I
Selama hampir 30 tahun berlakon, rasa-rasanya Kjee tahulah samada untuk melakonkan watak romantis, ganas atau yang boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang pelakon itu, hak siapa!
Biasanya, kita baca dalam akhbar atau majalah atau sekarang media baru atau blog, anak-anak seni kalau diterjah wartawan, akan keluarkan kata-kata atau alasan yang cliche. "Ikut dalam skrip!". Malah, pengarah dan penerbit pun akan bagi alasan serupa. Kekangan skrip!
Kita yang buat dia, bukan dia buat kita! Itu selalunya Kjee kata. Baik apa jugak lah yang kita hendak lakukan! Yang mencorakkannya kita! Tidak ada sesiapa boleh memaksa kecuali ia hukum Agama!
Dulu-dulu, masa Kjee berlakon, Kjee pun suka sangat ikut arahan pengarah ataupun skrip. Semasa masih bujang, Kjee berani jugaklah buat adegan atas katil. Tapi bukan lebih-lebih lah. Setakat baring sahaja dengan pelakon yang dalam skrip suami kita. Oppppsss masa tu orang tanya pun kita kata...suka-suka ikut skrip sedangkan kalau kita nak tolak, MEMANG bolih.
Tetapi apabila sudah berkahwin, abah Nadia suruh Kjee berhati-hati ketika melakukan adegan-adegan sebagai seorang isteri dalam drama. Rasanya, kalau dia tak beri arahan pun, Kjee tahu batas-batas Kjee sebagai seorang isteri kepadanya.
So, para pelakon yang ada. Stand up to your rights! Kalau pengarah suruh lakukan sesuatu yang korang rasa tidak selesa, just say No! Jangan bagi penonton sakit mata, sakit hati dan menyumpah-yumpah sebab kegagalan anda untuk say No!
Dan bagi mereka yang sengaja cari peluang SKRIP SURUH berpeluk, tidur atas riba dan segalanya, Kjee harap korang malulah pada diri sendiri. Kjee pernah berdepan dengan seorang pelakon veteran yang cukup terkenal, yang membisikkan pada Pengarah begini : "Psttt kau buatlah banyak-banyak take aku peluk artis tu ya!" Maknanya, dia suruh Pengarah ulang-ulang 'take' adegan tersebut. Bukan senang nak berpelukan dengan artis muda dan jelita!
Beberapa bulan yang lalu, Kjee ada terbaca satu berita kononnya Anzalna terkejut apabila Izzue Islam memberi amaran kepada supaya jangan terlalu over apabila berlakon dalam babak-babak intim. Kjee tak ingat drama yang mana satu sebab Kjee bukan peminat Izzue mahupun Anzalna. Kjee hanya pilih untuk menonton drama kalau ada pelakon ataupun pengarah favorite Kjee. Sorry.
Kjee follow sepintas lalu sahaja kisah Izzue mengamuk dengan Anzalna berkaitan drama itu. Masa itu, Izzue baru berkahwin. Dan mungkin ada beberapa sebab Izzue bertindak sedemikian. Satu, mahu menjaga hati dan perasaan isteri yang sangat dicintainya. Dan dua kerana maruahnya sebagai seorang suami beragama Islam. Okaylah tu. Tabik spring Izzue.
Malam tadi, Kjee google gambar-gambar Izzue dan isterinya Awin yang Kjee rasa semua tahu jauh beza usia kedua-duanya. Maybe 7 atau 8 tahun. Daripada gambar-gambar tersebut, terpancar kasih sayang yang amat mendalam antara mereka berdua. Alhamdullilah moga berkekalan hingga ke nafas akhir.
Ada jugak cerita, Awin itu kuat cemburu. Well, isteri mana yang tak cemburu kan?! Artis-artis perempuan sekarang bukan boleh percaya sangat! Opppppssss.
Yang bestnya, Izzue sanggup beri idea cara lakonan yang tidak keterlaluan tetapi boleh membuat terserlahnya rasa romantis. Tak payah peluk-peluk, tak payah gomol-gomol atas katil!!!
Okaylah macam itu. Diharapkan cara Izzue Islam ini akan menjadi ikutan semua pelakon baik yang masih bujang atau yang sudah berkahwin.
Sebab itulah rezeki berlakon dan jadi Duta product begitu murah sekali!! Alhamdullilah.
Nak baca lebih lanjut KLIK SINI.
isteri izzue ni merupakan colleague saya dulu
ReplyDeletemasa tu izzue pun belum glamer seperti sekarang, selalu nampak mereka dating sama =)
anyway awin tu lah manusia yang paling kuat menyokong perjalanan seni izzue
tak keterlauan kata izzue seperti sekarang kerana usaha awin =)
moga mereka terus sucess dalam kerjaya mahupun kehidupan rumah tangga
Tu lah sgt tak faham kadang2 scene bual bual kosong je pun nak buat atas katil... boleh je buat sambil makan ke sambil tengok tv di sofa ke kan kan... nak dgn tak nak je
ReplyDelete