Friday, May 22, 2015

BISKUT SUSU MINYAK SAPI









Anak Kjee, si Nadia punya tekak rasanya lagi cerewet dari Kjee. Macam-macam dia tak makan walaupun dari kecik lagi Kjee tak pernah ajar dia macam tu. Cekelat tak makan, ais krim tak makan dan macam-macam lagi lah.

Kalau biskut Raya, dia amat memilih. Kalau berasaskan cornflakes, baik dinyorokkan balang biskut. Agaknya masa tidur pun dia boleh habiskan satu balang. Hehehe.

Tetapi, kalau biskut Arab, tak guna nak ceritalah. Memang favorite dia. Kelmarin dia kata ada kakak kat opis dia bawak biskut Arab. Buat sample untuk jualan Raya. Kakak tu tak perasan kata Nadia, dia yang habiskan biskut tu! Hehehe.

Nadia dah ingatkan Kjee supaya buat biskut Arab tahun ni sebab Kjee dah banyak tahun tak buat. Semuanya sebab Kjee kan jadi agent jual biskut Raya. Tak kuasalah aku nak buat biskut sendiri.

Tetapi kerana tahun ini Kjee dah tak nak lagi jadi agent 007 untuk biskut Ita's Delight tahun ni, Nadia punyalah suka. "Buat biskut Arab jer ya mama... opppsss Red Pearl yang ada cornflakes tu Nadia nak juga.. dan Biskut Semperit yang Ginger (anak bulus Kjee) suka, pun kena buat. Tiga cukuplah." Hmmm nasib baik dia cakap 3 jer. Kalau tidak pengsan jugak nak buat biskut dengan papa dia sebab dia kan kerja.








Semalam Kjee tengah fikir nak buat biskut Arab apabila Kjee ternampak satu resipi sapa ntah kat FB adik Kjee, Lan. Ehh macam menarik. Dohnya letak susu tepung. Kjee pun salinlah. Nak bagi surprise kat Nadia.

Tadi masa Kjee godek-godek nak buat Biskut Arab resipi baru tu baru Kjee terperasan sukatan tepung 7 cawan, minyak sapi 2 cawan dan 2 cawan susu tepung serta sedikit garam. Ewah banyaknya tepung! Apapun Kjee tak ada niat nak derhaka. Kjee sukat 7 cawan tepung dan ayak. Hmmm banyaknya... larat ke aku buat sorang-sorang sebab UnclePali gi solat Jumaat.

Apapun, Kjee sukatlah susu tepung dan minyak sapi. Ada sedikit lagi baki ( dlm 4 sudu kot) dalam tin minyak sapi 400gm dan Kjee guna semua. Kacau susu tepung dengan minyak sapi dengan secubit garam hingga sebati. Lepas tu Kjee masuk sikit demi sedikit tepung. Separuh jalan Kjee berhenti. Tepung masih banyak tapi dalam besen rasanya doh macam dah cukup eloknya.

Kjee terus sukat baki tepung. Ada lebih kurang 2 cawan lagi! Kalau Kjee masukkan jugak baki tepung tu, gamaknya kalau biskut Kjee dibaling ke dinding mahu berbekas dinding. So, Kjee stop sampai situ. Semuanya Kjee guna tepung lebih kurang 5½ cawan.










Kjee panaskan oven 160 darjah selama 20 minit. Pastu Kjee terus buat bulat-bulat doh tadi dan bakar selama 15 minit. Dah sejuk, Kjee ayak gula icing atas biskut tadi. Kena letak gula tu sebab tepung tadi langsung tak ada gula.

Dah siap UnclePali balik Mesjid dan rasa. "You letak susu tepung ker?" Kjee angguk. "Lain kali you adjust letak lebih sikit susu tepung, lagi ok kot," katanya sambil ngap entah berapa biji sejak dia masuk dapur tadi.

So korang, kalau dapat resipi yang korang tak kenal dan rasa pelik sikit sebab sukatan yang tidak seimbang dengan bahan-bahan yang diperlukan, pepandailah adjust ya. Jangan pulak bila dah siap jadi jamuan Cik Tong.

Resipi yang Kjee dah adjust ni bakal menjadi biskut Arab famili kami lepas ini. Tapi rasanya nak tukar nama... Biskut Lemak Minyak Sapi... eh biskut susu sapi punya nama... isyhhh nasib lah kan. Hehehe

Ini sukatan yang Kjee dah adjust.

Biskut Susu

5 cawan Tepung Gandum
3 cawan susu tepung
400 gms minyak sapi
secubit garam






6 comments:

  1. Macam gtu je ke resepinya??senang nye!!!singgah blogwalking kak je..jemput lawat blog saya :)

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html?m=0

    ReplyDelete
  2. Buat biskut Arab ni senang je kan Kjee. Tapiiiii kalau dah banyak sangat, boleh terlelap masa menggentel doh tu. Kita tahu sebab kita pernah terlelap sambil bersandar kat almari kat dapur! Hahahaha....

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing kak gee, nak try buat nanti

    ReplyDelete
  4. Kak gee guna sukatan cawan metrik ke? Atau apa2 cawan pun boleh? 😁

    ReplyDelete
  5. Mudah je nampaknya kena buat lah kak jee harap jadi ler

    ReplyDelete