Thursday, December 11, 2014

MY SAMBAL IJO YANG VERSATILE








Hari tu Kjee belajar buat Sambal Hijau atau orang sana sebut Sambal Ijo. Kjee ingat susahlah nak buat sebab tiap kali makan kat kedai Minang kat Paya Jaras, asyik teringat-ingat saja.

Sedap sangat airtangan Ann, adik angkat Kjee tu. Dan dia tak lokek ilmu beritahu Kjee cara-cara membuatnya walaupun dia orang meniaga. Kalau dia tak nak bagi, Kjee memang faham sangat-sangat.

Sambal Ijo ini sangat versatile. Ia boleh diletak apa sahaja yang korang berkenan. Ayam goreng, ikan goreng, daging goreng, burung puyuh goreng, ikan bilis goreng, sardin goreng mahupun ikan kering masin yang digoreng garing-garing!

Kalau tiba hari rajin korang, cuba korang buat banyak-banyak dan simpan dalam botol. Kemudian, bila tiba hari kurang rajin, goreng saja apa yang ada dalam peti ais. Pastu curahkan kat atas bahan gorengan terpilih. Hah, tengoklah betapa happynya di hari kurang rajin. Dah ada lauk yang sedap.

Kelmarin, Nadia ikut Kjee pergi Pasaraya Sri Ternak kat Selayang. Seperti biasa, kalau nak beli sikit jer barang, Kjee suruh Nadia turun. Kjee suruh dia beli antara lain, 20 biji cili hijau. Memang lurus bendul budak Nadia ni. Tadi Kjee kira, betul-betul ada 20 biji. Alahai.








Kjee cuci bersih dan Kjee potong tiga dan Kjee tumbuk. Tumbuk tau jangan masuk blender sebab hasilnya tak sama. Setelah ditumbuk kasar-kasar, tepikan. Lepas tu Kjee tumbuk pulak 4 biji bawang besar. Jugak kasar-kasar.

Itu saja bahan nak buat sambal ijo ni. Opppps ada satu lagi iaitu dua keping asam gelugor. Tak tahu samada Ann letak tapi Kjee letak.

Ann ada bagi rahsia kenapa Sambal Ijo dia sedap. Dia guna minyak yang telah digunakan untuk goreng ayam. Hah itu jer rahsia?! Selama ni, selepas goreng ayam, Kjee curah jer minyak tu kat sinki. Tak pernah repeat guna.

Okay, panaskan minyak bekas gorengan ayam tu. Bila dah panas, masukkan dulu bawang yang telah ditumbuk. Goreng hingga bawang tu layu. Kemudian masukkan cili hijau yang telah ditumbuk. Biarkan ia masak lebih kurang 10-15 minit. Balik-balikkan. Campakkan dua keping asam gelugor, sedikit garam (ikut rasa) dan juga Pak Aji kalau guna. Kalau tak guna, letak gula sikit.

Rasa. Pastu kalau dah cukup rasa, padam api. Kemudian, simpan dalam bekas bersama minyaknya. Bila nak guna, curah jer atas apa jer yang korang nak. Sardin pun sedap tapi kena goreng sikit dulu. Kalau bilis, cari yang halus-halus dan goreng garing. Curah jer sambal ijo masa nak makan.

Boleh jugak guna cara sama untuk buat Sambal Merah.






5 comments:

  1. mudah dan sedap...ye dak Kjee? hehe
    nnti nk cuba gak
    tq Kjee sbb share resepi

    ReplyDelete
  2. Singgah sini lagi..mudah je sambal ijo ni yee..huhu..sebelum ni pandai makan je.ok akan cuba nanti.tq share kgee :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak jee, terima kasih kongsi resepi. Dah byk kali cuba. Sedap. Mohon halal guna resepinya ya.

    ReplyDelete