Kupang bukanlah makanan favorite Kjee... ada okay, tak ada pun okaylah. Ingat lagi masa mula-mula kahwin dengan abah Nadia, kalau balik Batu Pahat, mesti ada kupang rebus sama serai dan daun kunyit. Rebus letak sikit jer air. Tapi, air tulah yang sedap sangat dihirup!
Kemudian apabila sudah tidak lagi balik Batu Pahat, maka tak dapatlah Kjee rasa keenakkan Kupang fresh. Tapi kalau ke JB, sepanjang jalan kat Muar hingga ke JB, adalah orang jual. Tapi Kjee tak beli sebab takut busuk kalau bawak balik KL.
Manakala pergi Melaka dulu, adalah orang bagi Kjee tiga atau empat kilo, Balik rumah terus kukus. Tak silap Kjee masak lemak cili padi.
Anyway, hujung minggu lepas, apabila dengar Shida Zainal, my FB fren nak balik kampungnya di Muar, Kjee pun kirimlah. Sekilo ya Kjee kata. "Eh mana cukup Kjee. Nanti Shida beli 2 kilo ya." Oleh kerana dia sampai balik KL dah lewat malam Ahad, Kjee mintak tolong dia kukus kupang tu. Esok Kjee amik.
Semalam Kjee simpan dulu dalam freezer. Pagi tadi Kjee pergi pasar beli petai. Ada yang kata sedap masak lemak cili padi pucuk ubi. Memang merimbun pucuk ubi depan pagar rumah. Tapi tekak ni teringin nak buat sambal bubuh petai.
Inilah lunch kami tadi. Sambal Kupang Dengan Petai, Pisang Muda Masak lemak Kuning dan Ikan Cencaru Goreng.
Sambal Kupang ni yang biasa-biasa jer. Kjee tumbuk bawang putih, bawang merah dan guna cili kering kisar. Tak bubuh belacan. Pastu tumis sampai bahan-bahan tadi garing. Bila dah garing, masukkan satu labu bawang yang telah dipotong bulat-bulat dan jugak petai. Apabila bawang dah layu dan petai daha bertukar warna masukkan kupang.
Kjee masukkan 2 keping asam gelugor, garam dan sedikit gula.
Itu jer. Sedap tak terkata. Maklumlah kupang fresh. Wah macam ni lain kali boleh kirim lagilah dengan Shida. Hari tu Kjee ada nampak kupang dijual di Hero Market. Tapi tak tahulah samada masih fresh.
Lepas ni boleh jadi antara makanan favorite. Hehehe.
cukup menyelerakan..
ReplyDeletekak, brp harga kupang?
ReplyDelete