Thursday, April 9, 2015

IKAN PATIN BUAH DAN AIR DURIAN DI GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK




Air Durian yang sangat-sangat sedap. 



Set Ikan Patin Tempoyak. 



Sewaktu Kjee beritahu seorang rakan, Kjee pergi makan Ikan Patin Tempoyak di Go'Bang Maju Patin Tempoyak  di Sri Rampai, Setapak, dia tanya ada ikan Patin Buah? Isyhhh Kjee garu kepala. Ikan Patin Buah?

Apabila Kjee ke Temerloh tahun lepas lawat Dato Khaidir Ahmad (ex-TV3 yang jadi pengusaha ikan patin) masa kampung beliau ditenggelami banjir, Kjee ajukan soalan itu kepada beliau.

Patin Buah tu species ikan patin yang hanya makan buah-buahan. Kira ikan patin yang high class lah yang makan buah jer. Kalau manusia, omputih kata Fruitarian. Kalau makan sayur Vegetarian. Gitulah.

So kalau species Ikan Patin yang makan buah, maknanya mestilah specis yang agak rare. Ala-ala eksotik. Susah nak dapat. Dan kalau dapat tangkap pun, dijual dengan harga yang agak mahal.

Pastu Kjee tanya, apa bezanya dengan Patih Buah dan Patin lain? Kata Khaidir, tak semua orang boleh bezakan. Melainkan sepanjang hayat dia hanya jumpa Ikan Patih Buah jer. So dia tahulah bezanya!

Beberapa hari lepas, Azmi Jalil, kawan UnclePali jemput Kjee suami isteri makan tengah hari di Go'Bang Maju Patin Tempoyak kat Sri Rampai. Dia kata kalau nak try Patin Buah, jom ler. Kami pergi waktu lunch rush. So penuhlah restoran tersebut. Dan Patin Buah yang dimasak tempoyak hanya tinggal bahagian kepala. Bahagian lain dah habis dirembat.




Patin Buah yang hanya tinggal bahagian kepala




"Orang KL tak reti makan bahagian kepala kot," kata Azmi yang mengendalikan restoran tersebut di Sri Rampai.

Kjee pun jamah ler Ikan Patin Buah masak tempoyak. UnclePali pandang Kjee.

"Amacam rasanya?"

Hmmm tak tau nak kata. Mungkin texture isinya lebih halus kot, jawab Kjee. Mungkin kalau dapat bahagian isi atau ekor, mungkin bolehlah Kjee bagi komen panjang lebar sikit.

So, kalau korang nak rasa Ikan Patih Buah dimasak tempoyak kat restoran ni, kena pergi awal sikit. Harga satu set RM25. Satu potong Ikan, bersama nasi putih dan ulam.

UnclePali kalau pergi ke restoran ni, gemar bebenor order air keladi yang sangat special dan sedap. Tapi sekarang dah ada air yang lagi special iaitu Jus Durian! Memang awesome. Terbaik. Siap ada satu scoop aiskrim. Kjee memanglah tak berani nak minum air tu... cuma tumpang-tumpang sesedut dua. Takutttt.

Air Keladi dan Durian Special ini direka cipta (ewah...) oleh tauke Gobang Maju Patin Tempoyak, Rizal dan isterinya Wati. Rasanya belum ada restoran lain yang jual air durian dan keladi sesedap ini! Serius! Kalau tak percaya cepat gi try samada kat restoran di Temerloh atau di Sri Rampai, Setapak.

Harganya? Murah sangat-sangat! Hanya RM6 sahaja! Rasanya kalau tempat lain, air yang sikit lebih kurang macam ni dijual sampai RM12 satu gelas!!

Sebelah malam pula ada menu ala carte. Yang femes, Nasi Goreng Ikan Patin Tempoyak. Nak tahu camner rupanya, kena pergi sendiri makan. Kjee belum berpeluang makan lagi.

Oh ya... restoran di Sri Rampai ni bukak setiap hari kecuali Jumaat kedua dan ketiga setiap bulan. Jumaat pertama dan keempat dibuka selepas solat Jumaat. Tutup jam 11 malam. Dan boleh makan dengan tenang tanpa susah hati bila nak bayar bil sebab tiada GST. Hehehe.



UnclePali bersama Azmi Jalil (baju cerah) dan geng sekolah sekampung



2 comments:

  1. salam kak Jee, rasanya sekarang kalau nak makan kt luar kena pilih kedai...pergi kat kedai yang tiada gst jer.

    ReplyDelete