Thursday, November 13, 2014

BUBUR NASI +DAGING+TELOR ASIN UTK ANAK YANG TAK SIHAT






Kerana Nadia sakit tekak, batuk dan demam, Kjee buat bubur nasi campur daging dan telor asin ini sebab itu comfort food dia kalau tak sihat. Selalunya Kjee suruh papa dia beli jer kat restoran Amerika tu.

Dah bertahun tak buat sebab tak ada demand. Harap-harap Nadia selera makan nanti. Now dia tengah tidur sebab overdose ubat selesema kot.

Senang jer buat bubur nasi ni especially kalau ada Pressure Cooker. Kalau tak ada, Kjee syorkan rendam dulu beras semalaman. Esoknya, sekejap jer kalau direbus. Kalau nak rebus, mesti masukkan sekali daging yang telah dicincang halus. Air daging tu akan jadi asas menjadi bubur yang sedap.







Apabila beras tu dah halus, (kena tambah air beberapa kali ketika masak), bolehlah masukkan telor asin yang dipecahkan sebiji sebiji ke dalam bubur. Jangan bubuh garam. Tadi Kjee masukkan 6 biji telor asin ke dalam bubur ketika bubur sudah halus dan cukup masak. Perlahankan api dan kacau perlahan-lahan supaya dasar periuk tak hangit. Masukkan jugak sedikit santan. Kacau sampai rata.

Kemudian tumislah bawang putih, bawang dan jugak halia hingga garing dalam kuali. Guna sikit jer minyak. Sebalik sahaja garing, tuangkan  bersama minyak ke dalam periuk bubur yang tengah mendidih. Ini namanya tumis darat. Kacau perlahan-lahan supaya gorengan tadi sebati dengan bubur. Padam api.

Apabila hendak hidang, kaup bubur ke dalam mangkuk, bersama sebiji telor asin. Renjiskan sedikit minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang. Kalau rasa tak cukup masin, boleh curahkan sedikit sos ikan atau nampla. Kalau nak pedas, sediakan cili padi yang telah dipotong-potong.

Kalau nak resipi penuh, klik SINI.








2 comments:

  1. Mabelesnya bubur... minta sikit Nadia... untie telio

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya....malam-malam begini dapat bubur hangat, aduh sedapnya...

    ReplyDelete