Sebelum apa-apa Kjee ingin mengucapkan takziah kepada Awie kerana pemergian ibu tercinta, Azizah Abdul Hamid, 75 tahun, pada pagi Jumaat (12 Disember 2014). Semoga Awie dan keluarga tabah menerima ujian getir Allah swt ini. Dan semoga roh ibunya diletakkan di kalangan para solihin. Aaamin.
Kjee tak pernah kenal atau bertemu dengan arwah. Hanya tengok gambar sahaja. Wajah mirip Awie. Or rather, Awie mirip wajah arwah bondanya. Ibunya meninggal kerana sakit tua.
Mesti korang heran kenapa Kjee buat entri ini sedangkan ramai jugak ibu selebriti lain meninggal tetapi Kjee tak tulis apa-apa pun.
Sebenarnya, Kjee terkejut semalam apabila menonton H-Live di Astro malam tadi. Ketika ditemubual, Awie beritahu malam itu (Khamis 11 Disember) dia bermimpi mengkebumikan ibunya hingga ke liang lahad. Kemudian dia terjatuh dalam satu gaung yang gelap dan tersedar.
Selalunya, kalau kita bermimpi seperti itu dan orang yang dalam mimpi ada tinggal bersama, itulah cerita pertama kita kepada orang itu sebaik tersedar.
Anyway, Awie dikejutkan pembantu rumah untuk memberitahu ibunya jatuh ketika hendak ke tandas. Awie bergegas bangun dan melihat ibunya sudah terlantar. Dia mengambil air bacaan Quran 30 jus dan sapukan ke muka ibunya.
"Saya rasa tubuh ibu agak sejuk. Saya cuba dapatkan bantuan seorang doktor tetapi gagal. Lantas saya panggil ambulans. Apabila sampai, mereka mengesahkan ibu sudah tiada," kata Awie dalam interviu tersebut.
Maknanya, Awie tidak sempat menceritakan kepada ibunya tentang mimpinya. Dan apa yang dilakukan didalam mimpinya, tak sampai beberapa jam, dia lakukan dalam realiti.
Jarang-jarang Kjee dengar cerita seperti yang dilalui Awie dalam mimpinya. Dua kali dia kebumikan jasad ibunya. Dalam mimpi dan realiti. Apakah mimpi itu petanda atau alamat?
Selalunya, bila kita mimpi sesuatu, misalnya, mati, mimpi itu mempunyai makna sebaliknya. Kalau beritahu arwah bonda Kjee, dia akan kata, :"Mati akal tu. Orang tu ada masalah berat sehingga terbawa-bawa dalam mimpi." Wallahualam.
Moga Awie banyak-banyak bersabar dalam melalui liku-liku hidup dalam rumahtangga dan keluarga. Arwah ibu tinggal bersamanya sejak krisis rumahtangganya.
My husband beritahu, selalunya hanya orang-orang beriman yang selalu mendapat mimpi sedemikian. Alhamdullilah. Wallahualam.
AL FATIHAH.
Antara teman-teman yang ziarah. Foto mStar online |
Dia mungkin suami yang gagal...tetapi anak yang taat.
ReplyDeleteBertuahlah dia sebab anak lelaki syurganya pada ibu...