"I've not realised I have been cleaning my oven the wrong way, all this time ... terjemahannya... Saya tidak perasan cara saya membersihkan oven saya selama ini adalah salah.."
Itu yang Kjee baca dalam newsfeed Kjee tempoh hari. Ramai jugak insan-insan yang share dalam FB. Justru, sampai ke pengetahuan Kjee.
Kjee bukan main excited lagi. Terus bukak dan tengok cara Minah Salleh tu buat. Ohhhh camtu ker? Isyhhh betul ke boleh berkilat kembali cam baru beli?
Oven Kjee dah berusia lebih 3 tahun. Jenama local jer. Buatan Malaysia. Tetapi Alhamdullilah sudah banyak menaburkan bakti. Keadaannya selepas 3 tahun amat menyedihkan. Kjee cuba gosok guna pelbagai krim yang kononnya ajaib tapi tak berapa nak ajaib you!
Akhirnya Kjee give up. Tunggulah nanti ada rezeki, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mu wahai oven. Tapi kenapa harus ku humban dalam lombong sedang ia masih berfungsi! Cuma wajahmu jer dah tak lawa.
Punyalah suka Kjee sebab kalau Noxxa dikeluarkan dan diletak di dapur, maka Kjee akan selalu dapat makan fresh home made bread. Tak payahlah nak beli lagi. Untuk pengetahuan semua, home made bread lagi sedap daripada yang beli. Halal toyibban.
Tapi, boleh ke percaya guna kaedah Minah Salleh tu bersihkan oven guna Baking Soda, Cuka dan air sahaja? Boleh berkilat kembali? Hmmm tak cuba maka kita tidak akan tahu.
Baking soda... soda bikarbonat |
Cuka.. bukan niat nak iklan tau. hehehe |
botol spray |
First thing first. kena beli baking soda atau baking powder. UnclePali pergi ke Bagus dan beli 3 bekas plastik kecik dengan harga RM1 satu. Jugak cuka biasa 1 botol. Botol spray dah ada kat rumah.
Kjee jadikan 3 bekas kecik baking soda itu paste. Campur sikit jer air. Ia akan berbuih seketika. Jangan panik. Pastu, Kjee guna sarung tangan plastik dan sapukan ke seluruh kawasan dalam oven. Of course keluarkan dulu rak-rak dalam oven. Apabila dah puas hati setiap ruang kotor dalam oven sudah dibedak, biarkan semalaman. Minah Omputih tu kata sekurang-kurangnya 12 jam. Kjee buat sebelah malam sebelum tidur.
Esoknya, Kjee ambil sponge, basahkan dan lap semua baking soda yang telah berubah warna jadi dark brown. Lap punya lap, hmmmm masih tidak puas hati sebab ada lagi kekotoran yang degil.
UnclePali take over. Dia amik berus besi yang kita guna gosok pungkok kuali. Dia guna guna Krim Cif. Sebenarnya, tak perlu lagi guna krim Cif
Dalam masa 20 minit, oven Kjee dah cantik dah walaupun taklah serupa baru beli! Nak lawa cam yang baru beli, belilah jer yang baru. Faham!!! Hehehe.
Kata Minah Omputih tu lagi, lepas dah dikeringkan gunakan kain, pasang lah karan oven tu selama 10 hingga 20 minit supaya oven tu benar-benar kering. Tapi UnclePali tak buat. Dia kata kalau dibiarkan dalam setor, lama kelamaan akan kering sendiri. Kaedah kering cara Minah Omputih tu, kalau korang nak segera guna oven tu kot. Wallahualam.
Puasnya hati tengok oven yang hampir jadi mangsa lombong. Kecik jer belanjanya. RM3 baking soda dan RM1.30 cuka biasa.
Korang tak nak cuba ker?
Okaylah tu kan jika mahu dibandingkan wajah sebelumnya! |
bukan sahaja oven, tile kat rumah pun saya selalu sembur... selalu tile dinding susah nak gosok kan.. basahkan sikit tile tu, then saya sembur dan biar semalaman esoknya terus bilas air je.. celah2 tile tu putih terus..
ReplyDeletetips yg sgt baik kjee...
ReplyDeletehmm..nak try la..tq 4 sharing kak jee
ReplyDeletebila tgk keadaan oven sblm cuci mmg Nampak betapa berjasanya si oven ni... thanxs kak jee sbb share.. nak cuba cuci laahh..! :)
ReplyDeleteSalam singgah.
ReplyDeleteNant nak try buat paste ni. Kesian lak iven tu. dah situ bakar kuih kek kambing oun kami bakar