Allahyarham dikerumuni wartawan di pengkebumian Dato Azez Satar 6 Mei 2014 |
Seniman kacak Dato Mustafa Maarof. 79 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya jam 8.30 pagi tadi di Hospital Sultan Mizan, Wangsa Maju setelah dua minggu bertarung nyawa. Allahyarham meninggal kerana komplikasi paru-paru.
Jenazah akan dibawa ke Mesjid Sentul, disempurna dan solatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang, lepas Zohor.
Kjee tidak rapat sangat dengan Allahyarham yang kami panggil Abang Mus. Orangnya cukup tertib dan sopan. Tutur katanya lembut hingga kekadangkala sukar didengar. Apapun, Abang Mus memang sangat-sangat mudah didampingi.
Seorang yang sentiasa berpakaian kemas walaupun hingga ke akhir hayatnya, segala urusan diri diuruskan sendiri. Isterinya Allahyarham Roseyatimah atau Cikgu Ros (filem Pendekar Bujang Lapuk) meninggal dunia pada tahun 1987. Setelah 27 tahun dua hari, giliran Mustafa Maarof pula menemui penciptanya.
Pernah beberapa tahun lalu Kjee mengusik beliau samada tidak ingin berkahwin lagi. Jawapannya :" Kalau ada yang serupa arwah Ros, boleh lah." Allahyarham memang suka bergurau dan mudah melemparkan senyuman.
Moga roh allahyarham ditempatkan disisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatehah.
Akan update lagi.
Di pengkebumian Dato Jamil Sulong 25 September 2014 |
Sebak baca coretan Sandakiah, anak Allahyarham Dato Azez Satar |
Disemadi bersebelahan pusara arwah isterinya |
Dari kanan : Datin Paduka Shuhaimi Baba, Dato Maria Menado dan Seniwati Salmah Ahmad |
Anak-anak, sanak saudara dan artis antara yang memberi penghormatan terakhir |
Dato Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media (tengah kemeja putih) antara yang ziarah |
Ketika pengkebumian Allahyarham Datin Umi Kalsom 24 Julai 2013 |
Al Fatihah
ReplyDeleteALFATIHAH
ReplyDeleteAl-Fatehah...Didoakan rohnya dirahmati & ditempatkan di kalangan mereka yg beriman & beramal soleh... Aminnn.....
ReplyDelete