Wednesday, November 12, 2014

AKHIRNYA DAPAT JUGA BELAJAR BUAT DAGING GORENG SELASIH!






First time Kjee makan Daging Kaprau yang dihidangkan bersama nasi putih ialah di Restoran Ali Tomyam, seberang jalan dari Mesjid Kampung Datuk Keramat. Herannya, tiap kali Kjee ke restoran tomyam lain, Kjee tak akan jumpa menu daging kaprau ini.

Ada sekali dua Kjee tanya di restoran tomyam lain. Jawapannya serupa. Tak ada daun kaprau. Entah yer ntah tidak, kan!

Anyway, kerana itu, Kjee pernah beberapa kali cuba buat daging Kaprau ini mengikut cara sendiri. Kali pertama buat, tak dapat rasa yang Kjee nak. Kali kedua buat, Kjee bubuh paste tomyam yang merah tu. Oklah. Cuma masih tak dapat rasa sebenar Daging Kaprau kat Ali Tomyam.

Dah banyak tahun berlalu, a few days ago, Kjee duduk depan TV dan menonton AFC di Channel 707 Astro. Kjee terikut pulak rancangan Marion's Thailand. Ini first time Kjee tengok rancangan dia. Ibu Marion berbangsa Thai dan ayah dia Australian. Dia tinggal di Australia bersama ibu dan ayahnya. Dan kini sudah kembali menetap di Thailand bersama ibunya.

Kjee rasa amat bertuah kerana antara tiga masakannya hari itu, dia buat Phad Kaprau Nuea. Atau Daging Lembu goreng Selasih!! Terus Kjee tekan remote dan rakam!










Well orang mengantuk disorong bantal. Kjee memang ada beberapa buku resipi masakan Thailand tapi tak pernah jumpa masakan Phad Kaprau Nuea. Punyalah Kjee excited sebab setiap kali teringin nak makan, Kjee akan ke Ali Tomyam. Tapi masakan mereka tu terlalu pedas sampai meleleh air hidung ketika makan!! Dan portionnya terlalu sedikit! Tak puas nak ratah.

So, hari ni Kjee cuba terai test buat. Alhamdullah menjadi walaupun first time buat sebab mudah sangat!!

Marion masak guna store bought minced beef. Mulanya Kjee ingat nak beli jenama Ramly atau Azmi. Tapi last minute Kjee ubah fikiran. Daging cincang siap terlalu banyak lemak. Jadi Kjee beli daging batang pinang (daging pejal biasa pun boleh) dan UnclePali tolong cincang sampai lumat.

Kjee guna lebih kurang 300gms daging. Kemudian Kjee dadu 4 ulas bawang putih. Dua labu bawang besar Kjee belah-belah. Sebiji Kjee belah lapan. Kemudian Kjee ketuk-ketuk lebih kurang 10 biji cili padi kampung. Itu sahaja bahan yang perlu disediakan. Bahan perasa ialah 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar sos ikan atau nampla. Marion letak 2 sudu kecik gula tapi Kjee tak bubuh.

Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Kjee guna 2 sudu besar minyak jagung. Kemudian bila dah panas, campakkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Goreng hingga semuanya lembut. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng sampai air daging kering.










Selepas itu, masukkan sos tiram dan sos ikan atau nampla. Gaul sampai rata. Rasa. Kalau dah cukup rasa tak perlu tambah sos nampla.

Akhir sekali masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik. Kjee guna daun banyak daun selasih (dalam 3 genggam) sebab Kjee suka sangat aroma nya. Gaul sehingga daun selasih berubah warna dan padam api.

Hidang dengan nasi panas. Tak taulah nak cerita sedap camner. Hahaha.

Satu hari nanti Kjee nak cuba buat lauk ni guna daging kambing. Kalau ada tak makan daging lembu ataupun daging kambing, mungkin boleh cuba isi ayam yang telah dicincang-cincang.

Daun Selasih dikenali sebagai Daun Kemangi. Orang sebelah Pantai Timur kata Daun Kemangi, Orang Johor panggil Daun Selasih (dijadikan ulam ketika makan Laksa Johor) dan khabarnya di Indonesia jugak dikenali sebagai Kemangi.

Daun ini jugak adalah Thai Basil atau Sweet Basil.

Untuk Daging Kaprau versi Kjee dulu, sila KLIK SINI. Okay jugak rasanya. Ramai kengkawan buat kata sedap.







9 comments:

  1. Excuse me Kak Jee. "Moo" maksudnya pork (babi). Correct word for beef is "Nuea" (pronounced nuu-ah). So kaprao nuea should be the right name for your dish.

    ReplyDelete
  2. Oh ya ke Thnx. Will do corrections.

    ReplyDelete
  3. Aslm'kum kjee... yan penah makan kt shukumvit restaurant. tapi dia buat pakai telur mata. daun selasih tu pun dia buat agak garing. sedapnye ble teringat rse dia mcm mana :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya resepi ni..lepas ni boleh try menu malam ni... simple je nampak kJee .... thanks kJee

    salam ukhwah dan kenal dari mommylina - Kulim

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum kjee...saya akan cuba daging kaprau versi ni pula...saya dah cuba resepi kjee yang dulu...nanti boleh buat perbandingan yang mana satu mantap :)

    ReplyDelete
  6. Salam kak gee, just nk share....daun selasih dan daun kemangi adalah dua jenis daun yg dtg dari pokok yg berlainan. Perbezaan yg paling ketara adalah dari segi bau, tapi daun nampak sama sangat (sebab dtg dari keluarga yg sama). Pokok kemangi agak kecil dan "manja" berbanding dengan daun selasih, kalau tanam pun susah nk tumbuh rimbun mcm daun selasih. Manakala pokok selasih (thai basil) mempunyai batang yg berwarna ungu dan lebih kukuh berbanding dgn pokok kemangi. Biasanya org Pantai timur guna daun kemangi yg dicampur dlm ulam laksa atau laksam Kelantan/Terengganu dan bukan daun selasih. Sekian, wassalam....

    ReplyDelete
  7. sedapnya... resepi dia ala bulgogi kan.... makan cenggitu dengan nasi pun layan...

    ReplyDelete