Friday, October 24, 2014

CARA BARU MENIKMATI BUAH MANGGA





Sekarang ni musim mempelam atau mangga. Ada yang manis dan ada yang masam.

Kalau dulu hanya yang mengandung jer terliur tengok mangga masam terutama sekali manga pauh atau mangga telor, sekarang ni dah jadi kegilaan ramai. Semuanya sejak ada insan yang post gambar Jeruk Mangga. Of course mereka guna mangga masam.

Kjee ni bukan golongan species yang minat buah-buahan yang masam-masam kecuali apple hijau. Itu pun dijadikan jus dan diminum tanpa bubuh gula. That I like.

Tetapi apabila Kjee intai fridge semalam dan ternampak 4 biji mangga lemak manis pemberian my sis Shiela, tetiba excited pulak nak buat mangga yang macam dia orang tayang kat Facebook.

Kjee cuba cari cara buat atau resipi tapi tak ada. Yang ada cuma ada gambar mangga yang telah dihiris lepas dikupas. Pastu ditabur cili padi potong. Ada gak serbuk-serbuk yang Kjee rasa serbuk asam boi. Ada yang tabur gula dan letak biji biji asam boi.

Oleh kerana mangga yang Shiela beri dah lemak manis, Kjee pun tak bubuh gula. Bubuh cili padi, ramas-ramas asam boi dan jugak letak dua atau tiga biji di atas mangga tadi. Bila nak makan, gaullah.

Ewah boleh tahan sedap. Is this a new way of eating mangoes? Wallahualam. Kalau suka boleh terai. Kalau tanya Kjee...hmmm boleh lah buat kalau rajin. Kalau tak, ngap jer lepas kupas. Hehehe.


Thnx Shiela bagi mangga. Baru Kjee perasan semalam. Luarnya mengkal so ingatkan masam. Rupa-rupanya manis.




4 comments:

  1. cara baru? dah lama dah org makan mangga or jeruk2 cam ni kak gee..cuma baru femes & jadi viral di FB jer.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang menjadi kegilaan orang sekarang ni

    ReplyDelete
  3. Salam aunty. hee. saya lebih kurang anak aunty je umur. so panggil aunty la kan. selalu singgah baca blog aunty. geram tengok makanan2 aunty masak. nampak sedap gila. family saya selalu buat macam ni tapi pakai jambu. lagi sedap jambu yg tak ada biji tu. makan sejuk2 memang sedap. potong nipis2 lebih kurang setengah cm jambunya. carik2 asam boi. cili padi potong. gaul letak dalam peti ice. buat snack sambil tgk tv. mantop.

    ReplyDelete
  4. Selalu orang makan dengan serbuk asam je biasanya kan.. Semalam pun baru pun.. Memang sedap..^_^ Salam perkenalan kak Gee..Selalu jadi pembaca blog kak Gee je..hehe

    <Penyediaan Jeruk Mangga Asam Boi Semudah ABC

    ReplyDelete