Memang berlambak-lambak resipi apa sahaja yang kita teringin nak belajar buat, boleh cari di dalam blog di internet. Semua tulis kat blog mereka, inilah resipi terbaik, paling sedap, paling mudah dan paling sebagainya. Well, tepuk dada tanyalah selera.
Kjee dah kena dua tiga kali apabila buat kuih ikut saranan bloggers di internet. Baik yang local mahupun yang luar negara. Seringkali terkena so serik rasanya nak amik hentam keromo. Kalau dah terkena, Kjee taklah bising-bising. Diam jer. Maklumlah, mungkin Kjee yang silap teknik membuatnya. Dan tidak mustahil ada jugak resipi aku, yang orang lain amik, tidak menjadi. So I'd better shut up!
Kjee pernah buat Kuih Bakar Labu. KLIK SINI. Dah tiga tahun lebih. So, dah lupa camner rasanya.
Labu ni hanya RM1.88 kat Hero market! 1.2kg. Boleh buat dua kali! |
Tak susah. Serius ni. Walaupun tetiba kul 11am tadi, air paip kat dapur, kering, namun itu bukan penghalang Kjee meneruskan hasrat buat kuih ni. Ewah. Semua bahan-bahan, masuk jer dalam food processor atau blender. Siap!
Kali ini dapat ngam-ngam 4 biji untuk 500grams labu. Sangat-sangat murah bikin, gua cakap lu. Sebiji labu yang Kjee beli beratnya 1.2kg. Harga kat Hero Market RM1.88.
Lain kali buat, nak jadikan tiga acuan sahaja atau tiga biji. Tadi UnclePali macam takut-takut nak tuang penuh satu acuan sebab takut ia naik tinggi. So dia tuang paras tiga suku sahaja. Masa duduk dalam oven, memang naik tinggi tapi bila keluar, ia mendap sikit. Jadi, lebih elok isi penuh acuan. Bila keluar oven, ketinggiannya cantik!
Kena tunggu betul-betul sejuk baru dipotong. Hmmmm sedap lah sangat-sangat. Rasa macam kastad!
Labu ni buat apa pun sedap... paling sedap buat lepat labu.... lebih sedap dr lepat pisang!!
ReplyDelete