Pertikaman lidah dan kecuh sikit sebelum pengundian dijalankan |
Ketika bersiap-siap untuk ke Dataran Finas untuk menghadiri Mesyuarat Agung ke-14, Persatuan Seniman Malaysia atau SENIMAN, hati Kjee bercampur baur.
Semalam, ketika Kjee sampai di Tanah Perkuburan Janda Baik untuk upacara pengkebumian Allahyarham Datuk Jamil Sulong, Kjee dihimpit oleh beberapa anak seni veteran. Masing-masing cuba mempengaruhi Kjee untuk memilih calon yang mereka mahu jadikan Presiden Seniman.
Kjee hanya senyum dan mengiayakan walaupun jauh di sudut hati, Kjee agak sedih melihat cara segelintir mereka yang menggunakan pelbagai taktik untuk meraih undi. Mereka terlupa agaknya yang mereka ini insan seni dan cara untuk 'berpolitik' harus berseni dan halus.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kjee cukup rajin berdamping dengan Seniman. Cuba hadir dalam setiap perjumpaan mereka, jika kesihatan mengizinkan. Kjee jadikan pertemuan dengan teman-teman seperjuangan sebagai satu terapi.
Maklumlah di usia emas dan seringkali tidak sihat, Kjee lihat ramai artis yang uzur jugak seperti Kjee. Hendak berlakon sudah tidak kena dengan usia dan kesihatan. Jadi, pertemuan sebegitu rupa boleh menimbulkan kembali kenangan yang cukup nostalgik dan manis.
Menjadi ahli Seniman sejak ia ditubuhkan, Kjee baru dapat merasai keindahan menjadi ahli hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Sejak Haron Salim Bacik menjadi Presiden, kemudian diambilalih oleh Zed Zaidi. Kjee rasa cukup senang dengan dua Presiden ini kerana Kjee baru dapat merasai kebajikan artis-artis veteran agak terbela.
Anyway, dipendekkan cerita, Kjee rasa ramai sudah tahu kenapa Mesyuarat Agong kali ini agak penting bagi kami anak seni. Sejak awal tahun ini, Seniman telah dibubarkan kerana masalah yang semua sudah tahu. Jadi, apabila persatuan dianggap tidak sah, maka satu pemilihan baru harus diadakan.
Okaylah. pagi tadi Kjee dan mungkin sebilangan besar mahu hadir sebab menjangkakan kekecuhan akan timbul. Pasti ada ada perang mulut dan sebagainya.
Ini pasport untuk mengundi |
Kjee dan ramai hadirin hanya menjangkakan a two cornered fight. Tetapi rupa-rupanya ada pertandingan tiga penjuru. Terkejut Kjee apabila ternampak satu kelompok artis yang sebelum ini, jarang jarang hadir dalam sebarang majlis anjuran SENIMAN, muncul dengan membawa nama-nama seperti Afdlin Shauki, Sofia Jane dan juga Vanida Imran.
Two contenders yang asal adalah Datuk Mustafa Maarof dan Zed Zaidi. Sebilangan artis veteran, khabarnya mahu membawa Datuk Mustafa Maarof 'merampas' kembali jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ditewaskan oleh Harun Salim Bachik.
Dan sebilangan lagi yang veteran dan anak muda pulak mahu kepimpinan Zed Zaidi yang cemerlang diteruskan.
Undi dari artis veteran, sangat penting kerana merekalah yang mewakili sebahagian besar dari ahli Seniman. Dan sejak dua atau tiga pertemuan tahun lepas dan awal tahun ini, mereka telah menunjukkan sokongan sebulat suara kepada Zed Zaidi. Ini adalah kerana mereka sangat puas hati dengan cara Zed mengambil berat hal ehwal artis veteran.
Kjee tiba seawal 9 pagi, dan tidak tahu apa nak expect. Actually lebih risau jugak sebab Kjee seakan dapat hidu Zed akan tewas kepada Datuk Mus kerana ramai artis-artis veteran sudah duduk berkelompok di satu bahagian tempat duduk. Dan seorang dua yang Kjee nampak, adalah pengikut Datuk Mus. Apakah yang ramai-ramai tu pengikut Datuk Mus?
Dipendekkan cerita lagi, Mesyuarat bermula lebih sejam lewat dari yang dijadualkan. Maklumlah sudah menjadi resam artis, suka take their own sweet time dan pendaftaran agak perlahan.
Alhamdullilah, perang mulut yang dijangkakan tidak berlarutan dan pengundian dijalankan dengan lancar. Datuk Yusuf Haslam dan Jurey Latiff menjalankan tugas memastikan aturcara berjalan lancar.
Tahniah Zed dan Zack Kool. Gandingan yang mantap Insya Allah |
Dan sebaik sahaja undian untuk Presiden diumumkan dan memihak kepada Zed Zaidi (109 undi) mengalahkan Datuk Mus (71 undi) dan Afdlin Sauki (66 undi). Kjee yang hampir sesak nafas menunggu keputusan diumumkan kembali bersemangat terutama sekali apabila Zack Kool dari kem Zed berjaya menjadi Timbalan Presiden.
Setiausaha dan Timbalan Setiausaha jugak menjadi milik kem Zed. Hanya Vanida sahaja berjaya menembusi benteng Zed apabila dia dipilih sebagai Bendahari. Kemenangan Vanida ini sudah diduga kerana beberapa minit sebelum kami buang undi, pelakon Kuna telah pergi berjumpa seorang demi seorang pengundi untuk memohon agar kem Afdlin diberi peluang menduduki satu kerusi teratas dalam pucuk pimpinan Seniman.
Bagaimanapun, untuk kerusi AJK, kem Afdlin berjaya menduduki 6 dari 7 tempat yang ada. Hanya Jamaludin Mat atau Abang Jem dari kem Zed dipilih.
Kemenangan Zed (tanpa perlu banyak lobi) adalah ekoran kecemerlangan beliau dalam memimpin Seniman sebelum kes Mahkamah (quote and unquote Harun Salim Bacik...6 J...Jahanam?) dan persatuan dibubarkan.
Satu pengakhiran yang baik walaupun pihak yang menganjurkan mesyuarat telah menyediakan ramai anggota RELA untuk mengawal keadaan. Hehehe.
Kami pulang dengan hati yang puas. Zed diberi kepercayaan untuk menjadi teraju Seniman. Mudah-mudahan dengan team AJK baru yang dikatakan cerdik pandai akan membawa Seniman ke tahap yang lebih baik, selepas ini.
Mudah-mudahan pemimpin-pemimpin muda yang dipilih tidak akan meminggirkan ahli-ahli veteran kerana mereka jugak akan menjadi veteran satu hari nanti.
Dan seperti biasa, sebelum beredar pulang, sessi beramah mesra, selfie dan bergambar bersama-sama.
bersama Arash Mohamad dan Datin Norzieka Faizal |
Adam Corrie dan isteri |
Seniwati Mariani |
Elly Suriati, Aznah Hamid dan Tantiana |
Hamidah Wahab, Arifah Damanhuri, Normah Damanhuri dan Ani Jaafar |
Aznah Hamid aka Mak Aliah dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna |
Abang Jem sahaja yang berjaya kekalkan jawatannya sebagai AJK dari Kem Zed |
Otai masih berbisa..pelakon dan juga produser Mummy Zarela dan Papa Rawi |
0 comments:
Post a Comment