Sunday, October 26, 2014

GO' BANG MAJU PATIN TEMPOYAK BAKAL BUKAK CAWANGAN DI KL



Signboard yang besar! Tak nampak lagi, tak tau nak kata. Hehehe
















Muhamad Rizal Rosely


Sejak mula blogging hampir 3 tahun lalu, Kjee cuba elak buat review mengenai kedai-kedai yang Kjee kunjungi daripada diketahui tuan punya kedai makan atau restoran. Dalam kata lain, Kjee cuba elak 'makan free' sebab tidak mahu terikat dan terhutang budi. Nanti, kena tulis yang elok-elok sahaja sebab dah makan free!

Dalam banyak-banyak tempat yang Kjee pergi dan buat review, hanya satu restoran yang paksa Kjee padam entri tersebut sebab tak puas hati Kjee tak puji makanan kat restoran tersebut. Tauke berbangsa Terengganu tu siap call UnclePali dan ugut nak saman!

Selepas kejadian itu, Kjee serik dan hanya buat review kalau makanan restoran tersebut sedap.

Semalam Nadia ajak Kjee dan papanya pergi Temerloh untuk menikmati Gulai Ikan Patin Tempoyak di Go'Bang Maju Patin Tempoyak. Hanya di situ gulai tempoyaknya menepati selera dan poket kami.
Bagaimanapun, kerana bimbang kecewa apabila sudah drive hampir dua jam ke Temerloh, Kjee call dulu restoran itu untuk bertanya samada ia dibuka.







Air Keladi, Jagung dan sirap bandung cincau. terbaek!!!



































Panggilan Kjee diterima mesra oleh seorang lelaki. Apabila Kjee beritahu Kjee pernah menulis mengenai makanan di situ dalam blog Kjee, beliau terus bertanya samada ini Kjee? Isyhhh kenal ker sebab Kjee tak pernah perkenalkan diri kepada sesiapa ketika beberapa kali mengunjungi restoran tersebut.

Anyway, janji nak ke sana pukul 2 tapi pukul 3 baru gerak dari KL. Dekat pukul 5 baru sampai. Kami belum lunch. Nadia dan UnclePali jelas kelaparan. Kedai penuh sesak dengan pengunjung. Mujur sebaik kami sampai, semua sudah habis makan dan hendak pulang. So, berpeluanglah kami dapat parking yang sangat elok.

Tuan punya restoran, Rizal Rosely menyambut mesra kedatangan kami tiga beranak. Tidak putus-putus ucapkan terima kasih kerana katanya sejak Kjee menulis mengenai restorannya di sini dulu LIHAT SINI , pengunjung telah bertambah berkali ganda sehinggakan terpaksa membuat servis secara layan diri!

Syukur Alhamdullilah. Rupa-rupanya penulisan Kjee itu dapat membantu. Terima kasih kepada my blog readers.

Kjee pun terkejut dengan pembaharuan yang berlaku sejak Kjee ke sana pada bulan Mei tahun lepas. Di waktu yang sama Kjee di situ semalam, restoran itu sarat barat dengan pengunjung. Dan masalah paling besar bagi pengunjung rasa-rasanya ialah tempat letak kereta! Tetapi kerana keenakkan makanan di Restoran Go'Bang Maju Patin Tempoyak, pengunjung sanggup park jauh sedikit dan berjalan ke restoran itu.


Ada jugak ikan patin goreng garing, sambal hitam, sambal tempe dan jeruk petai cicah sambal tempoyak. Yummy.

Ikan Talapia Tempoyak Bakar yang enak 


Pekerja tak menang tangan. Tauke turun padang bantu bakar ikan!!


Kjee terpegun dengan cara Rizal, 36 tahun, anak tempatan Temerloh, mengendalikan bisnes beliau dengan sokongan isteri, ibu dan ahli keluarga lain. Beliau mempunyai visi membawa Go'Bang Maju Patin tempoyak lebih jauh lagi. Justru dalam masa terdekat ini, beliau akan membuka satu cawangan di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur dengan modal sekitar suku juta ringgit!

"Saya mulai meniaga sejak di sekolah menengah lagi. Meniaga kecil-kecilan jual kuih, goreng pisang dan sebagainya bantu keluarga sebab saya anak sulong. Nampak nya rezeki saya meniaga Patin Tempoyak. Alhamdullilah syukur," katanya.

Camner dapat nama Go'Bang tanya Uncle Pali?

"Saya anak sulong. Jadi keluarga panggil saya abang. Kengkawan selalu bagi sokongan saya buat bisnes. Selalu dia orang kata 'You Go Bang!!"  Justru saya dapat idea namakan restoran saya Go'Bang. Pastu saya tambah perkataan Maju. Alhamdullilah sejak bubuh nama Go'Bang Maju, bisnes saya semakin maju!" kata Rizal.



Layan Diri























Ketika Kjee mula-mula ke restoran itu dulu, Rizal menjual pelbagai makanan termasuk Tom Yam. Tetapi apabila mengkaji semula apa yang diminati pelanggannya, Rizal akhirnya juruskan peniagaan kepada menu Gulai Tempoyak Patin.

Menu terbaru ialah Ikan Bakar Talapia Tempoyak yang sangat unik dan sedap. Kelebihan Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak ini ialah harga yang diletak, mampu milik.

"Now everyone can eat Ikan Patin," kata Rizal sambil bergurau.

Selain Gulai Patin tempoyak dan Ikan Bakar, Kjee rasa turut akan menjadi tumpuan ialah 3 jenis jus special yang disediakan. Kami dihidangkan dengan Air Keladi, Air Jagung dan Air Bandung Cincau. Cukup sedap dan istimewa dan diletakkan satu scoop aiskrim! Kalau ingat boleh kecur!! Hehehe.

Tidak sah makan di situ kalau tidak hirup kuah gulai tempoyak yang pekat dan manis!


Pekat kuahnya. Puas hati. Tak sah tak hirup! Satu mangkuk seperti ini hanya RM13!
























Kjee usik :"Ini 100% tempoyak kan? Tak campur tepung!"

"Hahaha. Bukan Kjee sorang yang tanya. Ada juga customer yang tanya begitu. Insya Allah tidak. Tempoyak kami khas saya order dari FAMA! Saya ni kan Kjee, jenis yang suka makan sedap. Justru saya jaga kualiti makanan yang saya jual. Mesti sedap!" kata Rizal sambil ketawa.

Betul! Kjee setuju. Kalau tak sedap, buat apa nak jual kan!! Nanti jadi sasaran maki hamun orang!

Kjee tak sabar nak tunggu cawangan Go'Bang Maju Patin Tempoyak ini dibuka November ini. Dekat sangat dengan rumah Kjee. Nanti Kjee bawa laporan dari situ jugak yer. Hehehe.




Sempoi jer pasangan pelanggan berbangsa Cina ni makan Gulai Patin tempoyak!


Wajah customer yang puas hati. Hehehe






5 comments:

  1. ala kak jee... bestnya... jauhnya nak pergi...... nanti kalau kesana saya akan mencuba tempat tu.

    ReplyDelete
  2. Aduhai kecur airliur tengok gambar gambar lauk ni

    ReplyDelete
  3. kami sekeluarga paling tidak sebulan sekali mesti nak pekena patin tempoyak kat sini...sorang satu bahagian...tak payah nak berebut2...sistem layan diri restoran ni skarang memang memudahkan...layanan pekerja pun bagus.

    ReplyDelete
  4. dah bulan 12 ni, jadi tak buka cawangan kat seri rampai tu? bila pulak nak buka cawangan kat shah alam? :)

    ReplyDelete
  5. Sudah tiga minggu mereka beroperasi di Sri Ramai. Sila baca link ini http://www.dapurkakjee.com/2014/12/rizal-bawak-restoran-gobang-maju-patin.html

    ReplyDelete