Sunday, April 19, 2015

OTAK-OTAK NYONYA MENJELANG REJAB









Kjee dah plan nak buat Otak-Otak Nyonya ni awal minggu ni. Tetapi kerana mood memasak tetiba jatuh merundum, hari ini baru kesempatan membuatnya. Itu pun kerana terpaksa.

Hehehe terpaksa sebab esok kan bermulanya bulan Rejab. Bulan dimana Kjee akan berpuasa selama 30 hari, Insya Allah, kalau kesampaian. Kjee tak mau pulak nanti teringat-ingat nak makan Otak-Otak. Hehehe.

Makanan ni bukan ada jual kat restoran biasa. Hanya di Restoran yang menghidangkan makanan Peranakan Nyonya. Restauran yang menjual cuisine Pulau Pinang dan Melaka ada menghidangkannya.

So, sebagai alternatif? Buat sendirilah. Bahan-bahannya taklah berapa payah. Biasa-biasa jer. Cuma yang mungkin susah sikit nak cari ialah daun kaduk. Kat kawasan taman perumahan yang Kjee duduk ada banyak tumbuh melata di tepi-tepi jalan dan bukit. Wahhh boleh kubuat bisnes ni! Hehehe.











Selain itu perlu daun limau purut, bunga kantan (optional tapi Kjee suka letak), serai, lengkuas, cili padi, cili merah, cili kering, bawang merah dan bawang putih. Jugak telor, santan dan isi ikan seperti ikan tenggiri atau ikan merah. Nak resipi lengkap, KLIK SINI.

Hari ni ala bukan arini jer  bungkus tak lawo. Kalau korang ada lidi, gunakannya untuk cucuk bahagian atas daun pisang tu. Kjee hanya guna stapler. Nasib lah kan. Hehehe.

Otak-otak ni boleh dibekukan dan dikukus semula. Hari ni Kjee buat sikit jer. Nak bagi seorang dua kawan rasa. Tinggal empat untuk sahur malam ni. Mudah-mudahan dapat puasa penuh di bulan Rejab tahun ini, Insya Allah.

Salam Rejab 1436.




3 comments:

  1. salam kak jee,
    maaf saya ingin bertanya satu soalan tapi tiada kaitan dengan entri.
    di manakah lokasi sebenar banglo yang pernah menjadi milik zaiton sameon kat taman melawati dulu. saya cuma ingin tahu sebab saya juga menetap di sana. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Jenjalan bw kakak terjumpa blog ini. Suka sebab selalu singgah di blog Kak Paridah Ishak baca siri novel selalu sebut nama ini. Tak tahulah ianya org yg sama atau bukan tapi muka sama yg selalu dedulu masa kakak kecik ada dlm tv. Artis katakan hihi...

    Org Johor buat otak-otak lain. Yg ini special. Ada masa kakak nak cuba.

    Selamat menjalankan ibadah puasa.

    ReplyDelete