Memang menyesal tak sudah, apabila memikirkan betapa ruginya Kjee sebab sejak muda tidak pernah minat belajar buat kuih Melayu asli atau tradisional. Bonda sebenarnya, taklah pandai sangat buat kuih-kuih tersebut tetapi, sepatutnya lima enam jenis yang dia pandai tu, Kjee belajarlah dari dia kan!
Bagaimanapun, nasi belum menjadi bubur. Di usia dah menginjak hampir 6 series ini, masih ada yang sudi membantu mengajar Kjee. Siapa kalau bukan bloggers masakan! Search aje menerusi Cik Google apa jua makanan yang kita nak belajar. Ada jer insan yang tahu! Terima kasih.
So, itulah yang Kjee buat semalam apabila UnclePali beritahu dia nak makan tepung bungkus. Dah alang-alang buat Kuih Tepung Bungkus, Kjee ingatkan nak buat jugak Kuih Nagasari. Sama method tapi hanya bubuh pisang bukan inti. Tapi apabila UnclePali kata tak suka, terus drop the idea.
Kuih Tepung Bungkus ni nampak sahaja mudah buat. Actually tak berapa mudah. Perlu ada tahap kesabaran yang agak tinggi jugak. Hehehe.
First thing, kena buat inti kelapa muda. Part ini Kjee fail kelmarin. Kjee cuba cari kelapa muda dan percaya budak penjual kelapa tu kata kelapa parut tu dah cukup muda untuk buat inti. So, Kjee beli jer lah. Next time, Kjee nak suruh budak yang jual air kelapa muda dekat rumah Kjee simpan kelapa muda yang tak berapa muda untuk dijual sebagai air kelapa muda. Hmmm faham tak? Buat-buat faham jer lah.
Yang bijaksana tau inti tu bukan dari kelapa muda |
Jangan risau kalau lepas dimasak adunan tepung jadi bergentel cam ni |
Sedap makan sejuk. |
Lagi satu Kjee fail bab warna inti kelapa. My Aunty Yatie duk pesan banyak kali. Kalau nak buat inti kelapa, must guna gula merah yang warna kehitam-hitaman. And then campur dengan gula Melaka. Barulah nampak cantik kemerah-hitamannya. Kjee hanya guna gula Melaka yang warna sayup-sayup brown tu. Huhuhu.
Tak per. Masih ada masa lain kali, Kjee pujuk hati ini. Anyway, inti tu, selepas masak dan disejukkan, harus dibuat guli-guli kecil dan disimpan dulu dalam fridge sementara buat kerja lain.
Okay bab tepung yang nak dibungkus tu. Kjee intai-intai resipi beberapa orang blogger. Sukatannya 1 cawan tepung beras dan 2 cawan santan. Oppppssss itu tak correct! Kjee cuba buat dan hasilnya tak memuaskan. Kononnya, campur 1 cawan tepung beras dengan 2 cawan santan dan garam secukup rasa. Mesti cukup rasa garam tu supaya tepung tu masin-masin dan enak makan dengan inti yang agak manis!
Kjee pun buat ikut resipi. Dimasak atas api sederhana sampai likat. Lepas padam api, Kjee lap daun pisang dan celurkan dalam air panas (sebab Kjee guna daun pisang hutan). Kemudian, apabila Kjee hendak letak tepung tu atas daun pisang, alamak kerasnya!
Kjee terus ambil satu cawan lagi air dan masukkan sedikit demi sedikit dalam tepung tadi, kacau hingga sebati (tak halus sangat pun tak apa sebab bila dah masa ia akan jadi halus). Kemudian Kjee tenggekkan balik atas dapur, buka api dan kacau. Ia harus tidak pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang sahaja. Air yang ditambah itu, pandai-pandailah adjust. Mungkin lebih sedikit dari 1 cawan.
Kemudian Kjee buhuh 1½ sudu besar tepung tadi atas daun pisang. Susun dua biji inti bersebelahan dan tutup dengan 1½ sudu lagi tepung. Kemudian bungkus. Buat sampai habis, pastu kukus lebih kurang 20 minit.
Sejukkan betul-betul sebelum makan. Lebih elok simpan dalam fridge. Apabila chilled, nyaman sekali rasanya dong!
So pesan Kjee, bila balik kampung, jangan jadikan ibu atau nenek kita chef! Kalau nak makan kuih muih ataupun lauk pauk tradisional, belajar dari sekarang. Jangan menyesal apabila mereka sudah tiada.
Lagi satu gua nak bilang... kuih muih asli ini amat sedap! Kalau tak percaya, ade aku kesah! Hehehe.
Oppps ada orang panggil kuih ni Kuih Puteri Sebilik. Betul ke? Puteri jer ker? Tak nak invite Putera sekali. Lol.
Kalau warna inti dark sikit, tentu lawa kan. But who cares!! |
arwah mak saya dulu pandai buat kuih muih macam ni sebab arwah nenek pun pandai...tapi bila sampai kat kami adik beradik mmg tak ambil pusing sgt....bila arwah mak masuk umur 60an dia dapat dementia...memang tak ingat dah nak buat kuih semua ni...masa tu baru terasa ruginya tak belajar awal-awal.
ReplyDeletesekarang nak makan memang cari kat kedai ja...tapi susah nak dapat yang sedap.
Belajar2 lah buat Ieda. Tak susah. Hanya perlu sedikit kerajinan. Ajak anak2 tolong sekali. Cara ini, akan jadilah kuih Melayu suatu makanan turun temurun, Insya Allah.
ReplyDeleteKak Jee, arwah mak saya ajar, inti kelapa tu lepas dibulat-bulat kena bungkus dengan doh tepung pulut + air, jadikan guli (macam buat buah melaka tu). Campakkan guli-guli inti tadi dalam campuran tepung beras + santan yang telah dikacau tadi. Ceduk dua biji guli beserta adunan tepung, letak atas daun pisang, bungkus dan kemudian kukus - Nazura
ReplyDeleteKalau di Kedah, mak saya selalu dia gentel inti tu dlm tepung pulut dulu.. mcm kuih koci, lepas tu baru letak adunan tepung beras....
ReplyDelete