Wednesday, September 3, 2014
CENCARU BELAH BELAKANG, SAMBAL ALA THAI
Kjee buat Ikan Cencaru Belah Belakang ni kira-kira dua minggu lepas. Lupa lak kewujudannya. Selak-selak file gambar jumpalah ia. Maka Kjee pun terasa nak share kejadiannya. Masa amik gambar, mood jatuh merundum. Justru, gambarnya tidak menyelerakan. Hehehe.
Oleh kerana dah selalu buat resipi Cencaru Belah Belakang yang sama maka kali ini, Kjee cuba cipta kelainan sedikit. Selalunya, kalau buat ikan belah belakang sumbat sambal ni, sambalnya Kjee tak tumis. Tumbuk semua bahan dan sumbatkan jer. Mudah. Pastu bakar.
Tapi kali ini, Kjee tumis dulu sambalnya. Bahan-bahannya ialah cili kering, cili padi, cili hidup, bawang besar, bawang putih, serai dan lengkuas. Kisar semua sampai halus. Pastu tumislah sampai garing setelah diletak sedikit garam dan juga gula serta 1 asam keping. Kalau nak perah limau nipis pun boleh. Oh ya sekiranya ada bunga kantan, ricik halus-halus dan trrrr sekali.
Kemudian apabila sambal sudah masak, ditaburkan hirisan daun limau purut. Mayang halus-halus dan gaul sampai rata. Sejukkan. Masa sejukkan tu, dibersihkan ikan cencaru dan dibelah belakang. Kemudian disumbatkan sambal tadi di bahagian yang dibelah itu.
Balut ikan dengan sehelai daun kuyit. Kemudian bungkus dngan daun pisang dan letak atas kuali dan bakar. Kjee guna Pemanggang Ajaib. Sungguh mudah menggunakan pemanggang tu. Sekejap jer masaknya.
Kalau rajin, buatlah sambal itu banyak-banyak. Simpan dalam peti ais. Sedap jugak kalau dilumurkan pada Ikan pari atau Ikan Kembung, dibalut daun kunyit dan dibungkus daun pisang dan dibakar.
Kalau orang bubuh daun limau purut dan bunga kantan, sering mengaitkannya dengan makanan ala Thai maka Kjee pun namakan ia Cencaru Belah Belakang Sambal Ala Thai. Aku yang buat dia. Hehehe
0 comments:
Post a Comment