Malam tadi, sebelum masuk tidur, Kjee bukak mStar Online. Memang itulah routine Kjee tiap malam. Sebelum tidur, intai dulu semua akhbar online. Manalah tau ada berita menarik dan terkini.
Tetapi apabila intai mStar Online, Kjee terkedu dengan berita produser Raja Azmi akan memfailkan penceraiannya pagi esok (hari ini) di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Terasa sedih sangat sebab pernikahan yang ramai terkejut dan anggap sweet sangat, hanya mampu bertahan selama satu tahun.
Raja Azmi merahsiakan sebab-sebab mengapa terjadi perpisahan itu. Cuma dia pernah meluahkan rasa merajuk terhadap peristiwa yang pernah berlaku sehingga membawa kepada perpisahan itu.
Kjee pernah ada pengalaman seorang sahabat yang melalui kisah yang cukup menghibakan apabila dia menikahi seorang anak yang usianya lebih muda dari anak bongsunya sendiri.
Kalau tidak silap Kjee, ketika itu, kawan Kjee berusia 50 tahun dan suaminya berusia 18 tahun! Baru sahaja lepas amik SPM!
Oleh kerana kawan Kjee tu agak bergaya, maka tak nampaklah sangat usianya sudah mencecah 50 tahun. Ala-ala awal 40-an gitu! Masa itu, dia sudahpun mempunyai seorang cucu dari anak perempuan sulungnya.
Kjee tak tahu bagaimana dia boleh jalinkan hubungan dengan anak muda itu sehinggakan bernikah. Malah, maaf cakap, usia dia ketika itu lebih tua dari ibu mertuanya!
ehsan google |
Perkahwinan mereka cukup bahagia selepas beberapa bulan bernikah. Kemudian, suaminya mula buat hal. Bukan buat hal ada pompuan lain tapi menjadi amat cemburu. Isterinya tidak dibenarkan keluar rumah! Budak muda ini sanggup kerja apa sahaja untuk hidup.
Namun, apa yang disediakan suami muda itu seringkali tidak mencukupi. Hanya cukup untuk makan sahaja. Mujurlah sewa rumah tak perlu bayar sebab itu rumah peninggalan arwah suami isterinya. Mereka seringkali bertengkar. Isterinya ugut untuk kembali bekerja.
Suaminya marah-marah lalu dipukulnya isterinya. Selain itu dikeluarkan kata-kata yang berbunyi sikit lebih kurang begini:
"Kau cerminkanlah muka kau. Kau dah tua! Ada ke orang nakkan kau kalau aku ceraikan kau!"
Hancur luluh hati si isteri. Anak-anaknya datang ke rumah ibu mereka dan memberi kata putus kepada bapa tiri mereka. Apabila bapa tiri enggan berkata apa-apa, mereka membawa ibu tinggal bersama mereka. Dua tahun kemudian barulah kawan Kjee dilepaskan. Ketika pergi ke mahkmah syariah untuk bercerai, kawan Kjee beritahu, bekas suami dia datang dengan isteri yang sedang mengandung.
"Saya tak marahkan dia. Tak kecik hati dia kahwin lagi sebelum ceraikan saya. Tapi kata-kata dia yang menghina tak dapat saya maafkan..."
Merajuk dia hingga ke hari ini. Walaupun selepas menjanda kembali, ada yang cuba mendekatinya, tetapi dia sudah serik. Kata-kata " Kau cerminkanlah muka kau. Kau dah tua! Ada ke orang nakkan kau kalau aku ceraikan kau!"... masih terngiang-ngiang di telinganya!
Diharapkan Raja Azmi tenang selepas ini. Humbankanlah yang keruh... carilah yang jernih.
sedihnya membaca pengalaman kawan kjee tu
ReplyDeleteteringat mak kawan saya juga bernasib begitu
tapi dia tak pernah serik berkahwin lain
p/s-kjee ada setting word verification ke? susah tinggal komen
apapun berlaku antara raja azmi dan suami dia
moga ALLAH permudahkan
moga dia tabah harungi ujian allah swt
ReplyDeleteBaru balik keje..mandi..berehat sambil2 blogwalking..blog yg pertma sy jengok mesti blog k.jee..smoga kjee siht selalu..blh menulis byk2 ye kak..amin..:)..
ReplyDeletesedih dengar bila org tersayang cakap mcm tu kak. saya pun kalau orang ckp mcm tu sampai bila2 teringat2.
ReplyDelete