Thursday, November 20, 2014

MASAK LEMAK CILI PADI BIASA BIASA JER





Tadi pergi pasar dengan tujuan nak beli daging, petai dan telor itik. Plan nak masak lemak cili padi telor itik bubuh belimbing. Tapi puas pusing-pusing, tak nampak orang jual telor. Akhirnya, beli ikan mabung.

Kjee nak capai ikan parang tapi UnclePali geleng kepala. Kurang minat sebab banyak tulang. Isyhhh tapi kalau ikan Terubuk, berhantu pulak dia! Kan sama species banyak tulang!

So inilah lauk tengah hari tadi. Kali ni tak guna daun kunyit sebab stok kat depan rumah dah langsai dikerjakan hari tu. Kjee ni, kalau bab beli daun kunyit memang liat sikit. Bayangkan kat Hero Market, satu helai kenit (dan kecut) 70 sen! Isyhhh sebab tu Kjee rela tanam sendiri.








Tadi suruh UnclePali gi rumah jiran intai-intai pokok belimbing. Ada dua pokok. Satu mengeluarkan buah warna hijau dan satu lagi warna kuning.

Masak cam biasa. Guna cili padi dan kunyit hidup jer. Tumbuk halus dan didihkan sama santan. Jangan lupa letak serai. Dah mendidih, masukkan ikan dan belimbing. Jaga jangan pecah santan. Campakkan jugak sekeping asam gelugor.

Hari ni Kjee buat extra pedas sebab campur cili Bangla. Kalau ada yang tak tau, cili Bangla tu yang warna merah menyala. Kalau buat sambal belacan, campur sebiji dua jer dengan cili hidup. Kalau bubuh
semata-mata cili padi Bangla, mau menghoyan sekampung. Hehehe tak lawak kata Datuk Ramli MS.






Related Posts:

  • 192. Sup Ikan Merah dan Stir Fried Mix Vege Cuaca panas melanda kembali di Kuala Lumpur? Aduh..kena stay indoors. Makan pun kena jaga2. Tak boleh makan pedas2 atau makanan berempah. Paneh nanti sampai ke malam! Yang lecehnya musim durian pun kembali jugak. Nadia d… Read More
  • KARI BAWAL HITAM STYLE MAMAK Sejak dua menjak ni harga ikan melonjak-lonjak naik. Pagi tadi Kjee pergi Pasar Keramat. Terkejut apabila Ikan Merah RM38 sekilo. Jenahak RM35! Sotong yang biasanya antara RM11-13 sekilo, pagi tadi RM20. Kjee tering… Read More
  • CENCARU SUMBAT SAMBAL KELAPA PEDAS Kenapa hanya Ikan Cencaru sahaja orang buat Belah Belakang dan disumbat sambal ataupun kelapa? Rasanya sebab ikan tu pakai jeket. Dan isinya tak lembut macam ikan lain kan? Kjee paling suka ikan Cencaru dibuang … Read More
  • SUP IKAN MERAH LETAK KENTANG Mama gi pasar kelmarin, ada nampak ikan merah? Itulah dailog cliche si Nadia kalau nak suruh Kjee masak lauk yang dihajatinya.  Kjee memang faham sangat-sangat perangai dia. Nak Mama masak Asam Pedas, tan… Read More
  • SIAKAP TIGA RASA Dari kecik lagi Nadia suka sangat Sweet Sour Fish. Kjee selalu buatkan cara arwah Bonda iaitu menyalutkan ikan itu dengan tepung jagung, kemudian digoreng garing. Lepas tu baru dimasukkan dalam sos Sweet Sour. Kjee p… Read More

1 comment:

  1. pagi-pagi tengok lauk kak jee ni rasa menidih perut aih...apaq...hehe
    dah lama tak makan gulai dgn belimbing buluh ni...masa kecik dulu mak selalu buat guna ikan darat..

    ReplyDelete