Thursday, December 18, 2014

TAYANG SAMBAL IJO LAGI LAH










Semalam kawasan taman perumahan Kjee, diberitakan tiada air. So, Kjee dan UnclePali was out almost the whole day. Jalan-jalan, cuci mata dan makan-makan. Saja nak elakkan ada di rumah ketika air dicatu. Sedihnya, sampai rumah, tak ada catuan pulak. Main-main agaknya Syabas!

So, malam tadi, kami tak tahu nak makan apa. Kjee suruh Nadia tolong panaskan separuh Makaroni Beef and Cheese yang buat aritu. Tinggal satu bekas jer pun. Tapi, oleh kerana tak berapa nak selera nak makan sebab sakit tekak, jadilah untuk alas perut.

UnclePali kata tak mau makan sebab dah kenyang. Tapi kira-kira jam 10 malam, Kjee dengar dia kelentang kelentung kat dapur. Pastu ada bau sedap. Rupa-rupanya dia keluarkan sedikit stok Sambal Hijau yang Kjee buat aritu, bubuh dalam kuali dan pecahkan telor. Makan dengan nasi panas.

Alahai, sambal hijau tu Kjee nak guna untuk lunch hari ni. "You kena buat lagi esok. Tinggal sikit jer." kata UnclePali sambil sengih.

So tadi UnclePali beli 1 kilo cili hijau. Kjee rasa semua tahu camner rupa cili hijau. Tadi ada fren FB tanya, cili hijau tu yang besar ker? Hmmmm kalau cili hijau pun tak kenal, malaslah nak citer. Ada jugak yang tanya soalan lawak. "Kena letak garam dengan gula ker?" Rasa cam nak jawab..."Eh tak payah. Letak kabaid pastu curah air. Kebahbooooom!" LOL.





























Kjee kerat-kerat cili hijau tu. Kemudian Kjee tumbuk dulu lebih kurang sekilo bawang besar. Dah tumbuk bawang tu, penat pulak lengan kanan. So, UnclePali tumbuk cili hijau pulak. Tak susah mana. Kasar-kasar jer. Lima enam kali jer hempap lesung tu dah okay.

Resipi Sambal Ijo korang KLIK SINI.

UnclePali jugak beli dua ikat petai. Kjee goreng separuh masak dan tepikan. Dalam freezer ada berbaki peha ayam aritu dan 3 ekor ikan keli grill. Itu yang Kjee plan nak masak dengan sambal hijau.

Dah siap masak sambal hijau, Kjee keluarkan untuk makan hari ni. Bakinya nak sejukkan dan simpan dalam botol dalam peti ais. Kalau nak simpan lama, simpan dalam freezer. Ada tanya boleh tahan berapa lama kalau simpan dalam peti ais. Well, akan tahan sampai bila-bila tau kalo korang tak sentuh. Hahaha. Nak makan sehari dua, simpan dalam peti ais. Nak simpan lama, buhlah dalam freezer.





Sambal Ijo Ayam plus petai



Kjee campur sebahagian sambal ijo tu dengan petai dan curahkan atas ayam dan jugak ikan keli yang telah digoreng garing. Kjee buat ayam tu untuk UnclePali sebab bab ikan keli dia kureng sikit. So, Kjee fikir tiga ekor ikan keli tu cukuplah buat lunch Kjee dan dinner bersama Nadia.

Tapi, masa UnclePali amik gambar tadi, dia sengih kat Kjee. "Rasa macam tak cukup jer lauk ni untuk lunch kita berdua. Malam nanti, pecahkan telor dalam sambal hijau untuk Nadia macam I buat malam tadi. Sedap tau." Hahaha naseblah Nadia kan. Ntah bilalah UnclePali nk gemor pulak makan ikan keli. Hehehe.

Ok. Inilah rezeki kami untuk makan tengah hari tadi. Sedap sangat. Dua-dua tak sihat (sakit tekak dan demam sikit). Tapi habis makan, UnclePali kata, sambal ijo kali ni kurang pedas. Hmmm lain kali kena tambah cili padi hijau kampung lah.



Sambal Ijo Ikan Keli dengan petai


4 comments:

  1. salam kak jee,
    tengok gambar ja dah pecah liur.....masa tgk tajuk, terus ingat kat peti ais saya. rupanya yang saya ada tu sambal hitam...saya beli online :)

    Macam tak pernah makan pulak sambal hijau ni (Restoren Sambal Hijau@Kg Sg Penchala tu tau la :).....)
    Insyallah bila nak cuba nanti baru nak cari resepi :)

    ReplyDelete
  2. Kita skodeng jee ni...tunggu lahh....tak sabar gak nak mencuba..

    ReplyDelete