Mata Kjee memang tak boleh pandang orang tayang makanan yang baru. Kreatif sungguh lah budak-budak ni. Ada jer makanan yang boleh buat Kjee terliur. Justru, selagi tak buat, siang malam boleh angau. Hahahah angau?!!
Anyway, makanan terbaru yang Kjee teringin nak buat ialah cekodok kentang atau Potato Fritters iaitu bahasa glamer ramai di Facebook. Kalau diterjemah, Potato Fritters tu sebenarnya Kentang yang telah dicampur tepung dan digoreng. Macam Banana Fritters iaitu Goreng Pisang
Kjee dapat resipi ni dari FB, DSelly Zass. Tak tau mana dia dapat. Tapi thnx Selly for sharing. Kjee copy resipi tu masuk my handfon tapi bila time buat ntah apa bende yang Kjee letak.
Resipi asal guna 3 biji kentang yang disagat (Kjee guna box grater), 3 sudu makan tepung gandum, 4 sudu makan tepung jagung, sebiji telor ayam dan daun bawang.
Sebaik sahaja Kjee sagat kentang, tetiba baru perasan dalam fridge tak ada daun bawang. Nak suruh UnclePali pergi beli, takut pulak
Nampak tak udang tu terlerai dari cekodok? Rasanya harus dicindang udang dulu |
Setelah adunan bercampur, Kjee perasan resipi ori tak ada bubuh air. Kenapa? Ohhh mungkin sebab kentang yang sudah sagat akan mengeluarkan airnya.
And then gorenglah cam biasa kita buat cekodok. Selitkan juga satu ekor udang dalam secubit adunan yang hendak digoreng. Api jangan besar. And then, Kjee baru sedar silap guna udang seekor-seekor. Ketika goreng, udang tu terkeluar dari tepung. Hah baru terfikir kalau dicincang-cincang udang tu taklah ia terkeluar masa goreng kan!!
Apabila sudah garing, terbalikkan. Kalau api tak besar, maka masaknya sampai ke dalam. Ranggup diluar tau. Kemudian toskan dan cicah dengan sos cili. Tapi UnclePali kata tak perlu makan dengan sos cili dah sebab dah cukup rasa dan pedas sikit sebab guna cili serbuk.
Kjee terlupa satu lagi bahan iaitu telor. Ala kalau tak letak pun okay lah. Seandainya dihiris cendawan shitake atau carrot dan dicampur sekali dalam adunan, tentu sedap kan? Well citarasa masing-masing. Kita yang buat dia.
Elok untuk sarapan, minum petang atau untuk supper.
wah sedap resepi baru ni...
ReplyDeleteHeiii... kalau tak cuba memang tak sah... tapi kena sabar waiting list... he heheh bila kak jee sebut pasal cendawan shiitake tu, rasa tak sabar nak cuba, tapi sayang kentang & lobak merah & telur je yang ada... tepung jagung pun ada...tah tak tau bila nak buat, jamu mata kat sini dulu.
ReplyDeleteNyumsss.. LM pun terangau2 selagi x cuba. Wah letak udang eh kakjee? LM xde stok udang letak sket kucai je aritu. Klu ada udang kecik sedapnya rangup2. Nyum3
ReplyDeletesaya dah cuba..memang sedap tapi tak rangup la sebab kat rumah takde tepung jagung..hehe
ReplyDeleteboleh cuba ni....simple ja....tapi kena tunggu hari cuti...hehe
ReplyDelete