Friday, December 12, 2014

KARI AYAM KERING ALA-ALA RENDANG BEREMPAH







Dry Chicken Curry atau Kari Ayam Kering adalah lauk kari ayam tanpa banyak kuah. Keringnya ala-ala rendang. Sedap sangat makan dengan roti canai, tosei atau roti Arab. Itu kalau pergi makan kat restoran Mamak atau India. Tapi, kalau di rumah, makan dengan Nasi Impit pun ok.

Kjee masak ni tanpa resipi khusus. Main hantam saja lah labu. Belum ada orang nak beri Kjee resipi ni. So, sendiri mau fikir.

Tadi Kjee guna separuh dari seekor ayam. Baki selepas buat Ayam Sambal Hijau kelmarin. Sekarang ni, kalau masak, Kjee dah tak buat banyak-banyak. Cukup untuk dua atau tiga orang. Kalau boleh tak mau ada baki dan simpan dalam freezer. Itu azam hujung tahun 2014.

Ayam tu dipotong kecik-kecik. Bite size. Cuci dan toskan kering. Kupas dua biji kentang, potong sama saiz dan goreng separuh masak. Tepikan.

Kjee hiris satu labu bawang besar, dua inci halia dan empat ulas bawang putih.  Kjee tumis bahan-bahan yang dihiris bersama satu kayu manis kecik, dua bunga lawang, tiga cengkih, dua pelaga serta dua tangkai daun kari. Wah hari ni rajin tambah spices lain. Sebab apa? Sebab masa geledah pantry, terjumpa satu botol plastik mengandungi rempah-rempah kering ni. Nadia sorokkan kat hujung pantry! Kalau tak bubuh, ok jer.








Apabila tumisan dah wangi dan bahan hiris dah layu, masukkan tiga sudu besar rempah daging Babas dan satu sudu besar serbuk cili Babas. Kalau tak ada cili serbuk, korang guna jer cili kering kisar. Kacau pantas-pantas dan bubuh sedikit air. Kjee bubuh setengah cawan sahaja. Kemudian goreng semua bahan rempah hingga terbit minyak. Letak satu cawan susu. Selalu Kjee guna fresh milk tapi hari ni Kjee guna evaporated milk atau susu cair. Kacau sehingga susu dan rempah bersatu.

Kemudian masukkan ayam. Digaul sampai mesra dengan rempah dan perlahankan api. Biar ayam kecut. Masukkan kentang goreng. Bubuh perasa. Garam dan Pak Aji kalau guna. Masak sampai hampir-hampir kering.

Perlahankan api. Apabila sudah terbit minyak dan kentang serta ayam sudah masak dengan sempurna, padam api. Hah itu sahaja my Dry Chicken Curry.

UnclePali tak suka Kjee masak kari bubuh susu. Hari ni dia tak banyak soal. Makan sampai dua kali tambah. Oppppppssss tak mau lah cakap dengan dia. Nanti muka dia tetiba jadi ketat. Hehehe.

Tadi for lunch, selain Dry Chicken Curry ni, Kjee goreng ikan bilis halus. Kjee letak dalam piring dan kaup dua sudu Sambal Ijo. Kan hari tu Kjee buat banyak. So Kjee simpan dalam botol dalam peti ais. Bila nak makan keluarkan. Kalau keluarkan awal-awal tak payah panaskan dalam microwave.

Selain bilis dan sambal ijo, Kjee potong timun buat ulam. And masa UnclePali keluar pergi solat Jumaat tadi, Kjee kirim beli Rasam. That was our lunch today. Hmmmm sedap sangat tau. Hehehe.




Tu diaaaa. Hari ni nak try makan nasi dalam pinggan ayan. Macam orang dulu-dulu








1 comment: