Wednesday, March 25, 2015

ASAM REBUS DAGING TETEL RESIPI ARWAH BONDA






Masa Kjee kecik-kecik dulu, inilah lauk yang paling Kjee kenal. Asam Rebus Daging letak kentang. Kalau Bonda buat lauk ni, boleh berpeluh-peluh kami hirup kuah yang pedas dan sedap ni. Bonda kata kalau nak kuah yang sedap, kena rebus daging tu sampai lembut.

Masa Kjee kecik-kecik lagi Bonda dah ada Pressure Cooker atau Periuk Tekanan. Memang Kjee tidak boleh live without a Pressure Cooker. Malah, gadget dapur lain yang Kjee tak boleh live without is Rice Cooker dan Washing Machine.

Kjee tak malu mengaku tak reti masak nasi jika tidak ada Rice Cooker. Jugak tak reti cuci kain baju kalau tak ada washing machine! Masa Kjee kecik-kecik lagi rumah kami ada washing machine. Model zaman dulu yang masa nak perah baju,  pakai rollers (macam orang guna bagi nipis getah sekerap atau latex).

Ewah dah merepek jauh dari citer sebenar. Actually Kjee nak bagitau yang kalau tak ada pressure cooker, Kjee tak akan buat lauk ini. Tak sanggup nak rebus daging sampai berjam-jam sampai lembut. Maklumlah lauk ni sedap kalau guna daging tetel. Guna  Pressure Cooker, rebus dalam masa 25 minit jer!

Oh berbalik kepada story Bonda macam mana nak bagi kuah assam rebus ni sedap. Mudah aje. Mesti rebus daging sampai lembut dan gunakan air rebusan daging tadi! Tak kesahlah kalau buat lauk Asam Rebus Tulang Rusuk (Ya Allah sedapnya kalau guna tulang rusuk), air rebusannya harus dijadikan kuahnya. Bayangkan kalau rebus tulang rusuk sampai dagingnya terlerai dari tulang... air rebusannya cukuplah manis!!

Korang jangan takut tengok kuah yang merah menyala ni. Kjee langsung tak tumis tau, Jadi itu bukan minyak tapi minyak yang diterbitkan masa rebus daging.

Jap Kjee cek dulu samada pernah Kjee buat entri untuk lauk ini. Bukan apa...malas nak taip balik resipi. Ohhh nasib baik ada. Korang boleh intai SINI.

Pagi tadi Kjee pergi pasar di Chow Kit. Pasar baru yang dipindahkan dari pasar basah lama. Kjee dah lama tak pergi pasar yang lama tu sebab tak sanggup kena tipu timbang. Tapi rasa-rasanya tadi kena tipu jugaklah bila beli daging tetel sekilo. Beratnya macam bukan 1kilo tapi 800gms. Balik rumah tadi lupa nak timbang balik. Huhuhu.

Kjee tak berani nak bising sebab pergi sorang-sorang. Takut kena hempuk dengan peniaga Indon tu, UnclePali tunggu dalam kereta. Ewah, sekarang kita dah boleh jalan sorang-sorang tanpa dipimpin tau. Tapi guna tongkat sebab kekadang terhoyong hayang macam alignment kereta yang tak betul. Hehehe.

Balik rumah, tukar uniform, terus masak dengan dibantu UnclePali. Bukan sahaja masak Asam Rebus ni tapi goreng sayur dan buat Kuih Kaswi. Oppps bab kuih tu entri lain. First time buat Kuih Kaswi. Kalau dah sejuk dan potong nanti baru boleh eksyen kata jadi ke tidak. Hehehe.

Okaylah. Ini jer cerita pasal lauk Asam Rebus Daging Tetel. Sedap sangat hidrup kuahnya. Ianya direbus tak tumis so rasa-rasanya lebih sihat ler. Bab yang tak sihat tu cuma penggunaan daging tetel. Kalau korang health freaks, gunalah daging tanpa lemak. Oh ya kentang kena letak. Hah kenapa? Mak aku kata kena letak so aku letaklah!

Gambar sekarang tak lawa sebab mood tak berapa ngam. Yang tukang tangkap gambar pun mood dia ikut sama. Adoiii sekali aku lesinggggg!!!!






4 comments:

  1. sy paling suka asam pedas daging tetel
    betul lah kak jee, kena rebus lama baru sedap
    emm mcm best je ada presure cooker ni kan

    ReplyDelete
  2. wah..chik na suka sangat asam pedas tetel ni..tapi tak pernah buat. teringat zaman kerja TM, best fren chik Na yang selalu buat dan beri Chik na bila dia masak asam pedas tetel ni.. wahhh buat Chik Na rindu padanya

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka lauk ni...tapi susahnya nak cari daging tetel. Jadi saya tak pernah masaknya.

    ReplyDelete
  4. Try buat guna tulang rusuk NFH. Kjee pun rasa cam nak buat jer guna tulang rusuk. Mesti sedap. Hehehe

    ReplyDelete