Semalam makan tengah hari di Adam Tomyam, AU3 Keramat. Plan asal nak masak tapi last minute banyak pulak jobs, so tangguhlah memasak.
Menu yang Kjee rancang semalam adalah Sambal Ayam, favorite Nadia sejak kecik lagi. Teringat Kjee masa tinggal di Cheras Perdana masa Nadia sekolah menengah. Dia bawak balik kawan baik dia dan beritahu..."Arini mama aku masak sambal ayam. Kau mesti makan sebab sedap giler."
Ewah si Nadia. Siap promo kat kawan dia. Sedap giler? Alahai, sambal ayam biasa jer!
Oleh kerana semalam tak masak, hari ni Kjee buat. Baru sekejap ni Nadia call. Bila dia tahu Kjee masak Sambal Ayam kesukaan dia, punyalah dia suka. Ada banyak ker? Nak ratah!! Itulah Nadia... sebiji ikut perangai mama dia yang kuat meratah. Nasi tak berapa suka!!
Nak resipi, korang KLIK SINI. Cuaca panas so maleh nak duk lama-lama depan komputer.
As salam. Boleh tanya kamera apa yg Kjee guna. Cantik sangat gambarnya. Saya perhatikan gambar gambar di blig kjee semua cantik. Boleh share tak macam kjee ambik gambar secantik ini. Terima kasih. Azie
ReplyDeletePakai kamera samsung jer Azie. Kjee ada kamera dsrl tapi UnclePali tak suka guna. Hehehe
ReplyDeletesedapnyee sambal ayam tuu,
ReplyDelete