Friday, April 24, 2015

MACAM-MACAM ADA DI THE FLAVOURIST KUALA LUMPUR





Ahad lepas, Shira Majid my Larome upline ajak pergi dating dengan Razila Ismail jugak geng sama. Katanya, Kjee pilih jer lah nak makan kat mana ya. Apabila Shira cakap camtu, teringat Kjee cafe di Taman Melawati.... The Flavourist Kuala Lumpur.

UnclePali selalu pergi situ sebab beli stok e-liquid untuk e-cigarette dia. Dan tiap kali ke sana jumpa owner Encik Ahmad kat situ, UnclePali selalu janji nak bawak Kjee makan... try food dia.

Anyway, tiap kali nak pergi ada jer hal. Kjee tanya UnclePali apa food yang dijual di The Flavourist? Dia kata ada burger, ada... ahhh macam-macamlah. Hehehe itulah UnclePali...

Kjee memang dah plan nak ke situ Ahad lepas. So, bila Shira ajak dating, maka kesanalah kami tiga famili. Lapan kesemua including baby Aisy, anak Shira yang cute.





Swiss Mushroom Burger



Langkawi Love


Antara shakes




Kjee selalu lalu saja depan The Flavourist nak pergi ke Hero Market Taman Melawati. Nampak dari luar cam biasa-biasa jer. Tapi, apabila melangkah ke dalam cafe tu, I was speechless! Ambience dia so very comfy! Selesa sangat dan santai. Tapi ada kelassss! Macam dalam cafe kat luar negara...

Tapi bila tengok harga, Shira kata semuanya very affordable... mampu milik... oppps mampu makan. Hehehe.

Kjee suruh semua order lain-lain supaya kami dapat kongsi-kongsi rasa. Kjee of course terliur dengan burger yang ada cendawan. Swiss Mushroom. Dagingnya langsung tak ada lemak dan berat 200gms. Memang sedap sampai UnclePali jeles tengok dan order satu untuknya. Harga korang tengok kat gambar menu bawah tu.

Ady, suami Zila order Nasi Lemak Goyang, RM3.90. Isyhhh murah kot untuk harga dalam cafe! Kelmarin waktu singgah di Hero Market, UnclePali angkat kening sebab nasi lemak kat situ RM6++.



Nasi Lemak Goyang



The Flavourist bukak jam 8.30 pagi untuk sarapan dan wrap up pukul 12 mlm. So maknanya, boleh kowtim makan untuk sarapan sampai ke supper.

Ada macam-macam makanan dari sandwich, burger, kacang pool, soto, lasagna, pasta dan jugak kek. Yang suka shakes pun boleh pilih macam-macam dari menu. Dan semua makanan bertaraf cafe 5-star! Ada jugak ruang santai siap bean bags lagi. Mungkin untuk kanak-kanak main-main.

Hari tu sewaktu kami singgah, cafe penuh dengan pengunjung. So, servis agak kelamkabut sikit sebab ada dua tiga staff yang cuti. Owner Encik Ahmad dan isterinya Tunku Nor Azlin yang comel turut jadi chef. Hehehe.

Sambil jamu selera, mata Kjee pandang kat rak-rak berhampiran. Ada pelbagai jenis rempah of premium quality. Rempah ratus ori yang tidak dicampur... diimport dari luar negara dan dipek dalam botol-botol yang cukup cantik.



Rempah Nasi Arab



Pasta

Rasa cam tak pernah jumpa di supermarket biasa

perisa pelbagai guna.. untuk kek atau untuk campur dalam e-liquid

Cili kering gred premium


Menurut Tunku Nor Azlin, rempah ratus tu adalah bestseller kat The Flavourist. Malah, banyak lagi yang akan mereka import kerana permintaan yang besar.

Macam-macam lagi items yang mereka jual selain makanan. Kalau nak tau apa yang dijual, korang kenalah pergi sendiri dan check it out.

Bangga juga tengok anak muda yang boleh hasilkan makanan 5 bintang tetapi dengan harga ramai mampu. So, kalau korang berada di kawasan sebelah Taman Melawati dan terasa lapar dan nak sarapan ataupun supper menjelang late nites, singgah le kat The Flavourist. Cafe yang line clear punya lah. Hehehe.

Alamat seperti dibawah tu. Tapi senang jer.. waze Hero Market Taman Melawati... mesti jumpa punya.






Suasana dalam The Flavourist yang santai





Shira sebelah Nadia... yang lambai tu Anne atau Razila... yang kecik cute tu Aisy



1 comment: