sahaja siap digoreng dan dicelup dalam gula kastor!     Dulu-dulu masa Nadia … Read More

3 comments:

  1. Terliur saya kak jee...terasa2 je kat tekak...

    ReplyDelete
  2. Kak Jee.. kalau mak Farah buat selalunya dia akan tanak dulu pulut separuh masak bersama santan dan garam secukup rasa. Kemudian balut dgn daun pisang dan ikat kemas sebelum dikukus semula. Kami panggil PULUT DAKAP... kita yg buat dia kan? hihi

    ReplyDelete
  3. Bagus Farah Ali. Nanti Kjee nak cuba. Pasti lebih lemak kan! Tq

    ReplyDelete