Sunday, April 5, 2015

JUWIE... KAU TETAP BERTAKHTA DIHATIKU






Rasanya ini tulisan Kjee yang paling sukar... menulis mengenai seorang sahabat yang baru sahaja pergi menemui Penciptanya. Sahabatku Abdul Jalil Salleh atau disapa semua sebagai Juwie.

Masih terngiang-ngiang di telinga Kjee beberapa bulan lalu. Kjee tak ingat bila tapi rasanya pertengahan tahun lalu. Seorang kawan call dengan suara cemas.

"Kjee... Mama Juwie sakit. Dia tengah bersiap-siap untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan Umrah. Saya dapat tahu, Mama Juwie simpan niat agar Allah SWT 'menjemputnya pulang' ketika dia mengerjakan Umrah.."

Kjee tidak mampu berkata apa-apa. Kelunya lidah, Terus Kjee mesej Juwie. Dia mengiyakan persiapan untuk mengerjakan Umrah. Tapi Kjee tak sanggup nak tanya mengenai doanya untuk 'tidak mahu lagi kembali ke tanahair.'

Apapun, Kjee follow FB dia...Salam Juwie. Tak sampai beberapa minggu, dia kembali ke Tanahair. Punyalah Kjee lega. Alhamdullilah syukur. Kami berhubung seperti biasa melalui mesej di Facebook. Tiap kali dia yang mendoakan kesejahteraan Kjee kerana dia tahu Kjee tak sihat..



Menjadi kolumnis di BH setelah bersara di Utusan



Kemudian pada 17 Februari lalu, Kjee berhubung sekali lagi dengan Juwie. Kjee mohon dia tolong doakan kesejahteraan keluarga Kjee yang sedang mengalami kedukaan. Juwie turut mahu memberi Kjee sedikit sumbangan. Kjee menolak kerana Kjee kata duit itu lebih elok digunakan untuk beli ubat-ubat untuk dirinya.

Juwie mengakui ketika itu dia sedang uzur. Ubat-ubatan yang doktor beri membuatkan dia sering mengantuk. Tapi dia tidak beritahu Kjee apa penyakit yang sedang dilawannya. Cuma satu pesan yang seringkali dia beri.."Jee, tolong jangan tulis apa-apa dalam blog awak atau FB ya. I tak mahu semua susah hati."

Bagi Kjee, itu adalah amanah yang harus Kjee pegang. Seorang sahabat mesej tanya betul ke Mama Juwie sakit? Jawab Kjee begini..."Wan, Juwie seorang yang cukup amanah. Belum pernah Kjee jumpa seorang insan sepertinya. Jadi, amanah dia agar Kjee jangan beritahu atau tulis dalam blog dan FB, akan Kjee pegang.. This is one thing I want to do for him.."

Kjee rasa semua dah tahu perihal insan amanah bernama Juwie ini. Kjee rasa ramai artis yang boleh iyakan kenyataan Kjee ini. Juwie adalah abang yang boleh simpan rahsia mereka. Rahsia segelap mana, sehitam mana pun... Mereka jadikan Juwie tempat mengadu nasib malang... Juwie was a good listener. Tak kira masa, tak kira waktu dia sentiasa ada masa untuk mendengar.

Ketika Kjee berkahwin dengan UnclePali 15 tahun lalu, Juwie pujuk Kjee untuk muatkan cerita perkahwinan Kjee dengan suami Kjee dalam Majalah Mangga. Kjee enggan sebab malu. Suami Kjee 13 tahun lebih muda. Tapi, Juwie tidak pernah give up untuk pujuk Kjee.







"Nabi Muhamad SAW jugak muda ketika menerima Khadijah AS sebagai isteri. I nak tunjuk contoh bahawa seorang anak muda dan masih bujang seperti Pali begitu mulia hatinya menerima you, seorang ibu tunggal."

Kata-kata itu yang buat Kjee setuju. Begitulah pandainya Juwie memujuk sehingga berjaya mencairkan hati UnclePali untuk interviu tersebut.

Now he is gone. Ketika Kjee menjadi ibu tunggal, Juwie antara insan yang banyak memberi Kjee semangat untuk terus berjuang membesarkan Nadia. Tiap kali bertemu, pasti ada hadiah buat kami berdua.

Kjee susah nak terima hakikat dia sudah tiada. Kami berkawan sejak tahun 1974. Banyaknya kenangan manis bersama dia. Seorang yang cukup kelakar. Senyuman sentiasa terukir. Kalau dia nampak Kjee dari jauh dia sudah melambai-lambai dan terus dihampiri...

Kjee pernah menulis mengenai Juwie DISINI dan SINI. Hanya dua sahaja entri mengenainya selama ini. Yang pertama.. Aku dan Juwie. Yang kedua judulnya Juwie Sudah Kembali... Untuk yang ini... Juwie, Kau tetap Bertakhta DiHatiku.

Dan SINI adalah rencana dalam Majalah Mangga 15 tahun lalu.

Dan inilah yang Kjee perkatakan ketika ditanya wartawan media cetak dan media elektronik di hari jasadnya disemadi. Baca SINI.

Juwie... anda adalah lagenda... tiada wartawan hiburan sehebatmu...

Al Fatehah.


Kami akan terus merinduimu... Zaki, Dwan, Aziz, Niezan dan Huzz sahabat karib arwah

0 comments:

Post a Comment