Thursday, December 11, 2014

MAMA SAYANG SANGAT SNOWY TAU







This is Snowy. Umurnya lebih kurang 6 tahun. He's been with us longest. And I always take him for granted. Bila dia hilang selama 3 minggu, padan muka!  I was so heart broken!!

Kjee sayang sangat Snowy. For the past 4 years, dia tidur dengan Kjee. Atas dada Kjee sejak 2 tahun lalu. Beratnya yarabbi. Tapi dia tak manja. Tak suka dipeluk, didukung atau digomol.

Asalnya Snowy ni bukan kucing kami. Kucing jiran di rumah lama di Jalan E10 Taman Melawati. Abang sebelah rumah tu memang banyak kucing putih. Kami panggil abang tu Pak Arab sebab wajahnya iras-iras orang Arab. Tapi dia bukan orang Arab. Orang Kedah.

Anyway, rumah Kjee memang sejak azali, kucing keluar masuk. Makanan banyak. Lepas makan, semua kucing-kucing tanpa tuan itu pun blah.

Tapi si Snowy ni lain citer dia. Masa tu, umur dia dalam lingkungan dua atau 3 bulan. Hari-hari datang rumah Kjee. Makan dan main-main dengan kami. Lepas dua atau tiga bulan, dia tak mau balik ke rumah dia. Puas anak Pak Arab pujuk tapi tiap kali dengar orang panggil dia, dia akan menyorok.

Maka selepas itu, anak Pak Arab dah fed up. Yayyyy...Snowy is officially our cat!!

Snowy seekor kucing yang sangat-sangat baik. Sangat prihatin dengan kucing-kucing yang tinggal dalam rumah Kjee. Kalau ada yang diberanakkan dalam rumah Kjee, dia akan jaga selepas ibu kucing tu habis menyusukan anak kucing itu.











Hari-hari dia jilat anak-anak kucing tersebut. Antaranya ialah Ginger. Perangai Snowy bagaikan kucing betina. Malah, ada anak-anak kucing ingat dia betina dan mintak disusukan! Dan anehnya, Snowy pasrah jer.

Sejak setahun yang lepas, Snowy jadi cukup sensitif. Maklumlah dah tua. Dia hanya layan Ginger sahaja. Yang lain, dia akan pusing muka, jerkah atau angkat kaki.

Masa duduk Sg Buloh, Kjee paling risau apabila Snowy pernah hambat seekor ular! Itu yang Kjee nampak!! Yang tak nampak, tak tahu lah!!  Malah, dia rajin merayap sampai atas bukit dan hutan berhampiran rumah kami. Apabila kami berpindah rumah sekarang, Snowy jadi depressed. Tiada hutan dan bukit untuk merayap. Dan terlalu ramai kucing tanpa Tuan keluar masuk rumah cam rumah mereka sendiri!




Matanya sebelah biru sebelah gold





Akibatnya, Snowy melarikan diri. Lebih kurang 3 minggu!! Kjee menangis setiap malam sampai terlena. Buka FB, apabila orang tanya samada Snowy dah balik, Kjee akan menangis. My doa tiap kali solat ialah, kalau dia dah mati Kjee redho. Snowy tak mesra manusia so mustahil dia ikut orang lain.

Setelah Kjee hampir-hampir give up, tiga hari lepas, Snowy muncul. Kurus dan badan dia kotor. Terdapat tompok-tompok bulu gugur pada badan dia. Tapi dia tidaklah kelaparan sangat. UnclePali terus beri dia wet food. Dia makan sikit-sikit dan hati-hati. Asyik pandang kiri dan kanan.

Malam pertama, seringkali dia mengigau. Kjee usap dia dan Alhamdullilah last nite dia tak mengigau lagi. Mungkin stress sangat! Malah, masa sampai rumah tiga hari lepas, dia masuk bilik Kjee dan nyorok bawah kerusi. Macam ketakutan.

Now that he's back, Kjee dah janji pada diri sendiri akan layan dia lebih dari yang lain. Tak mau dia keluar rumah lagi. Cuma Kjee tak dapat buat apa-apa dengan anjing jiran yang selalu berkeliaran depan gate dan menakutkan Snowy dan kucing-kucing kami yang lain.



Ginger tunggu di porch tiap hari looking out for Snowy for 3 weeks!

Ginger ni ada eczema sejak kecik but Mama love you sayang

Ini James Bond. UnclePali bagi nama. Tak creative. Dia kata JB ada putih kat dada. Cam pakai tuxedo. Hehehe

James Bond

4 comments:

  1. Alhamdulillah..syukur pada Allah Snowy dapat balik ke rumah dengan selamat. Saya x berani kasi Black kucing saya keluar rumah Kjee. Walau saya nampak dia boring dan stress dah la x de kawan sama species dgn dia dalam rumah ni.

    Apalah yg di lalui oleh Snowy sepanjang 3minggu tu ye..Kesian sangat
    Saya gembira sangat Snowy selamat. Thanks for the post.Kjee.

    ReplyDelete
  2. Salam FS. Memang siksa rasanya bila hilang haiwan kesayangan. Kucing akak pernah hilang 6 bulan atau lebih. Akak berdoa pada Allah, kalau dia mati temukanlah setidak-tidak rangkanya. Tiba-tiba satu senja, dia muncul dengan badan terlalu kurus dan lemah. Bila diperiksa seluruh badannya, akak bertemu dengan satu lubang sebesar syiling 10 sen yang masih belum sembuh betul di bahagian bawah tengkuknya. Akak ambil kesimpulan, dia kena patuk ular dan tidak mampu berjalan balik. Kami rawat dia hingga sembuh dan pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, dah 10 tahun lebih umurnya sekarang dan gigi atasnya pun dah gugur.

    ReplyDelete
  3. salam....Alhamdulillah...yeyyy!!! snowy da balik. by d way, sy silent reader blog kjee. hari2 mesti nk baca sbb ada byk cerita about makanan & kucing...suka sgt2

    ReplyDelete
  4. Mata biru dan gold...spesis kucing nabi

    ReplyDelete