Monday, November 24, 2014

JOM BUAT EGG MAYO SANDWICH












Salam adik-adik. Good morning. Hari ni Mokcik nak ajar adik buat Egg Mayonaise Sandwich. Mudah dan sedap sangat adik-adik. Mokcik belajar buat sandwich ni dari kak Nadia. Masa tu dia ambil diploma jurusan Hotel Management. Dan salah satu sabjek dia kena amik ialah kulineri atau masakan.

Mokcik suka sangat makan Egg Sandwich Mayo ni kalau pergi hotel. Entahlah, mungkin ini salah satu menu wajib di hotel. Selalu Mokcik fikir macam mana lah dia orang buat sandwich yang sedap ni.

Satu hari kak Nadia balik kuliah dan dia pun bawak balik satu bekas. Dia buat Egg Mayo Sandwich masa dalam kelas!! Akhirnya dapat Mokcik belajar buat Egg Mayo Sandwich ni tanpa perlu bayar berkali-kali ganda di hotel.

Senang jer adik-adik. Kalau nak buat dua keping sandwich untuk makan dua orang, kena ada 4 keping roti dan perlu rebus 2 biji telor. Kemudian rendam telor tu dalam air paip dan biarkan ia sejuk barulah di buang kulit. Kemudian, masukkan dalam mangkuk dan lenyek-lenyek guna garfu sampai ia halus.




Bahan2 yang diperlukan

Lenyek dengan garfu

Letak mayo dan sedikit blackpepper



Susun timun atas roti dan telor tadi



Kalau ada cheese boleh letak





Selain telor, perlu ada mayonaise. Mokcik rasa banyak rumah ada mayonaise ni dalam peti ais. Hah lepas korang lenyek telor tu, bubuhlah mayonaise. Mokcik bubuh 2 sudu jer tapi kalau nak bubuh lebih, lagiiii sodap. Hahaha.

Dah letak mayonaise, kacau sampai rata, lepas tu adik-adik taburlah sikit lada hitam yang telah dikisar atau tumbuk. Kalau tak nak letak pun tak apa. Polis tak saman kan! Hehehe.

Lepas tu, amik dua keping roti. Mokcik guna roti yang dalam gambar kat bawah sekali tu. Roti ni bagus untuk kesihatan. Tapi kalau tak ada, boleh guna apa sahaja roti. Pastikan Roti Gardenia tau sebab ia buatan bumiputera yang bersih dan halal. Eh tolong promote sikit. Hehehe.

Sapu butter kalau suka pada roti tu, susun dengan timun ataupun salad jugak kalau suka sebab Mokcik tahu ramai adik-adik tak suka sayur! Noti noti!

Kemudian bubuhlah telor campur mayo tadi kat atas roti itu. Kalau nak bubuh satu slice cheese pun boleh. Sedap sangat. Lepas tu kalau nak bubuh sikit sos cili pun okay. Tapi Mokcik tak bubuh sebab nanti sos cili tu 'bunuh' rasa mayonaise.

Ok itu jer. Senang kan? Hah lepas dah pandai nanti bolehlah buat breakfast untuk mama dan papa awak yer. Selamat mencuba.






Related Posts:

  • HOME MADE HASHBROWNS Sejak kenal Potato Hashbrowns 7-8 tahun lepas, baru dua kali Kjee beli kat supermarket. Itu pun kerana terserempak dalam chiller kat salah satu supermart. Tak ingat yang mana. Selepas itu, seperti biasa, Kjee… Read More
  • CROISSANTS INTI TUNA Kalau pergi ke bakeri Kjee suka sangat cari roti ataupun croissants. Boleh simpan untuk dibuat sandwich untuk breakfast atau pun minum petang. Croissants, misalnya boleh di simpan dalam bekas kedap udara dalam freez… Read More
  • ROTI ARAB      Kalau ada yang tidak kenal, inilah Roti Arab versi orang kita. Teksturnya sangat lembut bagai kapas. Dah cuba sekali, memang tutuplah selera makan roti biasa. Opppss 🤭.     &nbs… Read More
  • JEJARI KENTANG KEJU SEJAK bemula PKP Mac lepas, dah banyak rasanya Kjee terai resipi yang dikongsi warga FB. Ada yang Kjee hanya tatap sambil terliur.     Tetapi paling top dalam list percubaan Kjee, adalah membuat rot… Read More
  • CORNED BEEF OMELETTE      Buat ini untuk breakfast semalam. Tengah buntu nak makan apa tetiba teringat satu resipi canned Tuna Omelette. Intai peti ais, Tuna tak ada. Hanya ada dalam suku tin Corned Beef. Hantam sajalah… Read More

2 comments:

  1. selalu buat jugak egg mayo ni tapi saya tambah sedikit cili sos nak kasi manis2 pedas heheheh

    ReplyDelete
  2. Ringkas tapi nampak sgt sedap. Boleh la sy cuba resepi ni utk projek masuk dapur cuti sekolah. Cuti2 sekolah ni ajak anak masuk dapur buat aktiviti..

    ReplyDelete