Mesti korang ketawa tengok Kjee buat entri ini. Alahai dah tak ada modal ker? Bayam Merah Masak bening pun nak bubuh kat sini.
Hmmm Kjee pun memang tak minat nak buat entri. Tetapi apabila Kjee acah bubuh gambar bayam merah ni kat FB, Kjee baru perasan yang ramai tak tahu atau tak pernah makan sayur Bayam Merah ni.
Kjee pun belajar makan sayur ni lepas kahwin. Lepas dah beranak pinak. Masa kecik-kecik dulu, kalau lalu kat pasar dan nampak sayur ni, Kjee akan tanya emak sayur apa tu. Dia angkat bahu macam geli geleman.
"Isyhhh tak lalu aku nak makan. Kau tau tak, itu sayur Raja Bersiong!" kata emak sambil tarik tangan Kjee pergi dari tapak Nyonya jual sayur tu.
Sampai rumah, emak pun ceritalah al kisah yang entah benar entah tidak. Kononnya, di zaman dulu-dulu, tukang masak Raja ni tengah siang sayur bayam. Bayam hijaulah kot. And then, jari dia terluka. Darah tu mengalir ketika dia sedang menumis. Tapi kerana dah kesuntukan masa, dia tak buanglah sayur satu periuk tu. Dia terus hidang bagi Raja makan.
Raja pun santap dengan penuh berselera. Tersangat sedap. Malah, Tuanku puji cantik warna kuah sayur tu! Tuanku titah esok mesti masak sama macam itu.
Esoknya, tukang masak pun masaklah. Bila dihidangkan dekat Tuan, Tuanku jadi marah apabila dia makan tetapi tak sedap. Tuanku ugut akan pancung kepala Tukang Masak kerana gagal masak sayur bayam yang sedap macam semalam!
Dek kerana ketakutan, Tukang Masak tu pun sengaja lukakan jari dia dan titiskan darah itu dalam lauk sayur tu. Dan nyawa dia selamat dan Tuanku pun happy.
Korang jangan percaya cerita ni! Kalau emak aku bohong maka aku pun telah bohong kepada korang semua. Tapi rasanya citer ni bohong lah. Hehehe.
Anyway, ramai orang kata sayur ini sangat banyak khasiatnya. Sama cam bayam yang warna hijau. Whatever.
Hari ni Kjee masak Sayur Bayam Merah Masak Being. Tumis sikit bawang putih dan bawang merah. Pastu campakkan sikit ikan bilis dan curahkan air seberapa banyak korang nak sebagai kuah. Bila dah didih, masukkan sayur yang telah dicuci bersih dan dipetik-petik. Bayam banyak pasir, jadi hati2 ketika membasuh. Guna banyak air, okaylah. Jangan lupa bubuh garam. Tak perlu masak lama-lama. Nampak jer sayur dah kecut, okahlah tu.
Seelok-eloknya hirup sekali kuahnya kerana disitulah duduk segala khasiatnya.
0 comments:
Post a Comment