Saturday, November 15, 2014

KERABU CAKAR AYAM THAI AIRTANGAN ORANG JAWA








Dua minggu lepas kami bertiga pergi ke sebuah restoran Thai berhampiran rumah Kjee. Kjee kata restoran Thai dan bukan Kelantan sebab masakannya memang airtangan chef dari Thailand. Dulu-dulu Kjee memang rajin singgah restoran ni.

Memang ada banyak makanan mereka yang Kjee suka. Antaranya daging yang digoreng garing (rasanya dicelup tepung jagung dulu dan digolek dalam bijan) beserta daun limau purut. Jugak digoreng garing.

Tomyam yang warna merah yang dipanggil Tomyan Sampan Pecah. Sedap. Jugak kerabu cakar ayam atau cakar ayam.

Malangnya, Kjee mula terasa lain apabila sampai Kerabu Cakar Ayam yang Kjee order. Kjee kaup guna sudu dan intai. Terkejut besar Kjee apabila melihat kaki ayam direbus dan dicincang dan dibuat kerabu! Bukan diasingkan kulit dengan tulang! Terus Kjee panggil waitress dan reject.








Itulah kali terakhir agaknya Kjee akan singgah ke restoran itu. Harga makanan mahal tapi chef pemalas!!

Pun begitu, Kjee cukup teringin nak makan Kerabu Kaki Ayam. Tapi apabila teringat kembali Kerabu yang disertakan dngan tulang ayam, hati Kjee menjadi tawar.

So, pagi tadi itulah antara menu utama kami untuk lunch. Kjee suruh Nadia bersihkan kaki ayam (termasuk manicure dan pedicure. hehehe), Kjee suruh dia rebus dalam pressure cooker lebih kurang 10 minit. Kemudian dikeluarkan dan terus direndam dalam besen berisi ais dan air. This is to stop the cooking process.

Lepas tu bila dah sejuk, Kjee dan Nadia duduk mengadap, ceraikan tulai dari kulit kaki ayam tu. Sambil berbual, tak sedar dah siap satu mangkuk. Tak sampai berapa minit jer! Ada orang kata ada jual kulit kaki ayam yang sudah siap di proses. Tapi rasanya kurang rangup. Mungkin dah lama diproses dan disejuk beku. Wallahualam.

Lepas tu, hiris bawang besar, serai, cili padi dan jugak daun kesom. Kjee guna jus dari 1 biji limau nipis, dan jugak kira-kira 1 sudu besar sos ikan/sotong atau nampla. Jugak taburkan secubit gula. Gaul sampai rata. Ini resipi Thai. Semua makanan mereka harus ada rasa, manis, masam dan pedas.

Itulah Kerabu Kaki Ayam versi Kjee. Kena dengan selera kami anak beranak. Hehehe.

Ini versi aritu. Intai SINI.










Related Posts:

  • FUCUK GORENG KICAP DENGAN BILIS DAN KENTANG Lauk ini Kjee buat kelmarin. Ianya ala-ala sambal goreng kicap Jawa. Nampak sama tapi tak serupa. Apapun, kalau dah dibuat oleh orang Jawa maka jadilah ia lauk Jawa. Hehehe. Masa Kjee rendam 3 peket fucuk je… Read More
  • LEMAK DAGING SALAI NISMILAN NGAN PUCUK UBI PUTIH Our lunch dah ready. First time masak daging salai masak lemak kuning podeh guna bahan asli dari Nismilan. Mujur sifu Emma Masterchef bagi tips. Terima kasih Emma bagi Kjee sepeket daging salai. Emma sekarang… Read More
  • SALAI NOGORI DAH SAMPAI KAY ELL Itik salai, ikan keli salai, daging salai, puyuh salai dan ayaam salai kini cukup popular di kalangan warga kota. Ramai yang dah buat bisnes jual melalui online dan sebagainya. Beberapa hari lalu, Kjee cuk… Read More
  • DAGING TETEL GORENG KUNYIT Minggu lepas Kak Chik, sepupu Kjee beri Kjee tetel daging kurang 2kg. Beliau toke sate dan memang sentiasa ada tetel daging dalam freezer. Balik rumah Kjee simpan dalam freezer. Pagi ni baru teringat pasal tetel ya… Read More
  • FIRST TIME MASAK KARI ITIK SALAI Dalam rumah Kjee, jarang-jarang sekali Kjee masak lauk itik ataupun kambing. Semuanya kerana arwah bonda tak pernah masak. Kjee ingat lagi masa kecik Bonda kata dia tak reti nak masak kambing sebab t… Read More

2 comments:

  1. saya baru je buat minggu lepas. saya punya tak letak daun tu tetapi letak bunga kantan yang dicincang... mmg betul kaki ayam kalau nak buat kerabu haruslah buang tulang.. kalau dgn tulang sekali x sedap. x meresap rencahnya dalam kaki tu....

    ReplyDelete
  2. Buatnya dah lama , baru upload masuk resepi kaki ayam versi saya di utara kedah ni....
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/kerabu-kaki-ayam.html

    ReplyDelete