DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, March 31, 2015

MASAK LEMAK REBUNG MADU NGAN RANGKA AYAM








Dah seronok pulak pergi pasar tiap pagi. Masa Kjee muda-muda dulu, selalu Kjee tegur Bonda kenapa mesti pasar tiap hari. Mentang-mentanglah Pasar Basah kat Jalan Othman, Old Town Petaling Jaya tu dekat sangat dengan rumah. Sepelaung  dan seberang jalan jer. Belilah banyak-banyak dan stock up dalam fridge kan. Taklah penat pergi hari-hari.

Now I know why. Seronok rupa-rupanya. Apa lagi kalau penjual ikan, sayur dan daging kat pasar jadi kawan kita. Sambil beli, boleh borak-borak, gossip dan juga kenyit mata boleh dapat harga murah. Hehehe.

So pagi tadi, Kjee ajak UnclePali singgah pasar Keramat. Konon nak beli bawang goreng satu balang kecik. Tapi last last banyak jugak yang terpaksa UnclePali hangkut. Hehehe.

Masak Lemak Rebung Madu ni tak ada dalam plan masa ke pasar tadi walaupun aritu singgah kat Pasaraya Segi kat Ampang dah ternampak. Tapi bila belek-belek macam mahal jer. So letak balik.

Hari ni ke Pasar Keramat, gerai pertama yang Kjee nampak menjual rebung. Rembat setengah kilo RM5. Ewah bestnya kalau masak lemak cili padi bubuh daging atau babat. Tapi bila lalu depan gerai jual ayam ternampak pulak rangka ayam. Eh dah lama tak masak rangka ayam dengan rebung. So belilah dua rangka. Abang tu yang dah mula kenal, turut masukkan sekali kaki ayam dan tengkok ayam. RM2 jer katanya sambil senyum dia tambah... harga sebelum GST. Yo lah.

Sampai rumah, Kjee cuci rangka ayam yang abang tu dah potong-potong dan masuk dalam pressure cooker. Biar cepat sikit lembutnya sebab balik rumah pun dah lewat.

Maka terjadilah lauk yang sedap sangat ini sampai UnclePali makan dua pinggan! Kjee taklah buat pedas sangat sebab haritu buat rendang kacang, Nadia complain pedas. Lagipun, Bonda dah pesan kalau masak lemak buh rebung, jangan pedas-pedas sangat sebab rebung tu agak bisa. Well.

Korang nak cuba buat, bolehlah KLIK SINI. Mokcik dah kenyang ni. Nak rehat lepas solat Zohor. Babai.





Monday, March 30, 2015

AYAM SAMBAL HIJAU






Ini perihal kejadian semalam. Dah lama tak buat stok sambal hijau. Semalam UnclePali beli cili hijau dan bawang besar. Kerana sibuk vakum rumah yang selalu dilakukan pada hari Ahad, maka UnclePali tak tolong Kjee kat dapur.

Kita masak sorang-sorang. Tapi cili dan bawang siap UnclePali blend dalam food processor. Sedap kalau ditumbuk tetapi kalau dah guna 1 kilo cili hijau, mana larat nak tumbuk. Huhuhu so, tipu sikit jer. Tapi kalo korang buat, jangan malas yer. Ewah.

Oleh kerana malam tadi dah janji nak makan malam dengan Nadia kat Zaiton Tomyam maka Kjee buat guna 4 potong ayam sahaja. Untuk makan tengah hari jer. Goreng dulu ayam tu dan minyaknya digunakan untuk buat sambal hijau. Sifu Kjee yang ajar camtu. So kita ikut jer lah.

Okay hari ni Kjee sibuk sangat mengelang GST Rabu ni. Terlari ke sana sini settlekan order untuk Transfer Factor dan L'arome. Semua risau takut kena bayar GST. Hehehe. Masih sempat kalo korang nak order. Whatsapp 01131771389.

Resipi Sambal Ijo, KLIK SINI. Buat stok banyak-banyak dan simpan dan peti ais yer. Hehehe




Sunday, March 29, 2015

POS PERCUMA KALAU ORDER PADA ISNIN DAN SELASA






Tinggal dua hari sahaja lagi boleh dapat L'arome dengan harga RM385 (Sabah dan Sarawak RM400) untuk 4 botol. Mulai 1 April, tambah GST 6% jadi RM408 untuk 4 botol untuk Semenanjung dan RM424 untuk Sabah dan Sarawak. Harga-harga ini belum masuk pos.

Bagaimanapun, jeng jeng jeng ada berita baik. Kjee akan waive (kecualikan) bayaran pos untuk semua ahli baru yang order pada Isnin dan Selasa (30 & 31 Mac 2015). Syaratnya, order dan bank in selewat-lewatnya sebelum jam 2 petang pada 31 Mac 2015.

So boleh whatsapp 01131771389 laju-laju. Selepas waktu tu, maaf korang tak akan dapat harga lama ya sebab office tutup jam 6 petang SElasa 31/3. Takut tak sempat nak register.

Pada yang masih blur mengenai L'arome, sila klik pada iklan L'arome dibawah header blog ini. Header tu yang ada gambar Kjee paling atas yang come lote tu. hehehe



Ini Nadia, anak Kjee. Gambar sebelah kiri, dua minggu selepas menggunakan L'arome.

KARI SOTONG DENGAN TERUNG KONTOT





Dah lama tak masak Kari Sotong. Tapi masa ikut UnclePali pergi Pasaraya Segi di Ampang hari tu, ternampak lah selonggok sotong yang montel-montel. Nampak segar sangat. Tak tau lah segar baru sampai atau segar sebab telah dibekukan dan defrost. Whatever.

Harga boleh tahan. RM20 sekilo. Kjee rembat 12 ekor. Ewah boleh ngam-ngam satu kilo! Terer ke tak terer. Isyhhhh ngada-ngada pulak kan. Hehehe.

Kjee plan nak buat sambal jer dengan petai tapi sampai rumah Kjee geledah pantry dan jumpa rempah kari ikan Babas. Ok masak kari sotong. Kebetulan ada dua biji terung kontot dalam peti ais.

Masak kari ni kalau nak sedap, rempahnya kena tumis sampai garing dan masak. Guna api sederhana jer, Kalau tidak akan hangit dan kari menjadi pahit.

Itu jer nak story pagi ni. Kalau korang nak terai buat, boleh follow resepi Kjee kalau sudi. KLIK SINI.







Saturday, March 28, 2015

LODEH KERING JAWA YANG SEDAP DIRATAH JER








Lauk Lodeh Kering atau Bonda panggil Sambal Goreng ini adalah masakan Jawa favorite sorang lagi insan Jawa dalam rumah Kjee. Tidak lain tidak bukan si Nadia. Kalau jumpa lauk ni, dia sanggup ratah jer. Nasi pi main jauh-jauh.

Hari ni Nadia kerja so Kjee teringat nak bagi surprise kat dia dengan masak Lodeh Kering ini. Kalau ada petai, Nadia lagilah suka. Malangnya petai sekarang tengah mahal. Kelmarin masa pergi Chow Kit, Kjee suruh UnclePali pergi intai petai. Mai ai... harga yang biasa RM5 seikat 3 papan, sekarang dah jadi RM10. Believe it or not!!

So, kerana itu, kensel petai. Tak ada petai pun okaylah. UnclePali beli kerdas. Nadia pun suka sangat makan kerdas. Papa dia yang ajar makan. Kjee baru sehari dua ni belajar dari UnclePali.









Untuk Lodeh hari ni, Kjee guna tiga keping tempe dan dua keping tahu serta secekak kacang panjang. Selalu Kjee guna kacang buncis tapi hari ni suruh UnclePali beli kacang panjang. Bonda selalu guna kacang panjang jer kalau dia buat.

Kjee guna udang semata-mata hari ini. UnclePali beli setengah kilo di Hero Market hari tu. Ingat nak campur hati ayam tapi malangnya hati ayam yang UnclePali beli tadi, not fit for human consumption. Dah lembik dan ada bau sikit. Pantang nenek moyang kitalah. So, akan jadi habuan untuk Blackie, anjing jiran yang eksiden dan patah kaki kanan dia aritu. Malaun mana ntah yang langgar dia. Kejam sangat-sangat.

So kalau korang nk resipi Lodeh Kering, macam biasa korang klik SINI. Mokcik malaslah nak taip balik sebab dah beribu kali ulang tayang.

Korang tahu tak, lauk ni sedap banget kalau makan dengan nasi impit, ketupat pulut atau.... hmmmm apa-apa jer lah. Ratah lagi okay. Hehehe






Friday, March 27, 2015

WHEN MY COUNTRY IS SO HOT... JOM JELI AIR KELAPA MUDA!
















Cuaca panas kembali. Geli hati Kjee tengok dalam status ntah sapa di FB. "Tiap tahun memang akan ada cuaca panas, so why bother? Redho ajelah!"

Betul betul betul. Panas susah, hujan lebat sampai rumah ditenggelami air pun kita susah. Hehehe.

Jadi untuk pujuk hati supaya tidak menjadi stress, apa kata kalau kita buat Jeli Air Kelapa Muda. Modal sikit jer tapi kesannya berbaloi-baloi. Boleh sejukkan sikit badan kan!

Itulah yang Kjee buat pagi tadi. Round sana sini cari kelapa muda seawal jam 8.30 pagi. Mana ada orang jual. So apabila dah berjam-jam cari tak jumpa akhirnya jumpalah jugak kat food court Anjung Melawati. RM4 sebiji. UnclePali beli 4 biji! Naseb baik beli 4 biji sebab 1 biji tak ada air! Huhuhu.

Resipinya 3 biji air kelapa muda, ¾ mug gula dan 10gms serbuk agar-agar. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan sikit gula tu. Manis sikit bagi tekak Kjee tapi nak buat camner... dah terletak. Next time Kjee letak ½ mug jer.

Ada kata jeli kelapa muda yang dijual di KL pun dah mahal sekarang. Satu bekas dadih RM3. Tak sedap pulak tu. Mungkin lebih air dari air kelapa. So, apa nak komplen? Buatlah sendiri kan?

Korang nak resipi, sila tengok SINI. Kjee nak ke dapur amik satu bekas lagi. Tadi dah sebat dua bekas. Naseb lah kan. It's so sedap!!! Hehehe.







MASAK LEMAK CILI PADI TELOR ITIK STAIL NISMILAN








Ini antara kesukaan ramai orang yang sudah lama tinggalkan kampung halaman ataupun orang Kay Ell macam Kjee. Lauk ni orang Nismilan yang punya. So yang asal negeri-negeri lain jangan nak dakwa lauk Masak Lemak Cili Padi Telor Itik ini berasal dari negeri mereka. Hehehe.

Kalau singgah kat kedai makan orang Minang, ini antara lauk wajib kami, selain gulai lemak jering.

Lauk ni Kjee masak minggu lepas. Masa tu Kjee tengok pokok ubi kayu tepi pagar rumah dah naik dekat sama tinggi bumbung rumah. So Kjee suruh UnclePali cantas buang. Tapi, sebelum tu, petik lah dulu pucuk-pucuknya yang lembut.

Lepas tu suruh pulak UnclePali gi kedai beli telor itik. Mujurlah ada. Kekadang bila kita perlu, tak ada, bila tak perlu, asyik ada jer kan?!









Anyway, Kjee pun rajin sangatlah masak lauk kegemaran kami ni. Kali ni Kjee eksperimen masak telor tu jangan pecah. Kjee tumbuk cili padi (lagi banyak lagi sedap) dan kunyit hidup. Pastu masukkan dalam periuk bubuh santan cair dalam dua mangkuk. Pastu didihkan bahan-bahan tersebut dengan santan cair tu. Bila dah nak mendidih, Kjee pecahkan perlahan-lahan telor tu, satu persatu. Jarakkan sikit satu sama lain. Api jangan terlalu besar. Setelah kuning tu dah agak-agak keras, guna sudu dan terbalikkan perlahan-lahan.

Apabila kuning telor sudah ¾ keras, baru masukkan santan pekat, kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Kemudian masukkan pucuk ubi yang telah dicelur dulu. Kalau bubuh belimbing pun ok lah. Bubuhlah asam keping kalau tak guna belimbing atau mangga muda. Garamkan secukup rasa.

Cara masa gini rupa-rupanya cantik sangat kuning telor tu. Mungkin ramai yang buat cara ni. Tapi tak ada sapa sudi ajar mokcik. Ada sekali tu Kjee buat secara poach. Lihat SINI.

Oppps lupa lak. Orang Nismilan masak lemak cili padi hanya guna bahan asas cili padi dan kunyit hidup jer tau. Tak ada bahan-bahan lain seperti bawang merah atau bawang putih. Jangan tanya kenapa sebab Kjee orang Kay Ell. Ramai guru Kjee orang Nismilan. Tapi Kjee tak pernah tanya kenapa tak perlu bahan lain selain cili padi dan kunyit hidup. Lagi satu, serai pun Kjee letak. Ketuk-ketuk dulu ya.

Selamat mencuba.






Thursday, March 26, 2015

BENDI GORENG DENGAN UDANG HALUS









Kalau jamu selera di Zaiton Tomyam, Taman Ahmad Razali, Ampang, kami tidak akan lepas peluang order Bendi Goreng selain Asam Pedas Melaka mereka yang meletop! Tapi di Zaiton Tomyam, bendinya di goreng bersama sotong yang telah dihiris.

Arini Kjee buat sikit lebih kurang samalah macam kat Zaiton Tomyam. Cuma Kjee ganti sotong dengan udang putih yang halus-halus tu. Bukan tak ada sotong tapi sotong Kjee masak kari. Itu kena tunggu entri ntah bila.

Udang halus UnclePali beli kat Hero Market kelmarin. Pagi tadi masa singgah kat pasaraya Segi, Kjee nampak bendi yang berkilat-kilat segarnya. Kjee beli dua peket. Satu peket nanti nak jadikan ubat untuk diabetes. Dan satu peket lagi, Kjee buat lauk diatas.

Lauk ni sangat-sangat mudah tapi sangat sedap dimakan dengan nasi putih. Ratah pun sodap!!








First thing first. Bersihkan udang putih yang UnclePali beli dalam 400gms. Selesai bersihkan udang putih itu kerja Kjee sebab renyah,  Kjee bubuh kunyit dan garam.

Kemudian Kjee hiris kasar-kasar dua labu bawang besar. Tepikan. Cuci bendi, toskan airnya dan hiris serong.

Lepas tu goreng bendi sampai agak-agak ler garingnya. Toskan. Goreng pula udang halus sampai garing. Kemudian toskan minyaknya.

Minyak yang sama digunakan untuk tumis hirisan bawang besar sampai layu dan jugak kelihatan macam nak brown. Masa ini masukkan udang goreng tadi dan juga bendi goreng. Gaul sampai rata. Bubuhlah sedikit garam dan pak aji kalau guna, sampai sesedap rasa. Kemudian sebelum padam api, taburkan hirisan cili merah. Untuk warna dan tambah sikit kepedasan

Itu jer. Tadi Kjee suami isteri makan dengan kari sotong, ikan kering terubok, kerdas dan sambal belacan power UnclePali. Alhamdullilah rezeki kami hari ini.







Wednesday, March 25, 2015

ASAM REBUS DAGING TETEL RESIPI ARWAH BONDA






Masa Kjee kecik-kecik dulu, inilah lauk yang paling Kjee kenal. Asam Rebus Daging letak kentang. Kalau Bonda buat lauk ni, boleh berpeluh-peluh kami hirup kuah yang pedas dan sedap ni. Bonda kata kalau nak kuah yang sedap, kena rebus daging tu sampai lembut.

Masa Kjee kecik-kecik lagi Bonda dah ada Pressure Cooker atau Periuk Tekanan. Memang Kjee tidak boleh live without a Pressure Cooker. Malah, gadget dapur lain yang Kjee tak boleh live without is Rice Cooker dan Washing Machine.

Kjee tak malu mengaku tak reti masak nasi jika tidak ada Rice Cooker. Jugak tak reti cuci kain baju kalau tak ada washing machine! Masa Kjee kecik-kecik lagi rumah kami ada washing machine. Model zaman dulu yang masa nak perah baju,  pakai rollers (macam orang guna bagi nipis getah sekerap atau latex).

Ewah dah merepek jauh dari citer sebenar. Actually Kjee nak bagitau yang kalau tak ada pressure cooker, Kjee tak akan buat lauk ini. Tak sanggup nak rebus daging sampai berjam-jam sampai lembut. Maklumlah lauk ni sedap kalau guna daging tetel. Guna  Pressure Cooker, rebus dalam masa 25 minit jer!

Oh berbalik kepada story Bonda macam mana nak bagi kuah assam rebus ni sedap. Mudah aje. Mesti rebus daging sampai lembut dan gunakan air rebusan daging tadi! Tak kesahlah kalau buat lauk Asam Rebus Tulang Rusuk (Ya Allah sedapnya kalau guna tulang rusuk), air rebusannya harus dijadikan kuahnya. Bayangkan kalau rebus tulang rusuk sampai dagingnya terlerai dari tulang... air rebusannya cukuplah manis!!

Korang jangan takut tengok kuah yang merah menyala ni. Kjee langsung tak tumis tau, Jadi itu bukan minyak tapi minyak yang diterbitkan masa rebus daging.

Jap Kjee cek dulu samada pernah Kjee buat entri untuk lauk ini. Bukan apa...malas nak taip balik resipi. Ohhh nasib baik ada. Korang boleh intai SINI.

Pagi tadi Kjee pergi pasar di Chow Kit. Pasar baru yang dipindahkan dari pasar basah lama. Kjee dah lama tak pergi pasar yang lama tu sebab tak sanggup kena tipu timbang. Tapi rasa-rasanya tadi kena tipu jugaklah bila beli daging tetel sekilo. Beratnya macam bukan 1kilo tapi 800gms. Balik rumah tadi lupa nak timbang balik. Huhuhu.

Kjee tak berani nak bising sebab pergi sorang-sorang. Takut kena hempuk dengan peniaga Indon tu, UnclePali tunggu dalam kereta. Ewah, sekarang kita dah boleh jalan sorang-sorang tanpa dipimpin tau. Tapi guna tongkat sebab kekadang terhoyong hayang macam alignment kereta yang tak betul. Hehehe.

Balik rumah, tukar uniform, terus masak dengan dibantu UnclePali. Bukan sahaja masak Asam Rebus ni tapi goreng sayur dan buat Kuih Kaswi. Oppps bab kuih tu entri lain. First time buat Kuih Kaswi. Kalau dah sejuk dan potong nanti baru boleh eksyen kata jadi ke tidak. Hehehe.

Okaylah. Ini jer cerita pasal lauk Asam Rebus Daging Tetel. Sedap sangat hidrup kuahnya. Ianya direbus tak tumis so rasa-rasanya lebih sihat ler. Bab yang tak sihat tu cuma penggunaan daging tetel. Kalau korang health freaks, gunalah daging tanpa lemak. Oh ya kentang kena letak. Hah kenapa? Mak aku kata kena letak so aku letaklah!

Gambar sekarang tak lawa sebab mood tak berapa ngam. Yang tukang tangkap gambar pun mood dia ikut sama. Adoiii sekali aku lesinggggg!!!!






JOM BELI LAROME SEBELUM KENA GST!









Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk mendapatkan L'arome dengan harga RM395 termasuk pos di Semenanjung Malaysia. Mulai 1 April harga setelah dicampur GST ialah RM418.10 termasuk pos di Semenanjung Malaysia.

Kalau minat bolehlah whatsapp 01131771389. Kjee hanya menerima order dan bayaran terakhir pada 29 Mac jika mahu harga sebelum naik ekoran GST. Terima kasih.

Sila klik SINI untuk baca mengenai product ini.



Nadia sekarang



Tuesday, March 24, 2015

RENDANG KACANG NISMILAN YANG AMAT PEDAS







Semalam pergi pasar Keramat. UnclePali tanya nak beli apa? Kjee kata kalau dah masuk dalam pasar, rembat jer lah apa-apa yang berkenan.

Pusing punya pusing tetiba blur pulak. Tak reti nak masak apa. Tapi apabila lalu kat gerai jual ayam, mata terintai-intai telor ayam gostan (ayam tua). Kalau ada, sedap jugak kan buat Rendang Kacang. Seperti biasa si penjual geleng kepala. Dah kena rembat dengan orang niaga makanan, katanya.

Kemudian nampak pedal, hati ayam dan leher ayam. Hmmm jadi lah. Kena buat jugak Rendang Kacang Nismilan sebab dah lama tak makan. Kat KL ni tak ada orang yang jual lauk tu.

Maka itulah lauk kami semalam. Kjee buat pedas-pedas sampai malam tadi Nadia bising tak berani makan banyak-banyak. UnclePali makan sampai tiga kali tambah nasi masa makan tengah hari dan dua kali tambah masa dinner. Sedap sangat-sangat katanya. Okay lah tu.

Camner UnclePali tak berselera makan... dia beli jugak kerdas (first time usia camni baru Kjee jamah) lawan dengan sambal belacan power dia. Kemudian Kjee goreng ikan terubuk masin. Tak ingat siapa yang beri aritu. Terima kasih. Dalam freezer ada macam-macam jenis ikan kering masin pemberian sahabat-sahabatku.





Monday, March 23, 2015

CUCUR BILIS MOLAT-MOLAT KEJADIAN BEKFES






Pagi semalam, selongkar fridge, tak ada apa yang boleh dijadikan sarapan. Tetiba ternampak ikan bilis halus yang cantik sangat. Masih belum dibukak plastiknya. Tak ingat pemberian siapa. And then tetiba teringat lama dah tak buat Cucur Bebola Bilis.

Nadia yang masih bercuti terkejut apabila masuk dapur. "Eh mana dapat resipi ni?" katanya sambil terus bubuh minyak dalam kuali sementara tunggu Kjee gentel cucur jadi bulat-bulat.

Lupa lak sebenarnya, bila buat hanya Papa dan Mama dia jer yang makan sebab dia kerja. Bukan main lagi dia makan sambil cicah sos cili. Agaknya selama ni tak pernah makan cucur bilis molat-molat.

Korang nak resipi intai SINI. Resipi itu guna udang yang dipotong kecik-kecik,

Untuk makan tiga beranak pagi kelmarin, Kjee cucur bilis jer. Guna tiga cawan tepung dan tiga cawan air panas mendidih. Hiris satu labu bawang besar dan segenggam kecik bilis.

Sorry gambar biasa-biasa jer. Tak sempat nak snap, dah habis. Hehehe.

Sedap untuk sarapan dan jugak minum petang.








KONSERT ROCK KAPAK PERCUMA




Sunday, March 22, 2015

PENANG FRIED KWAYTEOW - CITER SEMALAM







Senang sangat buat. Tak payah keluar masuk hutan cari bahan. Hanya perlu kicap manis dan kicap masin. Bahan-bahan lain, kwayteow jenis halus, kerang, udang, taugeh, kucai, telor ayam/itik, bawang putih dan cili kisar. Kalau ada sambal tumis lebihan makan nasi lemak lagi, sedap. Tak ada jangan susah hati. Insya Allah menjadi punya.

Resipi korang intai SINI. Ajar step by step lagi. Layannnnn.