Thursday, December 4, 2014

HI IFA RAZIAH...MISS AWAK YANG DULU







First time Kjee jumpa Ifa in person, adalah kira-kira 15 atau 16 tahun lalu. Masa tu kalau tak silap Kjee, Nadia darjah 4 atau 5. Kami menyewa di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Melawati. Kjee ibu tunggal, buat kerja produksi drama. Jadi Production Manager atau singkatannya PM.

Kjee kongsi duduk rumah itu dengan Pengarah Drama popular, Liza Ismail. Ketika itu dia pun ibu tunggal. Rumah ada empat bilik. Maid Liza pun duduk sama. Masa tu anak Liza baru berumur lebih kurang setahun.

Actually, ada cerita yang menyebabkan Kjee bertemu Ifa. Sebelum tu, Kjee kenal dia dari jarak jauh, sebagai penyanyi lagu-lagu dangdut yang banyak gossip. Ahhhh bukan itu yang Kjee nak story kat sini.

Satu malam, kira-kira lepas midnite lah. Kjee dan Nadia dah tidur. Liza call suruh Kjee tunggu dan bukak pintu. Bagi masuk seorang artis senior yang akan datang dengan dua orang anak dia. Kena halau ditengah malam buta sebab tak bayar sewa kondo yang dia tinggal.

Maaf, Kjee bukan nak story pasal artis yang juga penyanyi dan pelakon ni punya masalah. Tapi citer Ifa Raziah, hokey.

Tunggu punya tunggu, pukul 6 pagi baru artis tu sampai. Bayangkan Kjee tak tidur dari lepas midnite sampai pukul 6 pagi! Artis tu tak ada handfon. So, tak boleh contact Kjee.

Kjee bukak pintu, masukkan artis tu. Nadia tunjukkan bilik atas suruh dia letak barang-barang dia.

And then, Kjee terpandang Ifa Raziah. Senyum. Malu-malu kucing. Nampak Kjee terpinga-pinga depan pintu, dia turun kereta dan bersalaman dengan Kjee. Lepas turunkan artis tu dan anak serta anak bujangnya aka ehem ehem pak we Ifa, Ifa terus masuk kereta dan pergi dari situ.

Setengah jam kemudian, dia muncul bawak beg plastik sarapan pagi. Lepas tu, Ifa hilang lagi. Dan Kjee tak jumpa dia sehingga satu hari sewaktu Kjee pergi satu function. Masa tu dia dan ehem ehem anak artis tu dah berpisah walaupun ketika itu tagline mereka.. 'till death do us part!'. Serius! Itulah tagline mereka yang Kjee baca dalam satu majalah.

Kjee punya kagum dengan Ifa. Walaupun ibu kepada ehem ehem dia tu, tak suka dia dan cakap macam-macam pasal dia, namun dia tetap diam. Tak ada pun kecuh. Alahai kalau terjadi masa ini, mau satu donia Ifa story.

Kemudian Ifa terus hilang. Publisiti mengenai amat berkurangan. Pernah Kjee cuba dapatkan dia job berlakon satu drama. Tetapi apabila nama dia disenaraikan, she was dropped. Sedih sangat. Bakat lakonan bagus.

Tiap kali jumpa dia di khalayak ramai, Kjee akan bersalaman. Akan bisik kat dia supaya tabah mengharungi liku-liku hidup. Maklumlah, job tak banyak berbanding dengan cabaran dan dugaan.

Anyway, Alhamdullilah Kjee tengok Ifa sekarang bukan Ifa dulu lagi. Job masuk bertalu-talu. Menyanyi, berlakon sikit-sikit dan menjadi pengacara. Ada suami, ada anak dan pasti banyak harta yang telah dikumpul.

Kjee respek sangat-sangat Ifa, masa zaman sebelum dia menjadi popular empat lima tahun ini. Pada Kjee dia seorang wanita yang baik disebalik penampilan dia yang gila-gila. Tetapi kenapa Ifa sekarang bukan Ifa yang aku kenal dulu?

Ifa sekarang very vocal!! Keberaniannya membimbangkan Kjee. Kjee pasti ramai yang sudah padam dia dari senarai artis kesukaan mereka. Semuanya kerana kelantangan dia. Kjee harap Kjee tidak akan padamkan memori Kjee dengan Ifa sebelum ini walaupun...

Just my two cents, Ifa. Tapi Kjee akan sentiasa kenang Ifa Raziah yang Kjee jumpa pertama kali di rumah dua tingkat di Taman Melawati, di subuh yang hening itu. I really miss awak yang dulu... Hope awak takkan kata, 'ader aku kesah!'  kalau terbaca coretan ini.






0 comments:

Post a Comment