Tuesday, March 24, 2015

RENDANG KACANG NISMILAN YANG AMAT PEDAS







Semalam pergi pasar Keramat. UnclePali tanya nak beli apa? Kjee kata kalau dah masuk dalam pasar, rembat jer lah apa-apa yang berkenan.

Pusing punya pusing tetiba blur pulak. Tak reti nak masak apa. Tapi apabila lalu kat gerai jual ayam, mata terintai-intai telor ayam gostan (ayam tua). Kalau ada, sedap jugak kan buat Rendang Kacang. Seperti biasa si penjual geleng kepala. Dah kena rembat dengan orang niaga makanan, katanya.

Kemudian nampak pedal, hati ayam dan leher ayam. Hmmm jadi lah. Kena buat jugak Rendang Kacang Nismilan sebab dah lama tak makan. Kat KL ni tak ada orang yang jual lauk tu.

Maka itulah lauk kami semalam. Kjee buat pedas-pedas sampai malam tadi Nadia bising tak berani makan banyak-banyak. UnclePali makan sampai tiga kali tambah nasi masa makan tengah hari dan dua kali tambah masa dinner. Sedap sangat-sangat katanya. Okay lah tu.

Camner UnclePali tak berselera makan... dia beli jugak kerdas (first time usia camni baru Kjee jamah) lawan dengan sambal belacan power dia. Kemudian Kjee goreng ikan terubuk masin. Tak ingat siapa yang beri aritu. Terima kasih. Dalam freezer ada macam-macam jenis ikan kering masin pemberian sahabat-sahabatku.





2 comments:

  1. Sory kjee.. saya nak minta jasa baik kjee yg kenal ngan org tv.. Kalu boleh kjee komplen suh dorang hentikan iklan tuala wanita yg semakin menjadi-jadi memalukan dan menjatuhkan maruah kaum wanita.. Maaf kalau komen sy nie tk de kena mengena ngan entri kjee nie yee... Tapi saya dah makin meluat ngan pengiklan dan stesen tv yg macam bingai belaka nie.. Kengkang tengok tv ngan anak lelaki sy berumur lingkungan 7 hingga 14 tahun, saya rasa malu bila iklan tuala wanita nie muncul.. Dahlah iklan tu siap menari terkinja2 pastu tutup pulak bahagian tutt dia tu kengkonon bocor.. Sampaikan anak lelaki saya berumur 14 tahun pun komplen dia malu nak tengok iklan tu kak jee.. Maaf kalau komen saya ni menggangu yer..

    ReplyDelete
  2. Salam. Kjee jugak dah lama kurang selesa dengan iklan2 tersebut. Sejak dari zaman Yuna dan Adibah Nor. Tetapi rasa2nya stesyen TV tak ada pilihan. Mereka cukup terdesak sebab kekangan kewangan. Kerana itulah apa sahaja iklan yang masuk mereka rembat. Mungkin boleh dibawa ke perhatian Kementerian yang berkaitan dengan wanita. Desak Menteri nya ambil tindakan. Kjee akan cuba sampaikan ini kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Jailani Johari.

    ReplyDelete