Thursday, November 20, 2014

DAGING BERLADO DENGAN PETAI







Ahad lepas Kjee bertiga pergi makan di Restoran Minang favorite kami di Paya Jaras. Kami ke sana dalam pukul 3 jadi makanan pun banyak dah habis. Maklumlah hari Ahad, jadi ramai customer beli bungkus kata pemiliknya Anne.

Kedai makan ini memang pilihan numero uno (nombor satu) kalau kami decide nak makan lauk-pauk Minang. Memang kena ajelah dengan tekak kami tiga beranak. Klik sini.

Malangnya hari tu tak ada jering tua masak lemak. Kesian Kjee tengok Nadia. Itu fav dia. Dan dek kerana jarang cuti di hujung minggu, susahlah dia hendak makan di situ kecuali waktu kami tinggal di Sungai Buloh dulu.

Rezeki kami, dapatlah sepiring Daging Berlado dengan petai ini. Berebut kami makan tiga beranak kerana hanya tinggal sepiring sahaja.

Pagi ni Kjee pulak pepandai nak buat sendiri. Bukan susah pun. Hanya goreng berlado biasa, bubuh daging goreng dan petai.

Kjee ke pasar Keramat beli sekilo daging segar. Sampai rumah, setelah hiris-hiris, Kjee cuma guna setengah kilo jer. Petai pulak Kjee beli yang dah kopek kulit. Satu peket RM3. Kjee beli dua peket. Kjee tanya samada ini petai Siam yang sudah siap dikopek dan dieksport ke mari? Bibik tu kata dia kopek sendiri! Oklah tu.





Masak dalam kuali antik. Dah 20 tahun usianya!



Setelah daging dihiris dan diperap seketika dengan serbuk kunyit dan garam, Kjee goreng guna api sederhana sampai garing. Tepikan. Kemudian goreng pulak petai separuh masak. Tepikan.

UnclePali tolong blend bawang besar (Kjee guna dalam 5 biji) dalam Food Processor. Dia jugak blend kasar 2 ulas bawang putih. Hari ni malas nak tumbuk. Kemudian setelah separuh halus, keluarkan dan masukkan pulak cili merah. Kjee guna dalam 12 biji kot. Blend lagi separuh halus.

Kjee tuangkan minyak gorengan daging dan petai ke kuali lain, hidupkan kembali api. Bila dah panas, masukkan bawang dan goreng hingga layu. Kemudian masukkan cili dan digaring bersama bawang selama lebih kurang 10 minit atau kedua-dua bahan dah layu. Masukkan sekeping asam gelugor, garam dan pak aji kalau guna. Kalau tak guna, bolehlah bubuh sedikit gula.

Kacau sampai mesra. Apabila dah cukup rasa, masukkan petai dan daging yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan bolehlah padam api.

Hidang dengan nasi panas. Tapi ratah pun sodap. Hehehe.











3 comments:

  1. sedapnya kak jee. Biqqmama memang penggemar daging tapi biqqmama alah ngan petai. kalau biqqmama makan petai biqqmama akan semput, tapi itulah ulam yang paling biqqmama suka sekali..... kombinasi daging n petai memang mantop

    ReplyDelete
  2. sedapnye.. selalu mak saya buat sambal petai tapi letak daging.. dan yg paling sedap adalah kari daging petai...

    ReplyDelete