Nadia dan UnclePali suka makan ketam tetapi kalau Kjee masak ketam kat rumah, selalu tak laku! Pelik kan? Semuanya kerana mereka tidak suka makan ketam dengan nasi! Kalau nak makan ketam, mesti nak ratah begitu saja. Lauk lain jangan ada!!
Kami tiga berada sudah biasa makan Cili Crabs kat Restoran Fatty Crabs di Petaling Jaya. Sekali hadap, tiga atau empat kilo. So, full concentration on crabs alone. Tiada gangguan lauk lain! Hehehe.
Tapi minggu lepas, Kjee singgah di Hero Market sama UnclePali. Jarang sekali Kjee ikut. Selalunya duduk dalam kereta. Tapi pagi tu badan dah sihat sikit, so ikut UnclePali beli barang dapur. Kalau Kjee ikut, UnclePali pasti Kjee tidak akan ikut senarai yang dah disediakan. Main hangkut jer apa yang berkenan di hati
So, pagi itu ketam bunga menarik sangat pada pandangan mata Kjee. Tak perasan berapa hengget tetapi rasanya kurang sikit pada RM30 sekilo. Kjee rembat 5 ekor.
Balik rumah Kjee masak kari dengan bendi. Bendi tu kena masuk last sekali apabila kari ketam dah siap. Kalau tidak, bila digodek-godek, boleh hancur bendi. Kalau nak makan nanti boleh hilang selera tengok bendi yang dah hancur kan?
Bagi Kjee, penting kita jamu mata dulu sebelum dijamu tekak. Teringat dulu masa pergi Jepun. Nak makan apa yang di depan mata pun sayang sebab plating mereka terlalu artistik! Ini belum masuk bab pinggan mangkuk yang beranika rupa dan warna. Pagi lain set, lunch lain, dinner lain! Fuyooo susah mau citer.
Resipi Kari ketam boleh KLIK SINI. Ini pulak Cili Crabs versi Kjee.
Cili crabs fav kami |
0 comments:
Post a Comment