Friday, September 19, 2014

RENDANG KACANG, HATI AYAM, PEDAL DAN SEBAGAINYA HEHEHE






When I was a little girl..ewahhh cakap omputih. Tersasul lak. Hehehe.

Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami sekeluarga tinggal di beberapa daerah di Negeri Sembilan. Kjee pernah tinggal di Kuala Pilah, Port Dickson dan Rasah kat Seremban. Arwah bapak kerja kat Pejabat Tanah. Justru selalu kami pindah randah. Dua adik Kjee dilahirkan di Negeri Sembilan. Seorang di Kuala Pilah dan seorang di Seremban.

Adoi terbabas pulak cerita hari ni. Sebenarnya, Kjee nak bagitau yang tekak Kjee ni terlalu dekat dengan makanan orang Nismilan. Suka podeh-podeh dan lomak-lomak. Not very healthy, you know...the lomak-lomak part. Hehehe.

Masa arwah Bonda masih ada, kerap jugak dia buat Rendang Kacang Nismilan. Macam-macam jenis dia buat. Yang ori warna kuning tu dan juga rendang daging yang biasa tu tapi sebelum padam api, dia masukkan kacang panjang. Tak tahu resipi tu dia punya sendiri atau memang cara itu orang Nismilan buat.

So pagi tadi, Kjee pujuk UnclePali pergi Pasar Selayang. Kat sana ada ramai orang jual ayam tua. Mustahil tak ada telor tu kan! Hmm memang nasib tak baik. Bolehlah pulak tak ada!

Pastu Kjee suruh UnclePali drive ke Pasar Keramat. Alahai penjual ayam tu kata dah habis. Tapi terpampang depan mata pedal ayam, hati ayam, kaki ayam dan jugak leher ayam. Hmmm tak cukup satu bahan, takkan cacat kot lauk aku. Janji terlepas kempunan!










So sampai rumah tadi Kjee bersihkan kaki ayam, pedal dan leher ayam. Masuk dalam pressure cooker dan rebus selama lebih kurang 20 minit. Hati ayam tak payah masuk periuk tekanan tu. Hancur pulak karang.

Sementara menunggu bahan-bahan yang direbus tu lembut, Kjee pun tumbuk cili padi (nak pedas mana ikut suka), 1½ labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci kunyit hidup dan 5 batang serai yang tak berapa gemuk. Semua itu ditumbuk halus kecuali serai. Titik jer dah cukup.

Kemudian Kjee tumis bahan tumbuk dan serai guna minyak sikit jer. Masa tu bahan-bahan yang direbus dah cukup elok lembutnya. Apabila dah garing dan wangi tumisan, Kjee kaup semua pedal, kaki ayam serta leher ayam dari periuk tekanan ke dalam kuali.

Oleh kerana sudah siap rebus maka tidak perlulah Kjee masak lama-lama. Kalau korang rebus biasa, agak-agak jer lah sampai semuanya lembut. Apabila dah gaul elok tumisan dengan bahan-bahan yang direbus tadi, Kjee masukkan santan kotak. Kjee guna 1½ kotak santan kotak kecik.

Gaul sampai rata, masukkan hati ayam dan bubuh garam dan 2 keping asam gelugor. Masak sampai hampir-hampir kering. Kemudian masukkan kacang panjang yang telah dipetik-petik sama panjangnya. Gaul bagi rata dan apabila kacang dah lembut sikit, padam api.


Tadi Kjee goreng ikan kembung dan ikan pekasam. Risau jugak UnclePali tak suka rendang ni. Sukanya Kjee sebaik sahaja habis makan, dia tunjuk Two Thumbs. Sodaplah tu yo. Hehehe.






2 comments:

  1. Ermmmm tgk gmbr pun dh rasa sodap...org nismilan ni pun dh lama tak mkn rendang ni...Nk kono buat gak lah.

    ReplyDelete
  2. menggoncang kalbu laa Kjee.. huhuu.. nak buat gak..

    ReplyDelete