Lauk ni UnclePali yang buat for lunch tadi. Selepas solat Zohor dan nak masuk dapur tadi, Kjee kena 'halau' dengan Unclepali.
"You duduk diam-diam. Nanti dah siap, I panggil you makan," katanya.
Pucuk dicita ulam mendatang. Hari ni malas nak ke dapur dan malas nak bersiap-siap keluar makan. UnclePali pun sama. Dia kata cuaca yang mendung memang rasa nak tidur jer. Tapi perut kena isi jugak kan walaupun taklah lapar sangat sebab pagi tadi dah makan Fish Burger.
Dalam hati Kjee teringin nak buat Sambal Telor Pecah. Semalam ada berbaki sambal ikan sedap yang Nadia buat. Ikan dah settle tapi adalah sambalnya dalam satu mangkuk kecik. Kjee pun cakaplah kuat-kuat, mintak-mintak UnclePali dengar.
"Kalau pecahkan telor dalam sambal tu, ok gak. Jadi Sambal Telor Pecah."
UnclePali jenguk kepala dari dapur.
"Eh mana you tahu I nak buat itu!" kata UnclePali.
Ewah. Nama dah suami isteri. Great people think alike... and fools too.. hahaha.
Anyway, Kjee dengar dia bukak gate belakang. Kemudian dengar dia tumbuk something. "Abang buat apa tu? Nak saya tolong?"
"Jangan kacau!! Duduk diam-diam," jerit dia balik.
Tak lama lepas tu, ada bau yang cukup familiar. Hahhhh bau ikan pekasam digoreng. I like!!
Dah settle semua, dah siap hidang, UnclePali ajak Kjee makan. Waduhhh enak banget dong! Ada sambal telor pecah, jantung pisang hutan rebus (petik belakang rumah), sambal belacan, pekasam dan keropok ikan Ganu. Jugak ada teh o ais!
Alhamdullilah rezeki kami suami isteri yang amat menyelerakan. Tak payah keluar budget untuk lunch kan? Happylah jadi isteri Encik Pazeli ni. Hehehe.
Dinner nanti makan ringan-ringan. Maybe soup mamak or mihun soup jer.
Wah... hari kakjee cuci tangan ye... ade orang tersayang masakkan... bila pulak nak suruh en suami masakkan utk sy pulak ni....
ReplyDelete